Sunday, May 30, 2004

untuk mendidik jiwa yang telah lama direndam dengan serabut dan serabai jahiliyah umpama seorang pekerja dobi yang ingin membasuh kain sutera putih yang tertumpah kopi..

kekotoran memburukkan dan membusukkan kain, perlu ditonyoh agar tertanggal kotoran.. namun jangan terlalu kuat gosokan, perlu berhati-hati, khuatir nanti kain akan terkoyak..

gunakanlah sabun yang wangi, lembut pada tangan si pendobi dan berkesan pada kain yang hendak dicuci.....

ada kalanya, kotoran terlalu degil... tonyohan yang lembut tak berkesan.. perlu menggunakan berus, namun apabila memberus ikutlah urat kain agar tidak terkoyak.. beruslah dengan lembut, biarpun terpaksa mengambil masa yang lama utk menanggalkan...

****************************************************************************************

hari ini, hidup ku di sebuah ruang.. ada komputer.. yang dulunya ada setia mengetuk2 keyboard yang ku gunakan ini.. kini giliran ku..mengetuk2 nya...

sunyi... sepi... hidup di ruang ini..... perlu sentiasa bersedia menghadapi... suatu hari nanti... apabila kita kembali di bawah bumi.... keseorangan jua nanti...

kayakanlah jiwa dengan ingatan kepada Allah... kayakanlah pergerakan tubuh badan dengan ibadah kepada Allah.... insya-Allah.. itu ubat pemecah sunyi....

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **1:41 AM

************************

Saturday, May 29, 2004

sekarang nie..org di melben nak exam..wp usu baru nak mula belajar .. org tanya petua study.. tak reti nak jawab.. akhirnya..inilah yg terhasil..bukanlah cara yg terbaik..tetapi boleh dijadikan panduan...maaf term yg pelik n tak biasa dengar..boleh rujuk balik...tapi macam tak releven utk student engin..entahlah..ini utk budak syariah je maybe..:)

Kenapa study - hadaf jelas!

*before study:
-Cari tpt yg sesuai.
-Ltk setiap madah tpt berasingan-mudah capai.
-Ambil berat cara duduk-lama!
-Semua peralatan cukup-ada depan mata.
-tpt selesa-jauh dr bunyi bising etc.
-terus muraja'ah - SEGERA!

*macam mana nak muraja'ah.
-pastikan muqarrar subject nak muraja'ah.
-buat 'time schedule'- bahagikan seminggu semua subject.
-bahagi waktu sesuai dgn subject-subject susah-lama
-ada waktu rehat.
-ihtimam dgn baca quran + solat - tolong tanzimkan kerja.
-bagi satu hari in a week to summarize all subject-yg study dlm minggu tu
-bagi dua hari in a month to summarize all subject-yg study dlm bulan tuh.
-buat jadual-hadkan subject yg nak study everyday..
MUHIM: ikut jadual!!!

*muraja'ah - how to start.
-baca sepotong ayat quran-suara/dengar/tarkiz.
-doa.
-mulakan dgn madah yg suka/senang..baru yg susah.
-muzakarah stp hari perlu ada-yg kena hafal/faham/selesaikan.
-hadkan bahagian satu madah yg nak muzakarah.
Steps:
- Baca laju.
- Tanda noktah ptg! gariskan.
- Tulis noktah ptg pd kertas yg berlainan.
- Hafal elok2 nokthah tue..
- Baca balik sekali kat buku.
- Tulis/sebut balik yg dah baca/hafal - betulkan
- Buat soalan sendiri - betulkan.
-jaga masa 'alwaqtu huwal hayah'

-tulis kerja dr pagi b4 ke kuliah! susun ikut priority..b4 tidur hisab perlaksanaan kerja harian.
-ingat beberapa jenis jadual - jadual harian/mingguan..
-ambil waktu rehat mencukupi
-ambil berat soal pemakanan.
-ingat , kita akan lupa in 24 hours.
Baca/study dlm 1 jam, pastu selang ngan something dlm 5 minit (dgr nasyid ke, ziarah kawan study ke..bahaya nih), pastu muraja'ah balik!
-letak dlm pemikiran-kejayaan utk masa depan-tafawwuq utk diri/family/ummah-ISLAM.
-jgn -ve, think +ve, susah - tanya sampai dapat solve the problem.
-Cabar diri sendiri & jgn letak satu benda tak bleh - sabar dan cuba dapatkan!
-cuba faham elok2, buat apa cari sekalipun utk faham/ingat-buat peta minda/cerita etc.
-peruntukkan masa dgn kawan2 kat kuliah/rumah- nak selesaikan musykilah-jwb masalah.
-jgn tinggal sikit pun benda yg tak paham wp benda tue sikit-hilang maklumat.
-tpt yg berasingan dgn buku, buat ringkasan - satu maudu', nota ringkas @ peta minda - understand overall satu topic.
-cepat2 berwudhu' & solat - bila masuk waktu > berwudhu' dpt kembalikan kecergasan.

