Wednesday, March 31, 2004

mencari bahagia..

tiada insan didunia ini yang mengetahui suratan takdir diri..
tanah mana yang akan dijejak..
langit mana yang akan dijunjung..
bumi mana tempat mencari rezeki..
jejaka mana yang akan menjadi pasangan hidup..
anak mana yang akan dididik..
Namun, Allah tiada tara nikmatnya..
Rahsia Allah punya pelbagai keindahan dan pengajaran..
Diusia mana, ditakdir mana, disisi siapa..
Tuhan tahu yang terbaik untuk hambanya...


Tidakkah setiap yg beriman itu diuji..
Mudah2an Allah memberi kekuatan pada setiap kita..
Untuk yg telah kukuh..
dipohonkan ditambah kekuatan n dimantapkan pegangan..
Yang sentiasa riang n ceria..
mari kita berkongsi rasa..
Yang kesunyian n keresahan..
luahkan duka..sama-sama mencari bahagia...

bersambung...;)


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:28 PM

************************

semoga kita semua dalam afiyah iman n islam..
sukar utk ana gambarkan perasaan ana..ana nak cerita kisah menyayat hati Almarhum Mohd Farid..moga rohnya dicucuri Allah swt..ana selalu ulang alik ke seremban..almarhum adalah bekas pelajar sek saidiyyah..9 tahun sejak sekolah rendah..anak murid kesayangan kawan ana..menangis mereka semua.. tiap2 minggu ana pergi sekolah saidiyyah..kawan ana ramai di sana..sekali sekala turun sek ampangan..kawan ana ada juga di sana..tentulah kisah Almarhum sangat merobek tangkai hati ana..
almarhum merupakan seorang murid yg sangat baik n pendiam..selepas mendapat keputusan yg baik sewaktu PMR..almarhum berniat utk pindah ke sek sains ..tetapi tak boleh terus dr saidiyyah..perlu ke sek kerajaan sekejap..almarhum baru sebulan pindah ke sek ampangan..ini kisah original kawan2 almarhum..almarhum merupakan seorang pelajar yg baik n bijak..baru mendapat johan dlm pertandingan hafazan...ramai yg cemburu..tak kurang yg tak senang hati..di sek ampangan..upper six takde pelajar lelaki..lower six tak masuk lagi..memang student form 5 lah yg paling berkuasa..sejak awal lagi..almarhum sering di buli...n sering mengadu..ramai pelajar saidiyyah pergi ke ampangan utk memasuki sek sains..
nak jadi cerita..jam 11 pagi..cerita original ini tidak dipaparkan di media..di bilik air..kisahnya bermula apabila 9 org pelajar L form 5 menahan almarhum kononnya utk meminjam cerek..cerek disini bukanlah cerek..tetapi benda lain?..faham sendiri lah..apabila almarhum enggan..almarhum diikat kakinya n tangannya..kemudian di tendang, dipijak n dihantuk bertubi2..semasa menulis nie, ana tak dapat menahan air mata ana dr jatuh..ana tak tahu manusia jenis apakah mereka ini..termasuk yg jaga line adalah ketua umum n tim ketua umum..termasuk salah seorang yg kena reman adlh anak saudara kawan ana juga...entahlah..kemudian selepas 9 org membelasah seorang..pada ana..takde sifat kelakian langsung..ada ke 9 lawan seorang..kalau betul jaguh..satu lawan satu..
kemudian mereka golekkan jatuh ke bawah tangga..apelah teruknya manusia sgt kejam..kononnya nanti kerana jatuh tangga..akhirnya kawan2 almarhum menjumpai almarhum di bawah tangga dalam keadaan terbaring..terus angkat ke bilik n baringkan..almarhum tidak mengalami kecederaan luar..kerana itu..tdklah concern sgt..kemudian dlm pukul 3 petang, mereka mengejutkannya ..ingatkan tidur..rupanya almarhum sudah tidak bernyawa..apabila sampai di hospital..didapati ususnya pecah..urat nyawanya putus..buah pinggangnya pecah..astaghfirullah..ana tak dapat bayangkan bagaimana mereka memijaknya hingga pecah..tidak ada perasaankah?..
apa yg ana cuba nak simpulkan disini..n pengajarannya adalah beberapa perkara...

-pengaruh media massa..tv dll telah berjaya melahirkan generasi baru yang tak punya perasaan..ambil sahaja contoh gusti..ana tak tahulah..apa yang suka sgt tengok org berdarah..sakit..kena hantuk..bahagia kah?..ana cukup tak suka..biarlah lakonan sahaja..cukuplah ana katakan program2 tv..cerita kongsi2 gelap telah berjaya mengeraskan hati anak2 org Islam sekarang..berjayalah kuffar meracuni n meguasai pemikiran anak2 org Islam….tentu mereka gelak ketawa lihat anak org islam sekarang...

-peranan ibu bapa dalam mendidik anak2..ana rasa ibubapa nak didik anak2 yang 4..5 pun dah tak cukup tangan..takkan lah nak harap pihak sekolah, warden seorang nak jaga murid 200 org?..didiklah anak anda sendiri..pentingnya peranan seorang ibu mendidik anak2nya sejak dr kandungan lagi..pentingnya tangan ibu mengasuh n membela anaknya…..ibu..bukan sebarangan ibu..untuk mendidik anak yang soleh..perulah ibunya dahulu menjadi ibu yang soleh n ayahnya juga ayah yang soleh..peranan sebuah keluarga…tapi sekarang, penjagaan anak sudah tidak mendapat keutamaan, anak2 dihantar nursery, tadika dll..

-lihat sirah macam mana usamah sudah memimpin tentera, berjihad..dlm usia semuda 17 tahun..sama dgn mereka2 yang direman kerana membuli…terlalu ketara perbezaan antara keduanya….seusia 17 tahun sudah memikirkan masalah ummah..tapi…anak2 sekarang apa yang dipikirkan..sudahlah maslahah ummah tak pernah langsung menjadi agenda hidupnya..bawa pula masalah pada ummah..jauh sungguh perbezaan itu?..ke mana sudah rijal2 agama?..kemana hendak di cari pewaris agama… andainya aku usamah….

-Sistem pendidikan hari ini..yg pada ana tak mungkin dapat menghasilkan walau seorang petani yang dapat bekerja utk negara Islam..entahlah..apatah lagi nak lahirkan anak2 yang mampu utk membangunkan kembali Islam..apa kita nak buat?..teruslah bekerja untuk lahirkan fard2 muslim..semoga sinar esok untuk islam!

-Lihat pada kisah farid bagaimana kawan2nya tahu farid selalu dibuli..tetapi buat tak tahu…sedihkan…system kita pada hari ini berjaya melahirkan manusia2 yang tak endah hal org lain..buat perihal masing2…seronoklah golongan kuffar pabila umat islam tak kisah hal umat islam ..senanglah umat islam di bosnia..di mana2 jua di seluruh dunia di bantai oleh kuffar.. umat islam tak merasa tanah yang dimiliki umat islam itu juga tanah air mereka?..yg penting mereka selamat di negara sendiri? tak sedarkah mereka peristiwa sebegitu mungkin berlaku di negara mereka pula..hanya menanti giliran..

-Perlunya mulahazah kembali tentang peri penting pentarbiyyahan aulad! Bakal2 ibu atau abi perlu diajar mengenai perkara2 sebegini dr ajar mende2 lain..bacalah buku tarbiyatul aulad nasih ulwan ke..dr baca komik jepun ke..gila2 ke…

-Masyarakat kita nie kadang2 takde pendirian..selalu bergerak mengikut isu..sekali jadi baru nak tergadah..sedangkan ragging nie dah lama..bila jadi lagi barulah bising sekejap ..tapi dah lama sikit..tutup kes..senyap macam tue..macam monyet atas pokok kelapa..kalau angin tiup kuat..pegang pokok kuat sikit..tapi kalau angin tak bertiup..pegang ala kadar sahaja..tuelah…

Kesimpulannya, semuanya perlu bermula dr bawah..perlu pentarbiyyahan dr asas..peri pentingnya peranan ummi n abi..pentingnya system pendidikan yang wadih yang mampu kembalikan hukum Islam kembali berada di tempatnya..sama2lah muhasabah diri n carilah tempat dimana kita semua boleh berperanan..agar kejadian sebegini tidak berulang n anak2 ini mampu menjadi rijal2 n pendokong Islam suatu hari nanti..InsyaAllah!

Sehati sejiwa dulu kini selamanya..
Walau apa yang melanda..hadapi bersama..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:02 AM

************************

Monday, March 29, 2004

[108] Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
Qul hazihi sabili...dalam ayat ini ada anasir dakwah...qul merupakan satu perintah..guna feel amar..dalam usul fiqh..feel amar nie adillatul wujub..;) teringat cikgu usul fiqhku..maknanya disini dakwah merupakan satu perintah..satu kewajipan..satu suruhan n arahan..hazihi sabili..inilah jalanku..jalan dakwah ini sudah ditentukan..inilah satu2nya jalan yg selamat..jalan lurus yg membawa kita ke matlamat kita....dan jgnlah ikuti jalan2 yg lain..yg menjadikan kita terpesong.....jalan ini penuh lubang n pancoraba..pabila sedih hati..ingatlah bahawa kita hanya penyampai..pakej ini...jalan ini tidak boleh di tambah..dikurang..sesiapa yg melalui jalan ini pasti akan melalui sunnahnya..ada caranya..ada mehnahnya..ada sistemnya.. ada segalanya yg telah ditetapkan..ad uu ilallah..maka berdakwahlah..merupakan satu perintah yg berterusan..sebab tue guna feel mudharik..present continuos tense..;)..arahan ini adalah perintah berdakwah secara berterusan kepada satu matlamat yang jelas..kepada Allah..untuk kembali pada peraturan2 Allah!..ala basiratin..maknanya jalan ini..jalan dakwah perlu ada ilmu dan hujjah..perlu faham dakwah n fikrah Islam terlebih dahulu..ana wamanittabieen...aku n org yang mengikutiku....dalam dakwah ada sistem..ada org yang mengikutinya..ada tanzim ..ada jemaahnya..ada pimpinan n ada pengikutnya.... wama ana minal musyrikin. walaupun sudah ada sistem..ada jalan..ada tanzim..ada ilmu..tapi boleh jadi ..ada kemungkinan juga buat salah yg tak menyalahi prinsip..ada methodnya..ada wadahnya..kita belajar dari kesilapan n pengalaman..takkanlah terjun2 dalam medan dakwah..betul je dari permulaan..sekurang2nya ada la jugak kemek sikit kat kereta..;)..barulah namanya membawa kereta..dari segi pemahaman terhadap fiqh dakwahnya..dlm konteks yg lebih besar..rangkaian n jalinan yang perlu dibina..sesuai dgn manhaj yg kita bawa..terkadang ada mubarriratnya..ada perkara2 yg perlu disesuaikan dgn semasa..

