Friday, July 30, 2004

semoga kita akan terus bersama selamanya..
sungguh..
walau sebentar..
ada rindu terpendam..
ada kenangan terukir..
ada matlamat ingin digapai..
ada langkah yg akan diteruskan..
kamu perlu merubah dunia walau keseorangan!

satu nota..satu hati..satu jalan..

Kesenangan yg datang takkan selamanya..Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu susah dan senang akan silih berganti. Kecuali bagi mereka yg melaluinya dgn cara yg benar,kesenangan di akhir nanti pasti kan kekal. Kebahagiaan hari ini, semoga ia kan kekal ke akhirnya. Tapi perlulah waspada dengan duri-duri yg merentangi jalan. Kerana jalan ini belum pernah dilalui sesiapa. Mungkin ramai yg telah menuju destinasinya, tapi pasti merentasi denah yg berbeza. ujian Allah itu tak kita tahu bentuknya. Tapi yang pasti, itu untuk menguji hambanya yang beriman. Ujian itu tanda rindu Allah pada hambaNya, supaya hamba kembali padaNya.

Kemenangan akan datang bagi mereka yg bersabar, bertabah hati dan selalu berwaspada. Sabar dgn ujian dan juga ni'mat, sabar menanti pertolongan Allah dan pengakhiran yg terbaik. Tabah mengharungi rintangan, tak mudah melatah dgn kesenangan. waspada dengan cubaan yang bakal menghalang, berhati-hati dgn musuh yg selalu menanti.Usaha dan mujahadah dalam mencapai matlamat da'wah yang paling penting adalah untuk mendapatkan mardhaatillah. Dgn cara taqarrub ila-Allah. Ibadah2 khusus perlu dijaga kesempurnaannya. Yang fardhu perlu murni, yg sunnah perlu diusahakan sebanyak mungkin.
Sebagaimana Sultan Muhammad al-Fatih memilih tentera untuk menyerbu Constantinople, supaya tentera2 ini betul2 berjuang kerana Allah, 'nasrun-minallahi wa fathun-qariib..'. Bangun di sepertiga akhir malam itu menunjukkan sejauh mana mujahadah kita melawan nafsu tidur dan syaitan di mata. Itulah simbo sejauh mana kita mampu berkorban untuk menegakkan panji Islam. Disitulah Allah memberikan kekuatan.

'Ya Allah, Engku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban da'wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji seti auntuk mendaulat dan menyokong syari'atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan keyakinan /iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat sebenar tentangMu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..

Permata Hati
Kau permata di jiwa
Bersemi selamanya
Kaulah bulan menerangi alam
Memberikan sinaran

Kau permata hatiku
Penawar duka di kalbu
Kau penyeri kebahagiaan
Engkau tetap kucinta selamanya

Tuhan berkatilah cinta yg dicurahkan
Tuhan redhailah cinta yg didambakan
Sepertimana dia mengasihi diriku
Selama ini

Kaulah satu di hatiku
Yg mnyerikan taman hatiku
Terima kasih ucapan kulafazakan
Atas segala jasamu mendidik daku

Kau permata berharga
Kurindu dan kusanjung
Kau insan teristimewa
Moga tuhan merahmatimu sentiasa

Kau permata dihatiku
Menyemai cinta keimanan
Kaulah segalanya bertakhta di jiwa
Doamu mengiringiku sentiasa bersama


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:42 PM

************************

Thursday, July 29, 2004

secebis nota..

like u said..i'm not good in expressing my feeling on a piece of paper..well i admit that fact..huhu..but deep in my heart..i'd like u to know that i am very gradtful that Allah gives me that chance to have u as my sister..(eventhough i have to share u with other uncountable siblings..;))
thank for always being there for us...sisters in...u are leaving..
but i know u will be back again..

cebisan nota menyentuh hati..
walau sebentar..
ya Allah..terima kasih..atas nikmat ini..

........

esok --> exam FM --> 9.00 - 11.00 --> nak dapat A..95 keatas!..bawah 70 fail!! 75 kebawah..budak master kena repeat!!(30 % dr keseluruhan..)..ya Allah berilah aku hidayah..nak jawab esok..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:35 PM

************************

menghargai kehidupan insan yg lain..

exam tak habis lagi...tapi dah 'tak leh' ngadap dah buku2 tuh...tangan nie meronta2 nak tekan keyboard..

berbicara dengan seorang teman..dia baru kehilangan sesorang yg amat penting dalam hidupnya..memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya n kita juga tak tahu apa yg rindukan sehinggalah ia pergi...tika itu..baru kita sedar..kita telah kehilangannya n waktu dia bersama kita..kita langsung tak pernah menghargainya..jangan menilai manusia kerana kecantikannya..boleh jadi ia palsu semata..jangan diukur dengan intan n permata..kerana ..boleh jadi suatu hari ia akan susut..carilah teman yang mampu membuatkan anda tersenyum kerana kita cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram n hati yg luka..carilah hatinya utk mewarnai hati anda..n sesungguhnya iman n taqwa lah neraca yg utama..