*camne nak hafal!
-pilih time yg sesuai:
*waktu sahur-sblm fajar
*slps subuh-time rezeki (jgn tidur lps subuh tau..tak elok :))
*nisfu nahar-sblm ghada'

-jgn cuba hafal benda yg tak faham
-jgn hafal banyak2 nokthah ptg satu subjek dlm satu masa - bercelaru & tercampur!
-baca doa..
-cuba kaedah nie..
# baca & pandang kertas
# hafal-guna suara yg didengar.
# tulis yg dah hafal banyak kali.
-guna cara kad2 - tulis apa yg dah hafal pd kertas @ kad kecil, letak dlm poket..baca berulang2..dlm kenderaan etc-takkan lupa dlm jangkamasa yg lama.
-baca syarah maklumat lps hafal point

*Camne nak FAHAM.
-hafal bkn satu2 wasilah utk ingat, faham-asas.
-baca tajuk-keseluruhan banyak2 kali.
-Cuba faham satu2 tajuk-cite pasal apa-natijah-apa makna.
-jgn tinggal wp satu kalimah tak faham-sekiranya kalimah tue beri kesan pada fahaman keseluruhan.
-kalau payah sangat - tanya org lain.

*Musykilah STUDY.
-Banyak berangan!tak leh tumpu:
*guna suara yg kuat.
*cuba lupa apa yg dok piker!
*ada penyakit-cek.
*selesaikan masalah-tanya kawan.
-Malas/Futur:
*tukar tpt-bilik lain,bawah sutuh,hadiqah.
*cepat2 dengar kaset quran/nasyid-kembalikan nasyat.
*peruntukkan masa rehat-tp jgn lebih2.
*doa-mitak tlg ngan Allah-zikir.
*mintak tlg ukhti - selesaikan masalah.
*malas sbb tertinggal madah banyak-cuba cover-cari cikgu.
-Lupa
*ulang2..ulang2 dan terus ulang!

Walahu a'lam..
-raqaiq-

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:20 PM

************************

keluar sebentar mencari..n terus mecari..
- lebat sungguh hujan di luar..berlainan sekali di sana angin sejuk, tetapi tidak hujan..kalaupun hujan cuma rintik-rintik..
- kekok membawa 'khalid', mungkin sudah lama benar ditinggalkan..yg jadi peneman 'omar', 'salahuddin' n 'fateh'..
- kena bayar tol, selang 1/2 jam ada tol..dah 2 bulan rase tak bayar tol..:(, dengarnye 10 jan next year..akan naik lagi...
- cuma nampak hira', ada SMK Meru..mana melben uni?..RMIT yg kotak2 tue..depannye ada kangaroo..tak kelihatan..cuma ada kucing n anjing berkeliaran..
- ada klinik ISLAH, di bangi tentu ada az-Zahra'..mana hospital pagi2 hantar k.ngah..?..entah..tak nampak pun..
- pelik bila bulatan besar sungguh, boleh bawa laju2, kena hati2..takde traffic light..erm....bulatan kat sana ada traffic light..
- erm.. - bersambung -

'oleh itu bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar n janganlah kamu digoncangkan oleh orang-orang yg tidak mengetahui' Ar-Ruum : 60

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:31 AM

************************

Friday, May 28, 2004

sedang memikirkan...sedang mencari jejak..berpijak dibumi..tunduk ke tanah...dongak ke langit..langit biru yg sama..dimanakah ?
- dlm flight, makan malam..teringat..mlm ni mereka makan ape yea?
- terus bawa kete..sampai2..owh tak payah turun B4 rupanya..:)..kalau tak sehari berapa kali pusing yea..
- kat jalan takde hook turn..takpun berenti tgh jalan..takde tram..pelik sungguh?..nama jalan pun pelik..mane latrobe st, swanston..victoria.. queen..king st..mana princess hwy?..musykil sungguh..
- erm, kete tak overheated ke? ehe..bnyk kenangan overheated..kunci patah pun ada..:)

-bersambung-

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:39 AM

************************

Wednesday, May 26, 2004

Dengan kekuatan ini kami datang
Dengan keikhlasan ini kami berjuang
Dengan pengorbanan kami pasti menang
Dengan pengorbanan kami pasti menang

Sederap kaki dilangkah kami terus mara
Bersama jejak Umar,Jaafar, Khalid dan Hamzah
Deruan mujahidin mampu menggegar dunia
Deruan mujahidin mampu menggegar dunia

Dengan pimpinan Rabbani saf kami beraksi
Dengan Quran dan Sunnah penyatuan terdiri
Membantu penyelamat dunia dan ad-dini
Membantu penyelamat dunia dan ad-dini

Lihatlah jalan kami yang penuh cahaya
Ke seluruh alam kami menuju hadapnya
Kami akan pulang syahid atau berjaya
Kami akan pulang syahid atau berjaya

Lihatlah jalan kami yang penuh cahaya
Ke seluruh alam kami menuju hadapnya
Kami akan pulang syahid atau berjaya
Kami akan pulang syahid atau berjaya..
.................

individu muslim merupakan asas bagi peringkat2 yg seterusnya...keluarga, masyarakat, kerajaan n negara...perbincangan, usrah, katibah, rehlah, mu'askar adalah merupakan wasilah2 utk menyediakan individu muslim yg dikehendaki itu..sesetengah org cuba menimbulkan keraguan terhadap jalan ini..adakah ia mampu mencapai matlamat atau tidak..seharusnya kita tidak terpengaruh dgn syubhat ini..jalan ini walaupun lambat..tetapi pasti..seerah telah membuktikannya...asas binaan yg kuat terdiri dari peribadi muslim--->keluarga--->masyarakat--> seterusnye...binaan ini akan tetap tegak dan berterusan dgn pertolongan Allah swt..binaan ini bermula dr foundationnya yg kukuh...dari asas..bukan dari rampasan kuasa tanpa ada persediaan bawahan n penyusunan..