Ada satu bintang..sinarnya berseri..
Cahaya atas cahaya..empat yang utama..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:58 PM

************************

Wafa membuang debu-debu yg melekap dimukanya..hatinya mendidih melihat kereta kebal penjajah ..pengkianat itu berlalu..arghhh..benci sekali..mata wafa tertumpu pada si anak kecil di balik timbunan sampah..sdang menguis2...mencari sesuatu mungkin... ummi..ummi.. rintih si anak kecil..hibanya di hati wafa..tak tertahan melihat adegan itu..perlahan2 didekati anak kecil itu.. nama anak siapa?..anak kecil itu hanya memandang tanpa suara..matanya berkaca..terkelip2 penuh persoalan...anak kecil ini terlalu mentah untuk memahami semua ini..hati wafa diruntun sayu..anak kecil itu masih memanggil umminya..mungkin umminya dibunuh pelaknat itu..hati wafa geram sekali... membara semangatnya..didukungnya anak kecil itu dan dibawa pulang..
Sampai di selekoh perkhemahan muslim syiibin...wafa terjerit kecil..mayat bergelimpangan..khemah keluarganya telah diranapkan.. wafa mencari2 ummi n abinya.. anak kecil itu diletakkan kebawah..wafa terus mencari-cari..tak semena-mena terdengar bunyi derap kaki..wafa sembunyi belakang runtuhan khemah..
Ha..ha..ha..ada anak kecil..kita bunuh dia..pangggggg!!!..wafa hampir terjerit..kakinya tergeser batu....pengkhianat itu menoleh ..mencari arah bunyian tadi..matanya tertumpu pada wafa..jarak mereka hampir 50 meter..wafa tidak buang masa..terus berlari...
ayuh ..disana.....kejar diaaaaaaaaaaaaa!!!!!!..wafa kecut sebenarnya..tetapi wafa tidak menoleh dan terus berlari..kakinya hampir tersadung..digagahinya jua..semakin lama pengkhianat itu semakin dekat...wafa terlalu takut.. wafa tidak menoleh lagi..wafa terus berlari..akhirnya wafa rasa tiada siapa lagi dibelakangnya.. perutnya terasa sakit..wafa lapar sekali..sudah berapa hari wafa tidak menjamah sebarang makanan..teringat wafa pada anak kecil tadi yang menjadi mangsa kekejaman pengkhianat itu..wafa benci..terlalu benci..wafa ingin tuntut bela..tapi wafa tak mampu berseorangan...wafa mengetip2 bibirnya menahan marah..wafa terkenang ummi dan abinya..hati wafa diruntun sayu..kemana umminya..abinya..? apakah sudah menerima nasib yg sama dgn anak kecil itu.. ? pandangan wafa kelam..kosong tak bermaya..akhirnya wafa rebah..wafa terlalu letih berlari...
...bersambung....;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:47 PM

************************

Seorang daie harus menjaga kejernihan permulaannya..kerana hari-hari pertama dalam menempuh jalan daawah ini sangat menentukan kadar kejernihan n semangat mereka di kemudian harinya..

Tidak sekali-kali seseorang sesat di jalan ini melainkan kerana keliru sejak langkah permulaannya..kerana sesungguhnya keliru dalam langkah pertama akan mempengaruhi kesudahannya..
Oleh itu, perbaikilah langkah pertama terlebih dahulu..benahilah langkah pertama terlebih dahulu..

Jika mereka beristirehat..lalu merebahkan diri mereka..hati mereka tetap akan hidup menyingkirkan perkara yg tidak berkenaan..

Sahabat pernah menceritakan perihal ketekunannya dalam menuntut ilmu. Ia mengabungkan sikap rendah hati dan sabar terhadap pelbagai kesulitan menuntut ilmu n menghimpun hadith, sehingga angin menaburkan debu ke tubuhnya..ia melakukan hal itu kerana mengharapkan bisa mencium bau harum syurga dan melewati shirath tanpa hisab..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:46 PM

************************

Salamullah alaikum warahmatuh wamaghfiratuh...
Semoga semua sentiasa dalam iman n islam....
Sedikit komen pilihan raya..sebagai pengajaran pada kita semua n juga taujih diri sendiri..hazzan mimma dzukkiru...banyak ibrah yang boleh diambil setelah berlakunya berlakunya pilihan raya..senangnya kita boleh kata..dakwah kita masih belum sampai kepada masyarakat...nak tak nak..kita kembali kepada tugas asasi kita..dakwah n tarbiyyah..pilihanraya adalah salah satu saluran kita..menang atau kalah bukanlah terletak pada tangan kita..kita perlu terus bekerja..selesaikan fard2 dulu..target kita pada masyarakat.....kesian dekat masyarakat kita kan...masyarakat yg sanggup mengorbankan 5 tahunnya hanya kerana nilaian $300 ..ini di seri menanti lah..sedih kita melihatnya..apalah ada pada harta..tak bahagia-bahagia juga..Bahagia itu ada dijiwa..mahkota disinggahsana rasa..
Kita bukan tak fikir keluarga kita di kampung..atau kecemerlangan adik-adik kita..atau masa depan ekonomi keluarga kita..kita fikir sebenarnya..cumanya..cara kita fikir tak sama dengan cara jiran sebelah rumah kita fikir......tak sama dengan mak saudara kita fikir..kita tak payah sebut la pasal pengamalan Islam di Malaysia..sistem demokrasi yang dilaung-laungkan pun masih tak diamalkan..media massa semuanya dikuasai oleh satu pihak...sistem demokrasi pun bukannya sistem Islam..dalam sistem demokrasi..ikut majoriti..kebatilan akan mengatasi yg haq walaupun hanya dengan satu undi..sedangkan dalam Islam.. kebenaran tetap kebenaran walaupun keseorangan memperjuangkannya.. keadaan politik di Malaysia sebenarnya membimbangkan..cuaca di Malaysia sebenarnya bukan ditentukan oleh negara ini sahaja..kita sedar ada tangan2 lain yg lebih besar di belakangnya..keinginan mereka utk sifarkan kuasa Islam di Parlimen sudah tercapai mungkin biarpun bukan dengan cara yg bersih.....memperalatkan alim ulama..sejarah membuktikan betapa mereka yang ada dikeliling umarak ini punya kepentingan peribadi....cerita ghulam dikaitkan dengan tafsir surah al-buruj memudahkan lagi pemahaman kita..betapa relevannya ia dengan waqi kita pada hari ini..pembesar2 yg menggali parit untuk membakar golongan mukmin..pembesar2 yg mengampu n lebih2 menghasut..lebih sudu dari kuahnya..;)..cerita ghulam..cerita pasal aqidah tauhid dan suluk jalan yg perlu dilalui..perlunya beriman dalam apa cara sekalipun....ayat nie sebenarnya motivasi pada para pejuang...jgn takut....akhirat nanti golongan yg kejam ini akan di balas....dalam neraka pun ada bahan bakar utk bakar..jauh tak terbayang lebih hebat n sakitnya utk balas apa yg mereka lakukan didunia..
Lihat di tv..pelik sungguh..seorang pensyarah usuluddin di UKM ..boleh menjawab isu pemakaian tudung..dengan selambanya..katanya ramai org kampung yg keliru kenapa Datin kita tidak memakai tudung?..pakai tudung tak wajib sebenarnya..ambil dalil saidina umar kata kepada hamba perempuannya tak yah pakai tudung..entah hadis mana diambilnya..mudahnya memberi hukum..ambil jelah dalil surah annur..takpun surah ahzab..terang2 dalil qat ie..kerana seorang wanita pemimpin melayu..hukum Islam di gubal..sedih betul Malaysia..mungkin kita kena minta tokoh agama di baling untuk jawab balik persoalan pakai tudung ni...yg penting kerja kita...daawah n tarbiyyah..daawah n tarbiyyah..daawah n tarbiyyah...teruskan utk semua!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:45 PM

************************

Thursday, March 25, 2004

LENTERA DAN ALAS KAKI!
Petikan cerpen. .MIHWAR : 7/2000

Ya ….ar-Rahiim..
Jalan yang engkau bentangkan dihadapanku laksana belantara yg mesti ku tembus dimalam gelita. Aku takut tersadung. Aku takut tersalah arah. Untuk itu, aku perlu lentera dari Mu, agar mataku boleh melihat jalan mana yang harus kupilih dan ku lalui. Kalaupun jalan yang ku pilih nanti penuh dengan bebatuan runcing dan kerikil-kerikil tajam. Aku juga perlu alas kaki dari MU, agar nikmat pabilaku melangkah agar tidak sakit aku rasakan…

**********

Ana mengajak anti bersama dalam jihad. InsyaAllah cinta yg ana rasakan adalah kerana cinta kerana Allah..
Ucapan itu begitu manis menyapa cuping telingaku. Hingga ucapan itu sentiasa tergiang-ngiang di telinga ini. ..aku bangga seketika menjadi suntinganmu..betapa tidak..yang tampak oleh mata kasar manusia, engkau adalah teruna muslim.. yang dikurniakan paras tampan n gagah, yang aktif dalam medan berdakwah, yang memiliki suara merdu ketika melaungkan Azan n mengalunkan ayat suci, yang menjadi impian n igauan muslimat untuk menjadi dia sebagai pendamping sejatinya..