.......

selamat tinggal sahabatku..
pemergianku sementara..
kenangan bersamamu takkan ku lupa..
berjuanglah hingga ke akhirnya..
n ingatlah semua ikrar kita..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:03 PM

************************

Monday, May 24, 2004


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:48 PM

************************

Wanita - Durrani..

sebutir permata di perlubukan..
memancar sinaran di kegelapan..
biarpun tersimpan dalam lumpur..
serimu takkan luntur..

terlukis di wajah keriangan..
tergambar sebuah ketenangaan..
namun tak siapa yg mengerti..
rahsia dalam hati..

wanita..tertawan..
wanita..menangis..
wanita..tersenyum..
wanita..berduka..

biar apa yg menanti..
kau tetap teguh berdiri..
dalam satu perjuangan yg tak berkesudahan..
engkau korbankan segala..
tak pernah minta balasnya..
kau titiskan air mata..namun tersenyum jua..

wanita..
engkaulah sang lentera..
tanpamu sepilah persada maya..
semoga kau damai sejahtera utk selama-lamanya

..............

moga mendung yg kelam akan berarak pergi..diganti dengan mentari yg bersinar.. membersihkan duka lara didalam hati ..diganti dengan lukisan keriangan.. ..agar pohon yg tumbuh..biarpun lambat..akan lebat n merimbun...biarpun bertatih n terjatuh..akhirnya mampu berlari dgn laju..biarpun susah n perih..akhirnya ada madu dipenghujungnya..moga mutiara jernih yg tumpah hari ini kan diganti dengan senyuman di hari esok..benarlah kita hanya mampu berusaha..hanya Allah menentukannya...
'dalam berusaha kita diuji..
kekadang tohmah kita dicaci...
diturutkan rasa hati..
ingin dilepaskan beban ini..
mujur ada teman membantu..
sokonganmu buat inspirasi..
berpeganglah pada janji kita yg dibina...'

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:30 PM

************************

Sunday, May 23, 2004

....saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apapun yg diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..

-Abu A'la MAududi-
ketika diberi peluang merayu n meminta kasihan belas dari pemerintah..


MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMMATNYA!

pabila kita melihat kepada realiti suasana hari ini, dapatlah dikatakan bahawa masa depan umat islam didunia ini adalah menjadi tanggungjawab negara-negara milik umat islam..yg terbentang luas dari Indonesia n Malaysia disebelah timur hinggalah Morocco n Nigeria disebelah barat...atau kita hendak letak dibahu siapa? setiap fard muslim bertanggungjawab atas amanah ini!
ini berdasarkan logik akal n sebab2 zahir, namun andai terjadi sebaliknya yg luar batas kemampuan kita, maka itu bukanlah sesuatu yg mustahil...kerana Allah berkuasa memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yg tandus kepada kebun yg segar bugar, berkuasa menukarkan perasaan benci kepada sayang sekelip mata, berkuasa melembutkan hati n memberi hidayah kpd siapa yg dikehendakiNya, berkuasa atas segala-galanya..Maha Suci Allah yg memiliki segala sesutu n berkuasa atas segalanya..

masa depan umat islam..adalah bergantung kepada masa depan negara ummat islam sendiri..baik n buruknya...namun apa yg berlaku pada negara ummat islam sendiri? apakah sebab n faktor terjadinya demekian..apakah cara yg perlu diikuti utk mereka yg ingin bekerja utk islam..?
mungkin kita nampak musuh Islam terlalu kuat, tp basically banyak kelebihan yg Allah kurniakan utk ummat Islam..
'..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yg lain nescaya rosaklah bumi..'(Albaqarah : 251)
..dan sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah...anNisa : 76
...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yg kufur..(yusuf : 87)..


antara kewajipan kita..
-memperkenalkan hakikat Islam yg sebenar!
-memperbetulkan budipekerti yg menyeleweng, memperbaiki adat yg telah rosak sehingga dpt pamerkan Islam secara praktikal..
-jangan sayang tenaga, harta n fikiran utk dicurahkan pd Islam, apa jua kelebihan yg Allah kurniakan imma melalui tulisan, ucapan dsb utk dimanfaatkan di jalan dakwah..
- gabungkan org2 yg berminat dgn kumpulan kita, susun org yg kuat2 n disiplin dlm satu kumpulan..kita perlukan core group ni nak mengikat bangunan negara diatas tiang-tiang seri yg berlandaskan Islam.
-kerja keras sebar islam kpd org lain, usaha ubah akhlaq n dll yg bercanggah dgn Islam..
-jangan cuba membina dasar2 islam pada asas yg lemah, yg tidak sihat, atas tiang seri yg tidak kukuh n tunjang yg bergoyang...

bagaimana jalannya..
- kita perlu memilih teman yg baik, menjauhi teman yg fasiq n menghadiri majlis yg baik...
- ikut 'perkara' yg membina diri utk faham islam yg sebenar, membina rohani n mengukuhkan ukhuwwah sama kite...mantapkan iman, sahihkan ibadah n kukuhkan ikhwah ...n lanjutannya..;)
- bersama2 dlm satu group yg sama2 nak bekerja utk Islam..membina satu kumpulan 'rakan iltizam '..taawun bilbirri..ukhuwwah fillah..adakan program tersusun..ajak org lain iltizam dgn Islam...ketahuilah bahawa serigala akan memakan kambing yg keseorangan!

sahabat seperjuanganku..
jangan kita cuba mencari jalan pendek..kerana uslub ini lebih mendatangkan kemudaratan yg lebih besar..kita sudah ada potensi pengalaman berbanding kemenangan Islam diawal dulu hanya berbekal potensi fitrah..sesungguhnya perubahan yg telah berlaku suatu masa dahulu akan tercapai juga pada masa akan datang..dengan kerja yg terus terang..seterang mentari yg bersinar di waktu tengahari..
utk mencapai tujuan kita, kita perlu ada 'senjata'...akhlak yg baik, nilai yg luhur, budi pekerti yg baik, nasihat yg bagus, n hikmah yg tinggi..perlu melalui ujian n kesengsaraan bagi seorang pahlawan....

semoga hidup kita semua utk Islam..utk mencari kebahagiaan yg hakiki..wallahua'lam..

p/s :
- hasni..really miss u very much, maaf tak dpt nak bagi hak seorang sahabat..
- pakcik..esok nak sahur ke nak breakfeast?..buzz..cepat hantar bekas...eh, tak siap lagi ..lagi 10 minit...kome bape org..4 @ 5 ?..;)..apakah ia akan berulang..:((


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:59 AM

************************

Thursday, May 20, 2004

TANGGUNGJAWAB MUSLIM ..

sendiri di perut bumi..
jasad yg kerdil..
saudara n teman..
telah tiada lagi..
terkujur berselimut putih..


salamullah 'alaikum warahmatuh wamaghfiratuh...
alhamdulillah kita masih diberi kesempatan menghirup udara milik Allah swt..moga tiap langkah kita menambah bekal kita utk ke akhirat..tiap kerdipan mata menambah amal didunia..tiap denyutan nadi membuahkan sesuatu yg berguna utk ISLAM!..tiap apa yg berlaku berada dlm ilmu ALLAH swt... gugurnya dedaun dari pokok atau jatuhnya sesuatu dari tempat tinggi..tumbuhnya benih baru..semuanya dalam pengetahuan yg ESA..semoga hari2 seterusnya akan memberi saham pada kita diakhirat nanti..

sahabat seperjalanku..
kita punya tanggungjawab yg besar sebagai seorang muslim..sebagai seorang individu, sebagai anggota keluarga kita..sebagai satu unit dlm masyarakat kite..sebagai ahli dlm bidang kite...dsb..

sebagai peribadi muslim..perlulah kita memahami ISLAM secara syumul.. ISLAM dlm ertikata yg sebenar.. bukan ISLAM yg difahami kebanyakan manusia.. tetapi ISLAM yg berada dalam QURAN!.. bagaimana?.. belajar.. membaca.. ikut program dll..kita juga pelu memastikan kita mampu utk beribadat dgn betul..mengikut sunnah tanpa ada unsur2 bid'ah..serta menghiasi diri kita dengan adab n akhlak muslim...

sebagai ahli dlm keluarga..kita tidak mahu hanya kita yg memahami ISLAM..tentulah kita juga ingin memahamkan keluarga kite dgn kefahaman ISLAM..dlm masa yg sama kita cuba menghidupkan suasana akhlaq n adab Islam didalam rumah....biah memberi salam, solat jamaah, menghormati yg tua n kasih yg muda dsb..selain itu juga, kita cuba sedaya upaya menjauhkan kemungkaran dr rumah kita..mungkar yg berada dalam TV, majalah, CD, internet, gambar2 fasiq, menjaga pergaulan dsb..

sebagai salah seorang ahli dlm masyarakat pula..perlulah kita menyayangi ummat lebih dari sayang pada diri sendiri..memperbaiki hubungan dgn masyarakat...memahamkan masyarakat dgn ISLAM yg sebenar n berusaha menjadikan ISLAM sebagai cara hidup masyarakat..amar makruf nahi mungkar n membentuk satu pasukan utk bersama2 bekerja utk ISLAM...

sebagai ahli dlm lapangan ...sejak awal lagi..dr mula kita belajar..perlulah kita ikhlas n niatkan utk manfaat ISLAM..4 d sake of UMMAH..berusaha bersungguh utk imtiyaz bitafawwuq..bukan hanya 'makbul'..n perlu kita 'memperkudakan'ia utk kepentingan islam!!..bukan utk kepentingan diri sendiri...

sahabat seperjalanku..
seorang yg bekerja utk ISLAM menuntut akal yang lebih matang, hati yang lebih bersih, memahami kesilapan sejarah, kegelinciran rijal, ilmuan yang arif tentang kitab-kitab, bukan sekadar banyak membaca, mahir tentang hadis, bukan sekadar meriwayatkannya, fakih tentang syarak, bukan sekadar pengikut, tahu selok belok tarbiah dan pengajaran, bukan sekadar pengikut pemimpin dan pemilik sijil yang tidak berilmu...
semoga kita semua akan terus bekerja n bekorban... sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan syurga... mereka berjuang dijalan Allah lalu membunuh dan dibunuh...

takkan surut walau selangkah..
takkan henti walau sejenak..
cita kami hidup mulia..
atau syahid mendapat syurga..