Maka dengan melafazkan Asma Allah, ku hulurkan tanganku agar dibimbing menuju hidup yg penuh pengharapan, menuju jihad seperti yg diidam-idamkan..Hari-hari yg dilalui begitu indah sekali ..ditambah pula dgn kehadiran tiga jundi ..amanah dari Allah..
Allahu Akbar..keindahan yg aku rasakan tidak berpanjangan dan berkekalan, ibarat ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..sejak akhir-akhir ini, banyak kejutan ku temui. Aku laksana melihat sosok lain..disebalik wajahnya..lain sekali..
Apa yg tidak pernah diduga manusia ternyata boleh terjadi kerana Maha Pembolak balik hati manusia akan bertindak sesuai dengan yg dikehendakinya. Hampir aku tidak percaya dengan penglihatanku. Di saat Allah Mempermudahkan datangnya rezeki bagi suamiku, dia berubah menjadi sosok yg tidak pernah ku kenal..Dia bukan lagi seperti suami kecintaanku yang dulu…
Hari-hariku menjadi aneh, imanku menjadi turun naik tak menentu. Mungkin kerana tiang yg aku menumpang berpaut telah rapuh.,.,Dia menjadi semakin lupa n jauh..airmataku sering tumpah tak terbendung..Aku sering mengingatkan kepadanya dgn membaca beberapa petikan ayat Allah seperti Al-Imran : 14..begitu juga surah al-munafiquun; 9..
Harapanku ..ia mahu memahami dengan kesungguhan hatinya..agar dia kembali seperti suami kecintaanku yang dulu..namun, hatinya seolah-olah licin menerima ucapanku..kata-kata itu hanya bagi angin lalu yg tak memberi apa-apa bekas n kesan..hanya meluncur dalam hatinya tak melekat..
Semakin hari cinta yg kurasakan semakin tak menentu, cinta yg gelisah..cinta yg penuh ketakutan..aku begitu khuatir dgn tumbuh mekarnya calon jundullah ..mujahid kecilku yg berada dalam bimbinganku, aku pun begitu takut dgn keadaan diriku sendiri, yg lama-lama tidak mustahil hanyut ikutsama..
Aku begitu rindu, kerinduan yg terbayang..rindu mendengar alunan ayat suci dari suaranya yg merdu..terlalu rindu dia menemaniku ketika qiamullail ..rindu..rindu..yg mengoyak hatiku…

Sambungan seterusnya cari dalm buku MIHWAR…;)


kesedaran politik pra-syarat kebangkitan ISLAM!
Ramai dikalangan kita yang berminat dengan penglibatan politik. Itu satu perkembangan yang bagus, kerana dengan terlibat dalam arena politik seseorang dapat merasakan dirinya hadir dalam isu2 manusia..
Sekadar berminat dgn politik ..belum memadai, untuk membentuk gelombang pergerakan politik yang sedar dan mencipta perubahan, kerana perubahan politik hanya akan berlaku dengan matangnya "kesedaran politik" dikalangan pekerja Islam..dikalangan jundullah yg bekerja utk Islam..tanpa kesedaran ini secara betul..penglibatan atas dasar suka-suka atau terpedaya dgn linangan fatamorgana kemenangan dgn cara mudah n cepat tidak akan mebawa apa-apa..syeikh Arsalan pernah mengungkapkan..apakah kita mahu mengumpulkan angka-angka kosong!..benarlah..kosong didarabkan dgn billion pun akan menghasilkan jumlah kosong!
Kita seharusnya memeriksa sejauhmana kesan politik hari ini terhadap amal Islami secara khusus dan menganalpasti apa-apa pindaan dan pengubahsuaian yang perlu dibuat…seharusnya kita:
-memahami realiti,dan memeriksa aspek dan pihak yang mempengaruhinya
-mengikuti perkembangan peristiwa, menganalisanya, memeriksa latarbelakang dan berbagai kesan dan dimensinya n mengetahui tradisi zaman ini, uruf, budaya, ilmu dan undang-undang yang dipakai serta yang lapuk yang sering bertukar ganti.
- mengetahui projek orang lain-kawan dan musuh-dan berbagai perubahan yang berlaku serta mencari sebab kejayaan atau kegagalannya
- memahami istilah semasa, bahasa politik, kesusasteraan dan sains, disamping membaca pengucapannya..

Kesedaran Politik Sebagai Pra Syarat Kebangkitan Islam..!
ingat..dakwah kita..kita bukan parti politik..tetapi politik sebahagian dari kita..wallahua lam..

......................

I can't give solutions to all of life's problems, doubts, or fears. But I can listen to you, and together we will search for answers.
I can't change your past with all it's heartache and pain,nor the future with its untold stories.But I can be there now when you need me to care.
Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;I can only support you, encourage you,and help you when you ask.
I can't keep your heart from breaking and hurting,But I can cry with you and help you pick up the piecesand put them back in place.


hammuka ala qadri ma ahammak..

Humum (kesibukan, kesungguhan dan segala yang berkaitan dengannya) kita adalah bergantung dengan apa yang kita jadikan sebagai agenda.

Kesibukan, kesungguhan dan fana` nya kita dengan sesuatu perkara adalah bergantung dengan apa yang kita jadikan sebagai agenda dalam hidup ini. Dan inilah yang telah ditunjukkan oleh generasi Muslim yang terdahulu dan oleh Sultan Muhammad II sendiri.

Mereka berlumba-lumba untuk menjadi orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud: Akan dibuka Kota Kostantinople. Maka sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang membukanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya.

ana sebenarnya suka bercerita mengenai sultan muhammad fateh n pembukaan Kostantinoplenya..tp ceritanya panjang..ana juga suka kalau bercerita sambil tgk CD..barulah real!..Cd nya bahasa arab.. teringat masa cite dekat akhawat oz hari tuh..tak taulah ana sorang je ke yg semangat..;(

Menurut catatan sejarah terdapat 11 cubaan (tidak termasuk yang terakhir) untuk membuka Kostantinople. Tujuh daripadanya berlaku pada dua kurun yang pertama.

Pada tahun 34 H (654 M) oleh Muawiyah sewaktu pemerintahan Saidina Ali
Pada tahun 47 H (667 M) oleh Yazid bin Muawiyah juga pada zaman Saidina Ali
Pada tahun 52 H (672 M) oleh Sufian bin Aus pada zaman Muawiyah
Pada tahun 97 H (715 M) oleh Maslamah di zaman Umar Abdul Aziz
Pada tahun 121 H (739 M) sewaktu pemerintahan Hisyam
Pada tahun 182 H (798 M) oleh salah seorang panglima Harun ar Rasyid

satu perkara yg menarik mengenai sultan fateh nie..semangat jihadnya yg sentiasa berkobar2...Hadis Rasulullah saw itu sering bermain-main di fikirannya. Setiap gerak gerinya dibayangi oleh hadis tersebut. Jiwanya sentiasa berkobar-kobar untuk meraih kemuliaan yang dijanjikan oleh baginda saw itu. Dia seakan bersedia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan cita-citanya. Beliau sering mengungkapkan: Niatku ialah mentaati perintah Allah iatu dengan berjihad di JalanNya dan semangatku ialah semangat di jalan agama Allah...

moga kita akan menurutinya..InsyaAllah..

satu perkara yg sgt menarik bila tgk Cd sultan fateh nie ialah bagaimana dia mengarahkan tenteranya supaya memindahkan kapal melalui jalan darat sepanjang enam batu di atas kayu-kayu yang disusun dan disapu minyak di atasnya. Sepanjang malam itu tenteranya telah berjaya memindahkan sejumlah 67 buah kapal kecil ke perairan pelabuhan Kostantinople melepasi halangan rantai besi. Dukas seorang ahli sejarawan Baizantin yang sempat menyaksikan persitiwa itu berkata: Sesungguhnya ia adalah mukjizat yang tidak pernah didengar atau dilihat oleh sesiapa sebelum ini...imagine tarik 67 kapal merentasi bukit dalam satu malam..masyaAllah! bila tgk CD tue rasa semangat betul!

yg lebih mengharukan..bila laungan takbir n tahmid..sebelum perang..ada syeikh yg baca ayat quran yg Allah janjikan janjikan ganjaran syahid....lps tue..seeru ala barakatillah..tak tahulah kalau sape yg takde perasaan tgk CD nih..malam sebelum perang, sultan fateh hanya pilih tenteranya yg qiam ...bangun di tengah malam..dia telah memilih..ruhbanul lail wa fursanu fi nahar..masyaAllah!..
inilah antara faktor kemenangannya..
taqwa n iman para jundullah!