..............
p/s : bersembang dgn seorang akhawat..kagum betul dgn akhawat ni..selalu kena tinggal n selalu pisah dgn suami dia..memang respect habis! sekali sekala akhawat ni selalu buat 'luahan perasaan' dia pada usu..;)

khadijah (nama gelaran di mesir) : dah lama kawin usu..dan dah dididik..dah selalu pisah..
khadijah : ikrar dia selepas kami berkahwin...dia akan mengabdikan dirinya sepenuhnya kpd Allah
khadijah : itulah yg cuba buat skrg...mewakafkan suami pada jalan dakwah..
khadijah : itu sajalah yg termampu..nak jadi macam tuannya tak dapat..tak lekat ilmu..tak petah bercakap..banyak kekurangan..tak confident..sekarang ni baru ada sedikit keyakinan..

n pada pemerhatian ana..memang dia telah mewakafkan suaminya utk jalan dakwah..moga mendapat ganjaran selayaknya...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:14 PM

************************

Wednesday, May 19, 2004

kita diberi pilihan..samaada beriman atau kufur..manusia akan jadi terbaik jika beriman
n akan tersungkur bagai binatang ternak andai engkar... hidup merupakan satu ujian...untuk menguji siapa terbaik amalnya ..terbaik dunia...terbaik akhirat
dunia adalah kebun bertanam bekal perjalanan hari akhir ...imma jannah au an nar
pilihan pada kita.. aqal dibekal..ada jasad ada roh...islam ..iman ..amal..jamaah dan keseorangan ...pilihlah! decide NOW!! DO not DELAY!!

ditujukan utk semua..lebih2 lagi utk yg berada dibumi 'down under'..;)

Di sini ..di bumi 'down under'..
masing-masing sibuk mencari identiti..
mencari bekal buat perjalanan ..
ombak n badai yg menerpa..
sesekali mengganas namun tidak selalu kejam..

sukar sekali berjalan berseorangan..
melawan duri-duri tajam dijalanan..
takut terkena racun n terluka..

hidup di sini memang payah
melawan rasa kantuk
berlarian antara dewan kuliah
dan tempat singgahan sementara..
sesekali hayunan ini..
langkah ini..
rasa ingin berhenti..melepas lelah seketika..
namun benih mutiara masih tak terjumpa..
masih belum tersimpan kemas dilubuk hati..
genggam erat di jari..
selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi

sulit sungguh..
terasa amat payah..
melawan rasa rindu
menentang rasa sendu
bila sesekali
desa halaman memanggil-manggil
untuk pulang
atau suara emak lembut gemersik
menyata rindu yang berputik

Aduhai para pejuang Islam!
pabila sesekali dilanda kecewa..
ujian yg datang bertimpa-timpa
jangan sedih..
jangan rasa diri tersisih
bukan dirimu saja dilanda dugaan..
lihatlah para Rasul mulia
lebih tersiksa dan menderita
namun..memadailah dgn tuhan kita..
bersama andai keseorangan..
itulah kebahgiaan sebenarnya..

Aduhai para pejuang
langkah masih terlalu amat panjang
kutiplah semangat di sepanjang titian
agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
bayaran untuk susah dan duri
sepanjang di sini.

nak letak balik lagu sunnah berjuang...sedap kan lagu nie..sedap lagunya..hayatilah liriknya...

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata;

Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya

Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa dizarai
walau perjuangan tak berjaya


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:29 AM

************************

Monday, May 17, 2004

ditujukan khas utk mereka yg pernah mendidikku..
ditujukan khas utk seorang insan yg pernah mengajarku merangkak, duduk, bertatih n berjalan...
bilakah ku mungkin berlari?

sekian lama..suatu masa dahulu..
dirimu mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti tanpa mau dipeduli..
sudah lama..dirimu berjuang n bekorban...
n akan teruskan berjuang..
tidak akan berakhir
ia kekal silih berganti
sampai bila-bila...
telah lama..air matamu sering tumpah..
airmata juga tidak akan kekeringan
ia tetap mengalir sampai bila-bila..
hingga kita berjaya..ia tetap kan tumpah jua..
perjuangan tetap diteruskan
airmata jua tetap mengalir
terserahlah.

dirimu..
bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa..
bukan datang utk dihampar permaidani merah..
bukan pulang utk dihantar sejambak bunga..
siang dan malamnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan tawa..
walau ku tahu hatimu..

biarpun sayup di hutan belantara.
dirimu laksana kuntum kembang mekar..
biar di tengah kota n bandaraya..
dirimu laksana pencakar langit megah berdiri..
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama...

sesungguhnya..ku telah lama merantau..
mencuri kasih menumpang sayang
mengharung hujan simpati orang
tandus hati ini dilanda ujaran berbalas sepi
Kurenang laut mencarl tempat bertaut
hingga kini..sampai di tanah landai, laju sungai menjadi reda
di teluk tenang aku berenang
kuhirup ilmu sedingin salju
kucuri kasih kutumpang sayang guru di situ
terbekallah dada dengan ilmu...

terima kasih..untukmu guruku..
selamat hari guru guruku..!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:13 AM

************************

Sunday, May 16, 2004

ketiadaan khalifah..?
permasalahan umat islam kini dapat disimpulkan dengan 3 perkara :
- Kemunduran n kejahilan.
- Penjajahan (bentuk lama n baru)
- Tiada kesatuan.
yg mana perlu diatasi terlebih dahulu? sama2 fikirkan

ummat islam mempunyai khalifah n khalifah yg satu sejak Nabi Muhammad saw..seterusnya zaman khulafak ar-rasyidin, kemudian zaman umawiy, Abasiy n seterusnya Othmaniyy sehinggalah tahun 1924..tahun berdukanya ummat islam yg menyaksikan jatuhnya khalifah islam yg terakhir...
kejatuhan othmaniyy pada 1924 menyaksikan khalifah hakiki terakhir islam adalah sultan Abdul Hamid III, merupakan antara khalifah termaju yg membangunkan sistem telekomunikasi (telegraf, keretapi ( 6,000 km hingga ke Madinah), tentera, pembangunan, bomba, statistik tercanggih n paling tepat dll..sultan abdul hamid juga mengambil berat penyebaran Islam n menjemput ulamak diseluruh dunia serta menggalakkan jihad menentang penjajah di India, selatan rusia n afrika..
namun demikian ..era kejatuhan sultan abdul hamid berlaku apabila rampasan kuasa berlaku dgn dokongan freemason sedunia dimana syariat digantikan dengan perlembagaan baru tajaan turki muda sekular 1909. Kuasa khalifah n syariah diturunkan dgn tekanan yahudi..yahudi, kristian n sekularis menuliskan cerita buruk tentang sultan abdul hamid dalam majalah2 n buku2...akhirnya sultan dikurung di salonika hingga meninggal pada 1918.
pada 21 nov 1922, turki telah mengadakan perjanjian dgn britain utk membahaskan penyelesaian masalah turki dgn britian n kesempatan ini diambil semaksimanya oleh britian utk mengemukan syarat2nya yg dikenali sebagai pensyaratan curzon..antara syarat yg utamanya adalah turki mesti menghapuskan khilafah islamiyyah serta mengusir khalifahnya n merampas semua hartanya serta menerapkan undang2 sekular menggantikan syarita islam! syarat2 ini kemudiannya diterima oleh agen britain iaitu mustafa kamal attartuk n beliau menandatangi perjanjian itu pada 24 julai 1923 n secara rasminya sistem khalifah dibubarkan..

Ummat Islam hari ini!
bilangan - lbh kurang 1.25 billion.
tempat tinggal - diseluruh dunia, ramai tertumpu di afrika..selebihnya di asia..asia barat n selatan, asia tenggara n asia tengah.
bangsa - terdiri dr pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit n budaya.
Negara - tiada negara Islam, hanya ada negara milik umat islam!
sumber alam - Petroleum, tanah subur, tempat strategik.
unsur kesatuan - kiblat satu, pakaian, ibadat dll


sedihnye melihat realiti umat islam kini, sudahlah diserang oleh musuh melalui pelbagai cara...ditambah pula dgn ketiadaan khalifah..
dari segi serangan musuh islam..boleh dilihat dr dua aspek :

- fizikal
* perang salib n penjajahan negara2 islam.
* merampas tanahair islam spt sepanyol, sicily, balkan, filiphina, india, selatan thai, palestine
* penghapusan etnik spt bosnia n kosovo.
melemahkan kekuatan spt iraq n libya
* merampas hasil bumi - saudi n kuwait

- pemikiran
* menyebarkan sekularisme.
* menampakkan barat hebat dr semua segi - pakaian, budaya, nilai, kuasa, bahasa dll
* menjadikan agama hak individu.
* mentarbiyyah pemimpin ikut cara barat..mendidik n brain wash mereka!
* mensekularkan pelajaran n undang2

realitinya umat islam pada hari ini sudahlah tidak mempunyai khalifah yg dapat menyatukan ummah dibawah satu pemerintahan, sistem pemerintahan juga tidak berasaskan islam n terus menjalar didalam keseluruhan sistem yg ada..kesannya umat islam
dipengaruhi n dikuasai ideologinya oleh barat dlm semua aspek..politik, ekonomi, kebudayaab, pemikiran dsb..penindasan terhadap umat islam juga tidak dpt dibela n dasar langit terbuka..
apa tanggungjawab kita..masih tidurkah kita..? lenakah kita tiap malam dgn berbatal empuk n tilam yg tebal tanpa memikirkan nasib umat islam?..buatlah sesutu...buatlah sesuatu sahabat2ku!!!


* seterusnya - siapa musuh islam?..apa tanggungjawab kita?..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:04 PM

************************

Monday, May 03, 2004

An-nasyeedul islami kabir - as-seenu lana

Negeri Cina kepunyaan kami, negeri arab kepunyaan kami,
Al-Islam adalah cara hidup kami,
India milik kami n kesemuanya milik kami,
Seluruh dunia adalah tanah air kami,

Mentauhidkan Allah cahaya kami,
Kami sediakan roh utk menyambutnyaa,
Dunia kan hancur tetapi tidak akan terpadam,
(keagungan kami) dari catatan zaman,

Bumi ini rumah peribadatan kami.
Rumah yg pertama ialah kaabah kami,
Itulah rumah pertama yg akan kami jaga,
Akan kami jaga dgn hayat n roh,

Dibawah naungan Islam kami dididik,
Kami bina kedaulatan Negara kami,
Alam Islam yg telah berlalu,
Menjadi kebanggaan kebesaran kami,

Seruan muslim telah menyebabkan,
Kegemparan dibarat kerana kemuliaan kami,
Katakan kepada langit sesungguhnya,
Ketinggian kami melebihi bintang,

Wahai sejarah kau telah menguji dengan..
Api kesulitan keatas keazaman kami,
Taufan kebatilan gagal mengaramkan..
Kerana ketakutan kekuatan kapal kami!

Wahai naungan taman andalus,
Lupakah kau yg kita pernah bersama,
Dan dahan-dahan serta sarang burung,
Memenuhi kebangkitan perlembagaan kami,

Wahai dajla sudahkah kau tuliskan,
Diatas pantaimu tanda-tanda kebesaran kami,
Ombakmu memberi sumbangan kepada dunia,
Dan mengulangi mutiara sejarah kami,

Wahai bumi cahaya dari dua tanah haram,
Wahai tempat lahirnya syariah kami,
Taman islam dan pohonya yang rendang,
Darah kami telah membasahi tanahmu




Syababul islami(malakna hazihi dunyal quruna)

Kami memerintah dunia ini berkurun-kurun,
Nenek moyang kami kekal menakhlukinya,
Kami salin semula lembaran-lembaran tamadun,
Zaman tidak melupainya, kami juga tidak melupainya..