Sultan Muhammad II masuk ke dalam kota pada waktu zohor. Ketika itu beliau mendapati tenteranya sedang sibuk mencari-cari harta rampasan. Beliau kemudiannya mengeluarkan arahan supaya dihentikan perbuatan tersebut. Setelah itu beliau telah menziarahi gereja Aya Sofia lalu memerintahkan supaya dilaungkan azan sebagai tanda bahawa bangunan tersebut telah menjadi masjid untuk Muslimin. Beliau setelah menunaikan sembahyang dua rakaat sebagai tanda kesyukuran....
sungguh..benarlah....Akan dibuka Kota Kostantinople. Maka sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang membukanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya.

my dearest sister...
I find that I am finally able to write to you.
I have not written you a letter since .....
I didn't know what to say to you.
I knew that nothing I would say could make you feel better..
Our relationship as sisters, friends... fillah!
has become so special to me that I would do nothing to jeopardize it...

Thanks for all the fun, friendship, and love you have brought into my life..



Gelombang Keadilan
Munsyid: Shoutul Harakah

http://luthfie.blogspot.com/

Melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

http://senandungmujahid.blogspot.com

Genderang jihad tlah dikobarkan
di dada para pejuang kebenaran
yang rela korbankan jiwa dan raga
tuk meraih gelar sebagai syuhada

mari berjihad
kumandangkan kalimat takbir kemenangan
melaju jangan ragu
syurga Allah telah menantimu

Illahi Robbi Izzati ridhoi jalan kami
hingga syahid menghampiri kami..


kisah teladan..
Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya menemukannya?

Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu sajaranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta" .

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)". Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab " Jadi ya itulah cinta"

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya bisa menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur didepan saja.

Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/ subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong.
Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"

Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan"

# posted by ariesta @ 5:01 PM



Apabila kakak menulis..nak terima..terima..tak nak..abaikan.;)
Salamullah ‘ alaikwarahmatuh wamaghfiratuh,
Semoga sentiasa berada dalam nikmat iman n islam..

Menyelusuri perjalanan seerah..menyedarkan kita betapa sahabat terdahulu menerima pelbagai bentuk penyiksaan n halangan dalam menegakkan hukum Allah swt, betapa mereka menerimanya dengan sabar n redha..Ibtila merupakan sunnah org berjuang.. ujian n rintangan adalah rencah kehidupan..peliknya..jalan kita hari ini kelihatan mudah sekali dibandingkan sahabat yg terdahulu..apakah kita berada di jalan yg salah? kerana ibtila adalah sunnatullah atau sebenarnya kita masih belum betul-betul menegakkan kalimah ALLAH swt.. kita belum bekerja lagi? sama2 kita fikirkan.. habis tidak pun, kita di caci..dimaki..tapi aggota fizikal kita belum pernah disentuh..lihat sahaja pada cerita ghulam yg sgt popular di oz, sehingga dipanah.. lihat saja pada Nabi Zakaria..digergaji.. lihat sahaja pada Nabi Ibrahim..dicampak dalam api..kita? sama2 renungkan..mungkin sebenarnya ia terjadi..waqi di Palestin menceritan..
Firman Allah dlm surah al ankabut 29: 1-3 n Imran 3; 142..boleh rujuk sendiri apakah kita rasa kita sudah betul2 beriman sedangkan kita tidak diuji sebagaimana org yg terdahulu?
Bukanlah kita minta dibelasah..atau kita minta kita dipukul..cuma..ujian yg menimpa diri kita apalah sgt seolah membayangkan kita masih belum betul2 bekerja sedangkan memang Allah sebut.. org yg beriman ini akan diuji…actually, kalau Allah nak tegakkan Islam ini terlalu mudah.. kun, fayakun tetapi takdelah perbezaan antara mu 'min yg sejati n gologan munafiquun, takdelah istimewanya mereka yg bekorban di jalan Allah n sanggup menggadaikan nyawa mereka.. andaikata Muhammad saw semulia2 insan n manusia yg paling Allah cintai .. mengapa rom n parsi tidak dibuka dizaman rasulullah saw masih hidup? tetapi diberi kemuliaan kepada salah seorang sahabat utk membukanya setelah nabi wafat..?..sama2 renungkan….
Kalau dilihat..dicongak2..terlalu sedikit sahabat yg mati dimekah n madinah..yg lain2 semua mati jauh dr kampung halaman..di yaman dan serata dunia..Ummu Aiman sendiri ..seorang sahabiyyah mati di Cyprus..sahabiyyah tue keluar berjihad..tetapi kita nie..susah betul nak tinggal kampung halaman..ayam itik..n entah ape2 lagi..itulah kalau letak dunia di hati..
Ada satu hadith yg mana ada disebutkan ada 5 perkara yg Allah sahaja tahu..urusan Allah..kita tak payah nak susah2 fikir..antaranya kita mati dimana?….apa yg akan berlaku esok?..bila hujan akan turun?..lagi dua ana tak ingat..sape2 jumpa boleh khabarkan…
Erm, sebenarnya mudah je nak hidup..kita tak tahu kat mana tempat kita menghembuskan nafas yg terakhir..jd bertebar je lah diatas muka bumi ini.. apelah susah sgt nak hidup..pergi jelah mane2..ke guana?
Surah at-taubah – 9:11.. Allah beli harta n diriorg mukmin dgn syurga?..tak nak ke offer tuh?

Sahabat-sahabat seperjuanganku..
Sedar taksedar..apabila kita susah..kita akan merintih sayu..n menangis setiap hari meminta pertolongan dari Allah..tetapi apabila sampai kepada situasi yg kita seolah tidak bergantung n berharap kpd Allah..kita menjadi lalai n lupa diri..??
Banyakperkara kita kena muhasabah balik..tiap hari bergelak ketawa..apakah kita mahu menangis diakhirat..atau biarlah kita menangis didunia n tersenyum di kemudian hari..

Sahabat-sahabat seperjalanan..
Dimalaysia, bahang pilihanraya sudah semakin terasa..dimana2 warna biru kelihatan….kita jua harus melaluinya.. menang tak menang bukan urusan kita..itu urusan Allah..yg penting kita berusaha..sekiranya menang..mungkin jalan daawah kita terbuka lebih luas n lebih mudah bekerja..tetapi andai kalah..daawah harus diteruskan..bukan bermakna..andai jalan itu susah kita berhenti..jalan daawah ini umpama kita sedang melalui lebuh raya..n sekali sekalakita transit di R n R..dan pilihan raya antara transit yg perlu kita lalui..harapnya di transit itu, ada hasil yg dikutip..mungkin ada peluang utk kita berdaawah..ada peluang kita mendekati masyarakat..
Semoga hidup kita..mati kita..keranaMu ya ALLAH!

**************************

pejuang itu
siang malam tiada beza..
penat derita tiada dikira..
moga redha ALLAH bersamamu..
duhai pejuang..

insan sering kelupaan ..
bahwa dunia semata pinjaman..
tiada nilaiannya..
disisi Tuhan..
benarlah..andai dunia ini ada harganya..
pastinya walau sebelah sayap nyamuk..
takkan diberi pd mereka yg kufur..

seorang pejuang..
pelik sungguh..
membuang harta..
sedangkan mereka yg lain..
sibuk mengumpul harta....

Iqbal telah mengungkapkan neraca pendakwah ini melalui dua bait syairnya:

Tidaklah akal yang berpenyakit ini..
Layak memimpin ...

Kehidupan yang dibina atas dhzan dan rambang...
adalah lemah dan berpenyakit


sesungguhnya hanya orang celik yang memimpin...mereka tidak mungkin diam, meninggalkan hak Allah kepada Allah dan hak Qaisar kepada Qaisar, kerana mereka faham bahawa Islam adalah rahmat , hidayah yang syumul, yang bersifat dengan sifat sempurna dan sepadu. Tidak mungkin ibadat manusia terjaga kecuali dengan pemerintah yang beribadat sama seperti mereka, memahami ibadat sama seperti yang mereka fahami...mereka akan terus bekerja n akan terus bekerja sehingga apa yg mereka impikan tertegak..atau hingga mereka gugur syahid!

"Sesungguhnya syariat tanpa politik (siasah): adalah kurang dan siasah tanpa syariah juga kurang".
..........................................
Langit masih belum cerah,
nampakkan seri pudar suasana..
wahai adikku..kau tersenyum..
merawat sengsara yang berkarat di hati..
walau kau jauh nun di sana..
takkan ku lupakan kenangan bersamamu..
moga Allah kan memayungi..
dengan rahmatnya..
kasih sayang terjalin..

Adikku..
Pilunya hatimu menanggung sengsara kehidupan..
Onak duri ditempuhi jua,..
kerana Allah kita bertemu..
dan kerananya jua..kita berpisah..

oh..kita...suka dan duka..dalam apa jua..
oh Adikku ..semoga Allah meredhai kita..
Sesungguhnya senyumanmu masih lagi ku simpan..
ku mencari..
ku menunggu dirimu..
agar terubatlah...