Dan kami jika mereka tidak mencabar kami,
Dengan kekejaman, akan kami pijak-pijak dahinya,
Penuh dihati kami petunjuk yang kuat,
Kami tidak akan mengelipkan mata, tidak kami biarkan kezaliman,

Disuatu masa kami kami bina kerajaan di muka bumi,
Dibantu oleh para pemuda yang kuat semangatnya,
Pemuda-pemuda permudahkan tercapainya cita-cita,
Mereka tidak mengenali islam sebagai cara hidup,

Mereka dijaga, maka mereka dipelihara dengan pemeliharaan,
Yang mulia, mengharumi dunia sebagai cabang kami,
Apabila mereka melihat peperangan, semangat pun berkobar,
Lalu mereka musnahkan penjara dan kubu pertahanan (musuh)

Merekalah pemuda yang tidak dirosakkan oleh malam,
Mereka tidak menyerahkan tenaga mereka kepada musuh,
Bila malam menjelang mereka tidak kelihatan berkeliaran,
Kerana takut (akan Allah), mereka hanya bersujud,

Demikianlah islam menghasilkan dari kamu,
Pemuda-pemuda yang ikhlas, bebas lagi dipercayai,
Mereka diajar bagaimana membentuk kemuliaan,
Agar mereka menolak pembelengguan atau penghinaan,

Tidak disedari zaman telah silih berganti hinga..
Hilang keagungan ketangan orang lain

Tidak ku dapati kaumku didalam perlumbaan,
Sesungguhnya mereka pernah menjadi ketua sekian tahun,
Sungguh menyedihkan aku n setiap orang yang bebas
Menjadi tandatanya orang yang bebas!

Aku sangsi samaada yg lepas akan berulang. Sungguh aku..
Menjadi lebur kerana kecintaan kepada zaman silam,

*Jauhkan aku dari harapan yang palsu,
Tidak ku dapati harapan itu melainkan hanya khayalan,
Bawakkan untukku cahaya dari iman,
Kuatkan diantara dua rusukku dengan keyakinan,
Ku hulurkan tangan lalu ku ragut kemuncak (kekuasaan)
Dan ku bina keagunagan yang begemerlapan lagi padu
Ulang..*


Fityatal haqq-Fityatal haqqi anibu

Pemuda kebenaran kembalilah,
Dan kepada Allah berdoalah,
Jika untuk agama kita berjuang,
Pertolongan yang dekat akan datang kepada kita

Wahai pemuda berjalanlah,
Berjalanlah dijalan Allah,
Berilah ingatan dijalan Allah (walaupun) sehingga,
Diketahui keadaan yang merbahaya..

Siapa lagi selain kamu wahai pemuda,
Dihari yang penuh bahaya,
Kamulah harapan kami,
Kamulah singa yang garang,

Ikhlaskan hatimu kepada Allah,
Sembahlah tuhanMu yang Maha Pemurah,
Setiap orang yang memenuhi janjinya
Yang Maha Pemurah akan datang dekat kepadanya


Al-kataiib - huwal haqqu yahsyudu ajnadahu

Dialah al-haq yang menyusun tenteranya,
Dia membuat persediaan untuk membezakan haq dengan batil
Maka disusunnya gerombolan singanya..
Dengannya dihancurkan kerajaan yg bathil,

Nabi petunjuk, kami membenci tidur,
Kami tinggalkan makanan yg sedap-sedap,
Kami bangun kepada Allah sambil membaca surah-surah,
Demi keindahan al-quran yg muhkami (jelas)

Kami menyediakan mereka yg berjalan di muka bumi,
Dan dibawah langit adalah keagungan muslimin,
Sebagai penyeru kepada al-haq, kami tidak melihat
Sumbangan kepada Islam selain menumpahkan darah,

Nyawa kami dipersaudarakan kerana Allah,
Persaudaraan ini melampaui binaan zaman,
Ajal kami ditentukan oleh al-haq,
Untuk mengikuti pedoman al-quran yg kami imani

Beribadatlah kami bila menjelangnya malam,
Mihrab kami diselubungi tangisan,
Dan tentera yang kuat apabila kami melibatkan..
Untuk melihat kegemilangan singa-singa kami yang tiadakan hina..

Saudaraku kufr sekiranya kau ikuti petunjuk,
Akan kami bekorban untukmu sebagai ahli golongan kami,
Tapi jika kau terus jahil, kami akan terus memerangimu,
Akan kami hokum dengan hokum agama orang yang bersalah..

Kami rasakan bagimu azab hidup yg berganda,
Dan azab kematian yg berganda tak siapa akan membantu,
Maka kami berjalan dengan roh (yang ditolong oleh) Allah,
Dan kami ikuti nabi petunjuk

Kearah kejayaan untuk membezakan haq dari yg bathil



Akhi anta hurru - akhi anta hurrun waraa sudur

Saudaraku, engkau yg bebas di balik tembok penjara
Saudara, engkau yang bebas dari ikatan itu
Jika hanya kepada Allah engkau berpegang teguh
Maka apakah yang akan memudaratka engkau dari tipu helah manusia?