******************
Adikku...
Adikku,
Jika kita dapat menyentuh perasaan paling dalam dr jiwa manusia, maka kita akan mendapatkan banyak kebaikan yg melimpah-limpah, yang kadang-kadang pada tahap pertama sulit untuk ditangkap oleh pandangan mata..
Itu telah ku alami sendiri adikku. Dan telah kucuba pula kepada beberapa orang, bahkan terhadap orang-orang yg dianggap jahat dan kurang ajar!
Ikut merasakan apa yg sedang mereka rasakan, menunjukkan suatu penyesalan atas kekeliruan dan kesalahan yg mereka lakukan akibat ketololannya, menyatakan respons terhadap cita-cita dan keinginan mereka, memberikan pertolongan dan bantuan tanpa dibuat-buat kepada mereka, mencintai mereka sepenuh hati, maka..tidak berapa lama dari itu..akan tersingkaplah kebaikan-kebaikan dalam jiwa mereka di saat mana kamu telah menerima balasan cinta kasih dari mereka, kepercayaan yang kuat atas dirimu, dan rasa simpati mereka walaupun pemberianmu hanya sedikit dan tidak beharga asalkan kamu lakukan hal itu secara ikhlas, jujur, suci dan setulus hati sepenuh jiwa!
Sebenarnya kejahatan itu tidak begitu dalam menancap didalam jiwa manusia, dan tidak seperti apa yg kita bayangkan sebelumnya. Kejahatan itu hanyalah kulit luar yang mengeras disaat mana mereka sedang berjuang bermati-matian untuk mengekalkan kehidupannya.
Tetapi, setelah mereka beriman, maka kulit yg keras kaku itu akan terkelupas dengan sendirinya, dan keluarlah biji serta isinya yang manis itu..
Biji manis itu hanya akan terbuka kepada siapa yang mereka anggap dapat memberikan kedamaian dan keamanan bila mereka berada disampingnya. Dan manisnya buah itu hanya bisa dicicipi oleh siapa yang mereka anggap bisa merasakan apa yang mereka rasakan, yang mencintai mereka sepenuh jiwa, yang kasih sayang kepada mereka setulus hati, yang menaruh perhatian terhadap keinginan-keinginan mereka, yg mahu menghulurkan bantuan dan memberikan pertolongan terhadap pahit getirnya perjuangan hidup yang mereka sedang perjuangkan, bahkan diatas kesalahan mereka juga.
Sedikit berlapang dada dan meluaskan cakarawala sudah cukup menjadi modal pertama untuk mendapat kenyataan dari itu semuanya, lebih cepat dari approach yg dapat dilakukan oleh orang-orang yang menganut faham materialis sekularitis itu.
Itu sudah ku alami sendiri dan ku cuba adikku, dalam hal ini aku tidak ingin hanya bermuluk-muluk kata dan bermanis tutur bahasa sedang kenyataannya hampa belaka. Aku tidak ingin hanya membuat mimpi diatas sandiwara sebab itu pengalaman hidupku sendiri.

perikan surat sayyid Qutub utk adiknya diluar penjara..

********************
sambung entri yang dulu-dulu...
MARHALAH (PERINGKAT) DAKWAH FARDIAH 1. Ta’ruf dengan mad’u
– wujudkan hub dan perkenalan dengan mad’u
– ambil berat diri mad’u = sehingga dapat dirasakan olehnya
– rapatkan diri sehingga dapat rasakan dia boleh terima apa yang kita cakap
– jangan cakap ape2 lagi pasal dakwah

2. Bangunkan iman yang lesu dalam jiwa mad’u
- bincang persoalan mengenai keimanan = secara x langsung/ seolah-olah tak disengajakan = citer pasal pokok ke..haiwan ke... semua pasal alam kejadian dan kekuasaan Allah....
- tujuan perbincangan macam ni diadakan berkali-kali..jadikan mad’u fikir keunikan ciptaan Allah.. mengkagumi, mengaguni..menyucikan
- dapat mendorong mad’u ingat azab kubur, akhirat dsb.. seterusnya lahir rasa ingin mengenal makrifatullah.. sedarkan dirinya tentang kealpaannya
- terangkan asal usul kejadian manusia (roh & jasad) peranan manusia di atas dunia (beribadat)
- harap2... mad’u mula murajaah (ulangkaji) diri

”Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : ”Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia2. Maha Suci Enkau, peliharalah kami dari seksa neraka”. – (Ali-Imran: 191)

3. Bantu perbaiki diri mad’u
- ajar mad’u perkara2 ketaatan kpd Allah dan ibadat2 fardhu
- biasakan mad’u berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dgn Islam
- bekalkan mad’u dgn buku2 yg persoalkan ttg aqidah
- ajak dia ke majlis2 ilmu
- kenalkan dia dgn org salih = bi’ah yg soleh dpt sempurnakan keperibadiannya juga
- sabar dan ikuti perkembangan dirinya..jangan abaikan dia dalam waktu ini

4. Jelaskan pengertian ibadah yang syumul
- jgn bataskan persoalan ibadah kpd solat, puasa, zakat dan haji shj – tapi rangkumkan semua..makan..ilmu..kahwin..bla..bla
- semua amalan/pekerjaan adalh ibadah kepada Allah.. so.. ajar mad’u supaya sumer diniatkan kerana Allah dan laksanakan pekerjaan itu ikut syariat Islam
>>> rujuk m/s 21 -22 pasal syarat2 ...

5. Jelaskan bahawa Islam meruapakan suatu system
- rujuk Usul 1
- fahami kewajiban kita terhadap Islam.. berjuang sungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi
”.... sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata...” – (Al-Baqarah : 193)
- Rasulallah berkata ”Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka”

- lahirkan perasaan tanggungjawab umum (mas’uliah ammah) terhadap Islam di dlm diri mad’u dan tidak lagi asingkan diri
- terang kat mad’u musibah yang menimpa sekiranya umat Islam tak bersatu padu
- terangkang t/jwb tegakkan daulah Islamiyah

6. Jelaskan kepentingan jemaah
- daulah Islamiyah tak tertegak tanpa jemaah
- jemaah pelengkap individu muslim

7. Jemaah mana yang harus dipilih
- Pelbagai jemaah = m’punyai lambang2 dan cara2 t’sendiri utk tarik pemuda
- Mesti faham = persoalan amal Islami (persoalan asasi dan penentu masa depan)
- Mesti teliti perjuangan mana patut dalam pilih jemaah utk realisasikan prinsip2 Islam + tegakkan Daulah Islamiah
- Ikut jln yg ditunjuk Rasul
o Mantapkan aqidah Islam dlm jiwa mukminun + didik mereka di rumah Al-Arqam b’dasar’kan Al-Quran & madrasah Rasulullah
o Through madrasah ni, lahir Rijalul Aqidah (pendukung akidah) = akidah kontrol diri, pengaruhi perasaan, kuasai jiwa
o Sanggup korban apa saja = x kisah kena siksa .. x b’undur!!
o Tu.. nak bina tiang2 seri utama = asas Daulah Islamiah yang 1st
o Rasul umpah setia & janji dgn mrk utk pertahankan Islam guna apa saja yg ada
o Wujud kekuatan aqidah, kekuatan, kesatuan .akhirnye kekuatan tgn dan senjata
o Apb terbentuk kump mukminin mantap & bersatu...
”Telah diizinkan (berperang) bg org2 yg diperangi krn sesungguhnye mrk telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah swt benar2 berkuasa menolong mereka.” (Al-Hajj:39)
0 w/pun mase tu sket aje kump mukmin yg mantap & b’satu.. Rasul pesan sabar dan istiqamah dgn kebenaran yg diimani
0 suruh teruskan sampaikan dakwah Islam kpd org lain
0 Rasul x minta lawan batil guna kekuatan

UNTUK KAKAK...
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

***************************************

Innalaha ma'ana...
benarlah kata2 pejuang ini..

"Sesungguhnya Al Quran itu tidak akan dapat dipahami oleh orang-orang yang hanya duduk sahaja.”

Dari itu orang yang telah mendalam imannya dan telah bersemayam di hati sanubarinya akan merasakan manisnya jihad dan baginya kehidupan akhirat dengan segala kenikmatannya merupakan cita-citanya yang paling tinggi dan ia rela membelinya dengan dunia seluruhnya..

firman Allah yg maksudnya:
“Oleh kerena itu, mestilah orang-orang yang ingin menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berjihad pada jalan Allah.(untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berjihad pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.”(QS An Nisa’ 4 : 74)

Inilah janji Allah swt. yang menjadi sumber inspirasi serta tonggak kekuatan sehingga jiwa mereka tumbuh menjadi jiwa yang kuat dan perkasa menghadapi musuh-musuh Allah swt. walau di mana sekalipun mereka berada.


………………….
"Diantara orang-orang Mukmin itu terdapat sejumlah laki-laki yang memenuhi janji mereka terhadap Allah. Di antara mereka ada yang memberikan nyawanya, sebagian yang lain sedang menunggu gilirannya. Dan tak pernah mereka merubah pendiriannya sedikit pun juga!!" (QS Al-Ahzab : 23).

Selamat jalan para tentara Allah.

Salam atasmu sekalian para Syuhada.

Sungguh, Rasulullah akan menjadi saksi nanti di hari kiamat bahwa anda semua adalah syuhada di sisi Allah.

Syahid itu indah.

Inilah ladang jihad, di sinilah didapati tiket 'percuma' ke syurga

……………….
Dear Allah, touch the people i care for, keep them safe, remind them of Ur great luv n bless them, especially d one reading this, coz i luv her...



BUKAN KERANA AUSTRALIA
"Sesungguhnya atas Kami hanya memberi petunjuk" 92:12

"Dan tidak ada bagi mereka wali-wali yang menolong mereka, selain daripada Allah. Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada baginya jalan (kepada kebenaran)" 42 : 46

Sayu baca warkah kakak untuk akhawat Aussiee...

Sesungguhnya kakakku....
Bukan kerana atmosfera Australia yang nipis kami terasa lebih terang dan cerah berada di sini...
Tetapi kerana nur Allah "lebih kelihatan" di sini... walau kami tahu dan yakin nur Allah itu meliputi langit dan bumi dan segala ceruk angkasaraya.....
Adik sendiri, terlalu lama rasanya berada di bawah payungan kejahilan.... yang menyebabkan sekian lama adik terteduh daripada melihat cahaya Islam yang sebenarnya...
Sekian lama juga telah percaya bahawa suasana kami terang sudah, kami letakkan kaca mata hitam melapisi pandangan kami, maka terkabur dek bayangan penipuan keselesaan dunia....

Percayalah kakakku...
Bukan kerana Australia dijalari dengan 'freeway' kami lebih gemar utk meneruskan perjalanan kami di sini....
Tetapi kerana kami lebih free to choose our own way, iaitu the way of our life - Islam...
Di bumi Malaysia, hidup kami dijalari 'highway'... untuk memilih haluan perjalanan itu.. ada tol.... there's too much stops... there's always prices to be paid .... Too much speed trap yang melambatkan kami....
Tetapi bukan kami berputus asa dengan suasana kami di sana, tetapi di sini.... kami akan melatih diri utk pandai memboloskan diri..... dalam mencari keredhaan Ilahi.....

Yakinlah kakakku...
Bukan kanggaru yang memikat hati kami...
Bukan benua Australasia yang luas ini yang membuat kami terasa lebih selamat utk terjatuh di pinggiran....


Bukan kerana Australia mempunyai pagar terpanjang di Queensland membuatkan kami lebih terjamin daripada serangan dingo dan haiwan buas yang lain....
Tetapi kami di sini lebih nampak pagar yang telah Allah bina utk kami (jua utk saudara lain) .... Kami lebih selamat berlari-lari di dalam lingkungan pagar.... Biarpun hanya bersandar di pagar kami tidak risau untuk jatuh... Di Malaysia, adik rasa sendiri.... mungkin walau kerana Malaysia lebih kecil tetapi pagar terlalu luas.... Sedang berlari-lari sendiri pun susah nak bertembung dengan yang lain walau di situ kami jua dilingkungi dengan pagar yang sama.... Mungkin kerana di dalam pagar itu, banyak makhluk lain yang lebih aktif... Lebih banyak kami bertembung dengan mereka... Lantas adik penat sendiri dan hampir futur...... (tapi kakak datang tembung adik 2 kali kat Kg 8 kan?)

Aussie ini tiada istimewanya sebenarnya..
Malaysia itu "tanah air" kami..
Tentu la kami rindui...
Ayah ibu, keluarga, sanak saudara, taulan....
Semuanya perlu dan nantikan perubahan...
Kami di Aussie... ada perjuangan kami
Saudara lain dengan perjuangan mereka jua di tempat lain
Di bumi kakak pun ade gak..kan..kan.. kakak salah seorang daripadanya..
Tetapi, kita semua ada matlamat yang sama
Nak bina Daulah Islamiyah...
bukan takat itu saja, ustaziyatul alam impian bersama....


EDISI KHAS SEMPENA KEPULANGAN AKHAWAT OZ..
tamdhil layaali zikraa bibali..malam-malam terus berlalu sedangkan kenangan itu terus utuh diingatanku



Warkah cinta untukmu akhawatku..
(teristimewa untuk akhawat oz yg pulang ke oz tadi..cik lin, suya, ilmik, nik sha, zila, wala, fiza n semua akhawat oz yg pernah bersama-sama dengan akhawat BR, BBB - dayah, ummu, nana, kak amy, kak oja, mas, hasni, ija, rina, syahida, ct, nik, kak nadia, kak fatihah..;), syaf, noni, muna, aina, darliesha, azian, ..maaf kalau ada yg tertinggal nama)

akhawatku
seketika tadi..lambaian terakhirmu meninggalkan sayu di hatiku..suatu perasaan yang sukar diluah dengan kata2 mahupun bait puisi..mencalitkan perit dan sendu dijiwaku..terasa berkecai hatiku tatkala melepaskanmu pergi..
perlahan-lahan..wajahmu hilang dari pandangan mataku..terpana aku seketika..lantas terkesima..remuk dihatiku hanya Allah yang tahu...betapa aku tak dapat melupakan saat kita bersama akhawatku..
setapak demi setapak ku tinggalkan KLIA dengan sendu dihati..dengan air mata yang masih basah di pipi..dengan kenangan yang masih segar di sanubari..dengan nostalgia kita yang masih utuh bersemi..sungguh akhawatku..perasaanku seakan meronta tidak mahu melepaskan kau pergi..
namun akhawatku..ku pasrah n redha..kerana menuntut keredhaan Ilahi..menuntut pengorbanan yg tinggi..akhawatku, ku rela demi sebuah perjuangan yg perlu kau teruskan..di sana.. di suatu daerah asing untukku..
akhawatku,
masihkah kau ingat saat itu..tika kita berjumpa kali pertama..tika kita bergurau senda bersama..rajuk n tangismu membuatkan ku pilu..gelak n tawamu menghiburkan hatiku..masihkah kau ingat lagi saat itu..tika kita bersua kali pertama..kau tersipu dan tertunduk malu..sungguh akhawatku..tenang sungguh hatiku...
akhawatku...
masihkah kau ingat suatu ketika itu..ku hampir kecewa dengan ujian dunia..kau beriku sokongan padu..kau katakan padaku..Allah sayangkanku..kerana itu aku diuji....masihkah kau ingat..suatu ketika.. kita sama-sama berjuang bersama..berlapar bersama..bermain bersama.. ber'muayasyah' bersama.... bekorban bersama.. hingga akhirnya timbul bibit-bibit kemesraan antara kita..hingga akhirnya timbul keserasian antara kita..hingga akhirnya ukhuwwah kita atas dasar aqidah menjadi begitu utuh..kasih sayang yg Allah campakkan sungguh indah sebenarnya..masihkah kau ingat?
akhawatku..
suatu ketika.. ku pernah memarahimu..sungguh akhawatku ..tak terlintas di hatiku mengecilkan hatimu, tak terniat jauh disudut hatiku mengecilkan hatimu, sungguh tak ingin ku melukakanmu..harap kau mengerti.. teguranku itu.. tanda ku sayangkan dirimu..tanda ku ingin kita sama-sama meniti jalan ini dalam redhaNya.. bukanlah tanda ku ini lebih baik darimu..sungguh akhawatku..kita sama-sama manusia..kita sama-sama pernah tersilap langkah..tersalah bicara.. hilang pencaturan..namun..tak bermakna..kita tak boleh berpatah kembali... mengulang lagi.. bertatih semula dari langkah pertama.. sungguh akhawatku..kita sama-sama belajar.. berpimpinan tangan.. tegurlah daku, nasihatlah diriku andai ku tersalah..andai ku tersilap..
akhawatku..
andai ku hampir jatuh..peganglah tanganku..
andai ku rebah..tariklah tanganku..
andaiku tersungkur..pautlah ku kembali..
andai ku kecewa..berilah semangat padaku..
agar ku tidak tergolong dalam.."almusaqituna fi thariqu da'wah..."
agar kita sama-sama menuju ke gerbang jaya..
akhawatku..
sejak hari pertama ku mengenalimu.. seakan sudah bertahun kita bersama.. kali petama kita bersua.. seakan sudah lama ikatan ini terbina..akhawatku..kemesraan ini..kebahagiaan ini..ikatan ini..ukhuwwah ini..atas dasarnya aqidah...moga kekalnya hingga ke syurga.. moga kita termasuk di bawah naunganNya dihari dimana tiada naungan kecuali naunganNya.. akhawatku..sungguh indah andainya persahabatan kita ini akhirnya nanti di syurga.. lebih indah lagi andai nanti kita dapat bercerita tentang perit jerih kita di dunia..diwaktu kita berada di sana..doakanlah akhawatku penghujung kita di sana..di jannatal firdausi a'la..
akhawatku..ku pohon dariNya moga kita akan dapat berjumpa lagi..namun andai bukan itu yang direncanakan oleh yang Esa..doa ku kita akan berjumpa di sana...untuk kali kedua..saufa naltaqi marratan ukhra insyaAllah..fa'in lam takun huna saufa nara..fahunaka fi jannatil firdausil a'la..ameen..
akhawatku..
hari-hari terakhir barsamamu menjadikan aku sendu sendirian..terasa masa ingin diputar kembali..takut melihat kepulanganmu ke oz kian hampir.. takut aku tak mampu terima kenyataan.. akhawatku..terkadang ku tak mampu berterus terang.. walau tak pernah ku beritahu kau terlalu istimewa di hatiku..namun sungguh akhawatku.. segalanya ku simpan jauh di lubuk hati..betapa kau terlalu beharga akhawatku.. akhawatku..doaku kau akan teruskan perjuangan di sana..doaku kau akan laksanakan ikrar kita.
akhawatku..masihkah kau ingat janji kita semalam..
bersama dalam sebuah perjalanan..
yg kita ukir bersama..
dengan air mata di lembaran usang
masihkah kau ingat..
bagaimana kita bertemu..
bagaimana kita berkumpul..
n bagaimana kita berpisah..
tidakkah kau lihat bahawa janji Allah semakin hampir..

akhawatku,
sesungguhnya..terima kasih kerana telah mewarnai hidupku..terima kasih kerana menggembirakanku disaat ku dilanda duka..terima kasih kerana bersama dengan ku sentiasa..dikala suria memancar terang, di kala mendung n dikala hujan..terima kasih kerana menjadi sahabatku selamanya..didunia n moga kekal hingga ke syurga..terima kasih kerana berikan ku sinar harapan..sesungguhnya akhawatku..kau lebih bernilai dari dunia n seisinya,..kerana kau generasi penerus pejuangan yg hampir pupus di muka bumi ini... sesungguhnya harapanku yang tertinggi..moga kita sama-sama kan berjaya memasuki jannahNya..n memperoleh redhanya..pohonkan ku dalam doamu akhawatku agar ku terus begini.. terus meniti hari..dengan penuh ketabahan n iman dihati..moga hari esokku lebih baik dari hari-hariku yang telah berlalu..

akhirnya akhawatku..selamat tinggal..moga hanya jasad kita yg terpisah..namun dihati selamanya bersama..bersama atas jalan ini..moga kau tak melupai diriku disaat kau menjejakkan kaki di oz..oz..yg tentunya lebih bewarna warni yg mungkin buat kau lupa diriku.. namun aku ..akan cuba sekali-kali tidak melupai dirimu... sehari bersama selamnya terasa akhawatku...

diriku yang amat mencintaimu kerana Allah,
akhawat BR


ketika malam..
melabuhkan tirainya bawa malam..
meninggalkan siang lalu..
pergi tanpa ulang..
tinggal memori semalam..
suka duka keindahan..
Manisnya itu tak mungkin berulang..