Saudaraku, adakah kau rasa jemu untuk berjuang
Dan engkau campakkan dari bahu engkau senjata
Maka siapakah bagi mangsa-mangsa itu yang bersimpati dengan lika-lukanya
Dan yang akan mengangkat panji-panji semula

Saudaraku, bahawa aku hari ini bagaikan tukul besi yang keras
Akanku hancurkan gunung-gunungyang terpacak (teguh)
Esok akan ku penggal dengan kapak yang yang menghancurkan
Kepala-kepala ular hinggga hancur

Saudaraku, jika air mata kau cucuri keatas ku
Dan ke atas kuburan ku kau tumpah dengan kusyuk
Maka nyalakanlah bagi mereka itu dari hancuran-hancuran lilin
Dan berjalanlah kamu dengannya kearah keagungan yang menanti

Saudaraku, jika kami mati akan kami temui kekasih kami
Kebun-kebun Tuhanku disediakan untuk kami,
Dan burung-burung mengepakkan sayap disekeliling kami,
Maka bahagialah bagi kami didunya yang kekal (akhirat)

Saudaraku, sesungguhnya aku tidakkan jemu berjuang,
Dan tidak akanku letakkan senjata,
Maka sekiranya mati, sesungguhnya aku syahid..
Dan kau akan meneruskan bagi kemenangan yang agung,

Akanku tuntut bela untuk tuhan n agama,
Dan akanku teruskan perjalanan ini dengan penuh keyakinan,
Samaada kearah kemenangan keatas makhluk,
Dan samaada kepada Allah di dalam yang kekal..


Fi himaka rabbana- fisabili deenena

Didalam pemeliharaanmu tuhan kami, di jalan ugama kami,
Kehancuran tidak menakutkan kami,
Engkaulah menolong kemenangan kami,
Dan tunjukkanlah jalan-jalan perjalanan kami..

Kami prajurit-prajurit tuhan, agama bagi kami adalah watan,
Kami prajurit-prajurit pilihan, tidak gentar segala ujian,
Bagi kami kitab didatangkan, peraturannya adalah perjalanan,
Hendaklah kita hidup menurut petunjukNya, rasa mulia penuh kemegahan,
Atau kami mati sebagai tebusan..

Itulah peralatan keselamatan, kewajipan kamu membimbing zaman,
Dengan pedang kamu muliakan kebenaran, persaudaraan kita sebagai binaan,
Diantara mesir n syam, hijjaz n yaman,
Suatu lompatan kehadapan, di puncak zaman, bagaikan singa-singa yg gagah.

Bergandingan dalam gandingan, tegakkanlah sumpah setia kita,
Tetap teguh dalam barisan kita, teruskanlah n garikanlah jiwa,
Ratusan n ribuan semuanya sebagai korban,
Dengan mata pedang kita mengembalikan eagungan kita,
Dengan kita sebagai perundangan, rasul pimpinan kita,
Keyakinan persiapan kita







** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:43 PM

************************

Sunday, May 02, 2004

...oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;.... (AlTaubah: 122)

dari muntalaq
Bangunlah, kita kembalikan keadilan pembimbing rasyidin
Bangunlah, kita sambung semula dengan kehebatan datuk nenek kita para penakluk
Bangunla, kita musnahkan segala belenggu, kerana masanya telah tiba.
Kerana manusia ditimpa celaka cinta dunia tanpa agama
Mari kita kembalikan umat, sebagai rahmat bagi seluruh alam
Janganlah kamu berkata: Bagaimana - Kerana kita adalah umat Islam
Wahai saudara Islam di semua tempat,
naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan
Angkatlah al-Quran sebagai perlembagaan zaman
Penuhilah setiap ufuq dengan laungan - Kami adalah umat Islam
Muslimun, muslimun, muslimun,
di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami
Kami rela mati daripada terhina
Alangkah manisnya kematian di jalan Allah.



manusia tidak sama..akal manusia..hati manusia..perasaan kita..semuanya berbeza..setiap yg berlaku perlu diadili sewajarnya..case by case..penyelesaian terbaik bg semua masalah adalah kembali pada Islam!.. kerana Islam bertitik tolak
dari hakikat fitrah kemanusiaan dan diturunkan dari Allah yang menciptakan fitrah.. semakin Islam dilaksanakan ..semakin berubahnya masyarakat..semakin teguh..semakin mantap!. ..
seharusnya semua dari kita..pabila melihat kemungkaran..cuba menegahnya...lihatlah bagaimana jelasnya kefahaman huzaifah r.a apabila menyebut mayat hidup ialah orang yang tidak menentang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau hatinya....orang yg sedar kemungkaran berlaku, tetapi hatinya tidak sentisitif, lalai n leka serta tidak berusaha menegahnya..seolah-olah org yg hampir mati mengikut salafussoleh terdahulu..sedangkan mereka yg tidak sedar seolah-olah sudah mati..pendukung dakwah sebenar membentuk dirinya berbeza dari org lain... kefahamannya berbeza..dia akan keluar drpd pertapaan..matlamatnya memimpin manusia..mengembalikan tamadun ISLAM!..besarnya cita-cita mereka!..
sesiapa diantara kita yg tidak mampu menjadi mujahid Islam....kerana situasi yg menyekatnya..atau pangkat yg membatasnya tidak boleh berdiam diri...sama sekali tidak dibenarkan membisu..dia perlu menjadi pembantu..dari semua segi yg dia mampu lakukan....

ummat islam harus cemerlang..
hari ini lebih baik dr semalam..
jgn buang masa..
siapa kata kita tidak boleh..
kita ada Allah Maha Kuasa..

kita punya kuasa tenaga..
doa sebagai senjata

kuat usaha, jujur n amanah..
sentiasa megharap keredhaan Allah..
aqidah, ibadah harus sempurna..


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:48 PM

************************