Ukhuwwah yang terbina..
terjalin sekian lama..
kini meniti akhirnya..
nokhtah perpisahan..

perjuangan ummah ini..
kau pasti teruskan jua..
walaupun ku gugur pergi selamanya...
teruskanlah teman..
teruskan perjuangan suci ini..
perisaikan diri iman..sempurna di hati
basahkan bibirmu dengan puji kepada ilahi..
Agar tiada tersia perjuangan ini..
Andainya pun engkau gugur..
syahid ganjarannya nanti..
andai sebaliknya..
hidupmu kan bermakna..
biar putus nafas ini ..
Nantikan temu kembali..
Ditaman impian..
manisnya kan bersemi..


Missing you from my heart...I am thinking about you and all the special things you mean to me and the warmth and closeness we share..I am thinking how much fun..the good times are when I share them with you , and how you caring makes the hard times easier ... I am thinking you and wishing..too..that we were together, because you're missed more than words can say..I really miss you..
.....................................................

hidupnya
hidup seseeorang, mari kita renungkan....
mindanya baru saja terbukakan untuk jalan ini...

selama ini jalannya terasakan bersuluh....
tetapi sebenarnya melangkah di atas titi rapuh...

terasa terang tetapi tak sedar dirundung mendung...
terasa selesa tak sedar kaki berdetak di atas malapetaka...

selama ini meyakini apa yang diikuti..
sepenuh hati menegakkan apa yang difahami...

walau hakikat tidak mengerti hidup ini..
hanya kerana selesa lantas disimpulkan hidupnya lengkap sudah...

dari kecil hingga merangkak ke usia remaja...
terus berasa selesa, tetapi syukurlah masih bertawajjuh kepada TuhanNya

mengerti segala-galanya milikNya
tetapi tiada siapa tampil bagaimana hendak mengerti dengan sebenarnya

terus meniti landasan kehidupan yang kabur
hidupnya senang, syukurlah masih mengenang segalanya dari TuhanNya

masih hidup selesa, rasa cukup sekadar dengan takbir, rukuk, sujud
rasa terjamin dengan Islam yang dipegang...

memandang ke kiri dan ke kanan...
terasa lengkap sudah hidupnya...

cakap saja material, rasa hidup pasti bahagia...
cakap saja keluarga, rasa hidup pasti bahagia

tapi hakikat bahagia bukan di luar sana....
tetapi jauh di lubuk sanubari...

syukurlah, dia masih mencari....
dikelilingi dengan pelbagai kelengkapan dunia..
tetapi terasa kosong jiwa dan mindanya....

menyendiri.....
menyendiri....
mendekatkan diri dengan mihrab...
bersimpuh di masjid.....
tafakur...
setia takbir, rukuk dan sujud....
mungkin di sana ketenangan hakiki...

benar..benar.. semakin rasa hampir...
tetapi apa sebenarnya yang dicari??

masih terasa ada kehilangan...
tetapi rasa cukup segalanya..
manakah hilang?

benarlah Hidayah milik Allah......
dijentik hulu hati....
terus mengerti....
selama ini apa yang difahamnya salah..
selama ini apa yang dipegangnya dirasakan betul tetapi tidak sebenarnya...
terlalu selesa dengan Islam yang dimiliki...
sekadar ibadah dan amalan tambahan buat melindung diri

tapi... tapi... dia mencari..
apa yang dia jumpai???


suatu ketika...
suatu ketika sedang pakcik hasan berucap..seorang pemuda bertanya..
"bercinta itu halal atau haram ?"..
sambil tersenyum..pakcik menjawab..'bercinta yang halal itu halal dan bercinta yang haram itu haram"..renungkan..dan fikir-fikirkan..

suatu ketika juga, pakcik menghadapi masalah dengan maktab perguruannya dan diugut untuk diberhentikan..lantas dengan tegas..dia menjawab "rezeki saya tidak ditentukan oleh maktab atau kementerian pelajaran"..lihatlah bagaimana pergantungannya pada Allah..bagaimana dgn kita..apakah rezeki kita ditentukan oleh Petronas..atau oleh kolej atau oleh siapa?..terkadang kita tahu rezeki itu datangnya dr Allah tp tindakan kita..pendirian kita seolah2 rezeki itu..kuasa manusia..tidakkah kita sedar?..kita takut utk buat sesuatu kerana takut ditarik biasiswa...erm.. bukankah Allah yang tentukan rezeki kita?.. fikirkanlah!

suatu hari, dihari gugurnya seorang syahid..lahirlah anak pejuang..anak seorang syahid..diberi nama istisyhad kerana lahirnya di hari ayahnya syahid!..isterinya yg menamakan anak itu istisyhad..sungguh bertuah anak itu....ayahnya syahid..dan sungguh bertuah si syahid itu..kerana isterinya tabah n kuat...mampu beri tarbiyyah pada anaknya yg baru lahir....dididiknya anak itu sejak dr dalam kandungan..

aku anak pejuang!!
raqaiq-istisyhad......


Allahu ghayatuna..
Rasuluna..zaeemuna..qudwatuna..
quranuna dusturuna..syi'aruna..
jihaduna sabiluna..
wal mautu fi sabilillahi asma..amanina..

sungguh.. rohnya mengalir.. jiwanya ..sentiasa bergerak.. hatinya meronta.. langkahnya ... betapa syahid dirindui..
betapa kalimah da'wah sentiasa mengalir dalam tubuhnya..
disetiap denyut nadinya..
disetiap gerak perjuangannya..
sungguh..
betapa kita jua merindui syahid..
kita jua merindui kedudukan itu..
sedangkan dia..disebalik tiang besi itu..
masih tak letakkan senjata..
masih tak jemu berjuang..
apakah kita ingin berundur..
saudaraku...
seandainya kita berpegang dgn tali-tali Allah..
maka tiada siapa..dr musuh-musuhnya mampu robekkan kita..
yakinlah kita..
saudaraku..
air mata ini tak mampu dibendung lagi..
hati ini tersiat-siat melihat peristiwa itu..
andai dikurniakan kesempatan..
kan ku tuntut keadilan..ku pastikan Islam tertegak akhirnya..
sungguh saudaraku..
andai kita tidak berjumpa..doakan kita kan ketemu nanti..
di jannah. firdausi a'la....doakan kita bersama untuk selamanya..
Ya Allah..
kabulkanlah permintaan ini..
teruskanlah saudaraku..
teruskan perjuangan ini..
sehingga dirimu gugur..syahid..atau menang!


********************************

Salam alaikum warahmatuh wamaghfiratuh..
semoga sentiasa dalam 'inayah iman n islam..
semoga hari yg bakal mendatang akan membawa sinar baru untuk islam!

hari-hari yg berlalu meninggalkan banyak pengajaran..n pengalaman..pengalaman inilah yg mengajar erti kedewasaan n kematangan..semalam yg berlalu penuh erti..mengajar kita betapa perlu 'bercampur' dengan masyarakat..betapa perlu 'bekerja' bersama mereka..betapa perlu membimbing n menarik mereka..seorang daie perlu mengenal pasti angkatan pemuda yang terbaik di dalam masyarakat dan seterusnya bergaul dan berkenalan dengan mereka, menziarahi mereka dan mengajar mereka kaedah menggabungkan dan menyelaraskan tenaga-tenaga Islam...perlunya para duah memilih anasir terbaik..agar dapat dimaksimakan tenaga..kita tak punya tenaga yg ramai..sedangkan kerja kita banyak..kerana itu kita perlu memilih..kita bukan bersikap 'diskriminasi' pada masyarat..kita ingin mengajak semua...tapi sayang...tangan kita tak sampai..kita perlu tumpu..tarkeez wa la takathur..namun..kita sepatutnya sentiasa mencari orang ramai, bertanya khabar, menemui dan bermusafir untuk menemui mereka serta menziarahi mereka di dalam tempat perhimpunan mereka. Andai kita hanya menunggu kedatangan orang ramai untuk menemui kita, kita akan keseorangan n termangu sendirian..percayalah..

Diceritakan: "Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita tentang seorang lelaki yang soleh atau zuhud atau yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau akan bertanya mengenai orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan dengannya serta mengetahui hal ehwalnya." Lihatlah, Imam Ahmad tidak mengasingkan diri dan lari dari orang ramai.

Abdul Qadir al-Kailani telah berkata:
"Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku."

Dia berkata lagi: "Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah berjaya lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku merasa bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?"

Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah dengan mengarang kitab yang mengulang-ngulang perkara yang sama. Seorang alim yang sebenarnya ialah seorang pendakwah. Bagi orang alim yang hanya mengarang kitab semata-mata, kita katakan kepada mereka: "Demi Allah, kamu bukanlah ulama' atau orang yang bijaksana, tetapi kamu hanyalah memperdagangkan ilmu." Islam hari ini tidak memerlukan penambahan lagi terhadap kajian-kajian di dalam cabang-cabang ilmu fiqh berbanding keperluannya kepada pendakwah yang bergabung tenaga, tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka.

semoga kita semua akan terus bekorban utk islam..sehinggalah kita dijanjikan dgn dua kemenangan..mati atau syahid!!!

...................................

ketenangan ada disini... tak jumpa kerana kau tak mencari
kebahagiaan tersirat dihati..tak rasa kerana kau tak menghayati

jangan undur walau selangkah..
teruskan perjuangan.
hingga ke akhirnya..
andai kau gugur..
andai kau syahid..
kau diredhaiNya..
dengan satu perjuangan..
satu arah tujuan..
dibawah rahmat yg Esa..
kita melangkah seiringan..
satu perjuangan..

semoga kita akan bersama untuk selamanya..sehati sejiwa..dulu kini selamanya...walau apa yg melanda hadapi bersama..Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami..moga tabah hati tak berbelah bagi...

*******************************************
pengorbanan sahabat..
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman. ..moga kita sama2 dapat mengambil iktibar n berusaha sampai ke arah itu..
****************************

pejuang itu...
“Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”

“Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.”

Sesungguhnya perjuangan yang mengandungi segala kepahitan itu pasti akan menyentuh jiwa kemanusiaan sedalam dalamnya. Ketika ujian telah mencapai tahap ini, maka pertarungan akan bertukar dan memberikan keuntungan kepada pihak kebenaran dan para pendokongnya. Manakala golongan yang zalim dan melampau akan mengalami kebinasaan. Golongan yang beriman, sabar dan berharap pembalasan baik daripada Allah akan memperoleh balasan yang berkekalan. Firman Allah swt yang bermaksud (al-Ra’d ayat 17):

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.”


Para pendokong risalah dan pendakwah mestilah sentiasa berpegang dengan akidah keyakinan mereka yang menjadi paksi tertegaknya langit dan bumi. Mereka mesti beriman dan beramal dengannya. Ia adalah amanah yang mereka mesti menanggungnya setelah jihad, pengorbanan dan darah yang dicurahkan. Pendirian untuk menentang segala kekuatan kejahatan adalah suatu yang sudah jelas dan terang. Agama yang agung ini mesti kekal dalam tangan kita dalam keadaan selamat sejahtera sebagaimana ia diturunkan oleh Allah swt. Ia adalah amanah yang mesti kita wariskan pula kepada generasi akan datang. Generasi akan datang mungkin lebih benar keyakinan mereka dan lebih mendalam keimanan mereka serta lebih hampir kepada merealisasikan kemenangan serta memperoleh kejayaan. Kerana yang demikian itu adalah kelebihan yang
dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya...

Pejuang itu..
tertunduk lesu..
hiba..hatinya sayu..
perit..
lelah kudratnya..

pejuang itu..
bangkit lagi..
bersorak gempita..
gegarkan bumi.


**************************************

fikrah KITA !!!
ikhwah akhawat raheemakumullah..
Kita memahami bahawa hanya dakwah yang boleh menyelamatkan manusia..dan manusia sebenarnya menunggu2…dan sememangnya ia memerlukan pengorbanan..kita boleh lihat dr kisah seerah Nabi & para sahabat!
Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama…

Apakah tugas kita???
-Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
-Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
-Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
-Berjuang terus hingga mati..
-Slogan kita: Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi.
-Berkeyakinan diri ; kita adalah ‘tuan’ di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Apakah Titik kekuatan kita???
-Iman
-Ukhuwwah
-Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)

Program kita
-Individu Muslim
-Rumahtangga Muslim
-Ummat Islam
-Kerajaan Islam
-Watan Islam
-Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
-ustaziyatul alam

Semoga kita akan dapat yang terbaik iaitu kita akan capat antara 2 kebaikan Menang atau Syahid.!
Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus benjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai(3:126)


untuk para pejuang..
Perjuangan kita masih panjang dan entah bila kan kan berakhir…seorang mukmin akan terus tega mengharungi mehnah & ranjau..hati seorang mukmin akan menganggap mudah segala kesulitan..memandang manis segala kepahitan..menganggap enteng segala penderitaan, kesukaran dan kesulitan bahkan semuanya itu enak rasanya selagi ia berjuang kerana Allah & utk meninggikan agama Allah! ibarat seorang yang mabuk cinta akan merasa lazat semua kesulitan perjalanan sampai ia lupa akan haus dan lapar..kerna tujuannya adalah utk bertemu dgn kekasihnya…

Laha ahadithu min zikraaka tasyghaluha..ani tha aami wa talhiha ani azzadi..
Iza asytakat min kalalil assairi au’adiha..ruhull qudum fatahya inda mi aad..

Ingatannya kepada anda membuat ia lupa membawa makanan dan menyiapkan bekalan..kelelahan perjalanan menjadi sirna kerna harapan akan berjumpa…

Bila cintamu benar maka semuanya akan menjadi mudah, setiap yg ada diatas tanah adalah tanah…

sahabat seperjuangan..
Berapa ramai org yg mengorbankan harta dan jiwa mereka tanpa disebut2 namanya atau dipukul gendang menyambut kehadirannya ..berapa ramai pejuang yg berjihad di Palestine dan Kanal suez yg menunjukkan kepahlawanannya yg mengkagumkan, tanpa mengharapkan sebarang balasan dan ucapan terima kasih..
Dan tanpa meminta disebut2 jasanya..kerna takut hilang nilai amalnya kerna takbur dan sombong!


******************
hairan… Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu perkara.. “alangkah glamournya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan “alangkah cantiknya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun sebesar biji sawi. .sehingga terjadi org2 'glamour di puja n di puji...sedangkan org berilmu berada kedudakan yg hina sekali..

Manusia hari ini sudah larut dengan penyelewengan..tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan...manusia jarang mengambil iktibar tentang suatu perkara sehinggalah turun 'balasan' yg dijanjikan..


"Seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung."

*********************************
Di sebalik tabir ada senyuman..diukir utk suami beriman...yg menemani kehidupan..
Disebalik tabir ada tangisan, air mata dititiskan demi cinta tuhan..
Disebalik abir ada amalan, yg bertunjangkan keimanan, mewarnai wajah kehidupan..menuju kebahagiaan..
Wanita solahah akhir zaman, selawat menjadi dendangan, Al Quran menjadi hiburan membantu erjuangan..
Disebalik tabir kini bersinar, cahaya indah takkan pudar, yg menyinari kehidupan..
Disebalik dahulunya terpancar garis kelukaan, datanglah sunnah n al-quran memberi ketenangan..
Wanita Solehah akhir zaman, dunia bukannya idaman, cintanya hanya pada Ar-rahman ..menuju ketaqwaan

***********************************
sungguh!..kalian begitu bermakna...
dari buku kesayangan ramai :: muntalaq::..

Syeikh al-Kailani meringkaskan sifat-sifat pendakwah dan syarat-syarat untuk mendapat perakuan thiqah di dalam satu sifat yang padat; iaitu sifat tajarrud yang sempurna dan melibatkan diri secara total ke dalam dakwah. Dengan demikian, da'i itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kepada orang yang diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kepada mad'u. Dunia da'i pula adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada hawa nafsu dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia da'i hanyalah para mad'u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan pangkat kebesarannya.

"Dia seolah-olah menjadi manusia yang tidak mempunyai nafsu, keinginan dan keseronokan dunia. Dia lupa makan minumnya, pakaiannya, hatta dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad'unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah S.W.T."
Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai kepada tujuan dan cita-citanya sekiranya kita hanya memberikannya waktu lapang kita untuknya, sedangkan kita tidak melupakan diri dan makan minum kita.
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya
bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas
berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri
Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah
kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati
Allah menyuruh dakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu
dan selepas itu, urusan menjadi mudah.

**************************************
Sesekali aku tergugah...lantas terkesima..
Dalam indah n nikmatnya..
Melayari layar impian..
Sesekali aku tergugah..
Lalu tertoleh..
Berbagai warna n ceritanya..
Rupa-rupanya masih terpahat kukuh dimemoriku..
Terpempan aku,
Lantas terkesima..
Indahnya saat itu..

Kisah perjuangan yg sekejap cuma..
Namun..panjang ceritanya..
Pahit..manis..pilu..cekal..tabah..
Segumpal iman itu perisainya..
Akal budi..
Dan ukhuwwah itu bagaikan langit..
Hujan membasahi hati yg kontang..
Panas menyemarakkan api perjuangan..

Dan terimakasih sang langit itu,
Menyinari aku tak sirna cahayanya..
Semarak aku dengan panasnya..
Moga-moga lelangit..
akan terus memayungi..
aku akan menoleh lagi.,..
dan menoleh lagi..
Hingga saatku terpejam di pembaringan..

terima kasih ukhuwwah!
moga ukhuwwah antara kita akan kekal utk selamanya..

Semoga akhawat semua masih tetap thabat walau dimana berada..walau kita terpisah jasad..InsyaAllah hati kita akan tetap bertaut n bersama…"sehati sejiwa dulu kini selamanya walau apa yang melanda hadapi bersama"..
Kata2 yang sgt menyentuh hati dr Imam HAB.."Sesungguhnya kita ini kuat dengan bantuan ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya kerana pertolongan ALLAH. Kita ini mulia kerana ALLAH dan tidak akan hina selamanya kerana ALLAH. kaya kerana ALLAH dan tidak akan fakir selamanya kerana ALLAH…."
Uraian yang penuh dengan suara nurani, memberi tiupan ruhiyah, menyentuh hati, membersihkan jiwa dan mengajak manusia utk naik dr dunia yang terdiri dari tanah, ke sebuah alam yang tidak terbatas..terima kasih utk semua akhawat! jatuh cinte ngan kome semua..semoga kita semua akan berada di bawah naunganNya dihari yg tiada naungan kecuali naunganNYa..ameen!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:33 PM

************************