kebahagiaan tak semestinya terletak pada memiliki semua yg terbaik.. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis...mereka yang terluka..mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba...n akhirnya kebahagiaan itu akan datang.. bukankah diukur kebahagiaan itu pada ketenangan pabila mengingati Allah!

berbicara dengannya menjadikanku insaf..perlunya kita menghargai kehidupan org lain..n menyentuh hati n hidup mereka..jangan hanya mengharapkan org lain menghargai diri kita..kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam...kita akan pastikan kita akan tersenyum sewaktu kita pergi nanti wp yg berada disekeliling kita menangis..kerana tika kita dilahirkan..kita pernah menangis n org disekeliling kita gembira...

semoga hidup kita...mati kita..hanya kerana Allah..

Terlintas di fikiran
Apakah bakti yang pernah kau berikan
Syahid dalam berjuang
Pasti ganjaran syurga yang dijanjikan
Taman wangian yang indah
Menjadi kekasih Allah
Bukan suatu khayalan
Jelas terurai di dalam kalam
Ya Allah ku mohon anugerah kekuatan iman
Ya Rabbi kau kasihkan hamba dalam perjuangan
Menegakkan Islam

-istisyhad-raqaiq-


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:10 AM

************************

Wednesday, July 21, 2004

Assalamualykum wr wbt
semoga sentiasa dalam rahmat n kasih sayang Allah swt..
pertamanya afwan kepada sesiapa yg terasa, terkilan, tercuit..tersentuh hati..agama itu nasihat.. ad-Deenu nasihah... sebagaimana mengemukakan nasihat itu satu kemahiran yang diseru oleh Islam kita untuk dikuasai dengan baik ; menerima nasihat juga satu kemahiran. seseorang yg cerdik ialah mereka yg menerima segala yg ditujukan kepadanya lantas meletakkannya dalam saringan iman n perhitungan aqal..al-quran muraqib perjalanananya.. untuk dia mengambil apa yang berfaedah dan membina, di samping membuang apa yang memudharat dan membinasakan...untuk menerima teguran memang sesutu yg terlalu sukar..namun percayalah..kerana sayangkan kita..mereka memberi memberi teguran..ambillah..timbangkanlah..tapis..n buangkanlah yg tidak perlu...sekadar umpat n caci tidak memberi mudharat apa2 pada kita....bersabarlah!

sahabat2 raheekumullah..islam akan sentiasa berjalan n akan terus membebaskan manusia.. seluruh manusia, di seluruh dunia daripada pengabdian kepada selain daripada Allah kepada hanya kepada Allah..tauhidullah... mengangkat manusia daripada pengabdian kepada taghut tanpa mempunyai batasan, geografi, kebangsaan, perkauman atau apa jua nilaian kemanusiaan, kebumian yang hina dan bodoh....

islam akan terus bergerak n berjalan... tidak akan berhenti selama-lamanya hingga masyarakat ini menjadi beku dan masin melainkan apabila mereka berpaling daripada Islam...

afwan kepada semua

kak yatie : ahlan BR..;)
carrie : salam ukhuwwah fillah.
kak manja : tetiba jadi pengunjung istisyhad..ada pape ke..;)
adik usu : sori..semalam line tak elok sgt..terputus..tak sempat nak sembang panjang..
k.ngah : mana emailnya..sms kngah amat merisaukan!
-BR- : sehati sejiwa..dulu kini selamanya..:)
nuds : bersabarlah dengan DAH tue ek..ehe..malu je dgn bank..:)
syima : ada rezeki..sampailah rumah syima kat clayton tuh..:)
nadia : pergi canberra?..bila ek..wallahua'lam bissawab.tiada pengetahuan tak boleh jawab!
cik L : cukup tak semua barang2 tuh..kerepek bawang n pisang tak muat nak pos..:)
kak long : lama tak dengar berita..miss u fillah!
syahid n aini : uni bundoora yg kotak2...:)
izza n adda : bila nak mai BR lagi?
kay : afwan ..:)

-istisyhad maybe akan tergendala sebentar sebab penulisnya ada imtihan dunia - mid sem sampai 31 julai -

p/s : sedapnya lagu hijjaz-rimbunan keampunan..mak ana cakap..dunia kat luar tak seindah dunia nasyid..ehe..bila dia tgk ana 24 jam dengar nasyid..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:53 PM

************************

SELAMAT TINGGAL SAHABATKU
Izatul Islam
http://agusw.cjb.net

Selamat tinggal sahabatku
Ku kan pergi berjuang
Menegakkan cahaya Islam
Jauh dinegeri seberang

Selamat tinggal sahabatku
Ikhlaskanlah diriku
Iringkanlah doa restumu
Allah bersama selalu

Ku berjanji dalam hati
Untuk segera kembali
Menjayakan negeri ini
Dengan ridho Ilahi

Kalaupun tak lagi jumpa
Usahlah kau berduka
Semoga tunai cita-cita
Raih gelar syuhada

TEMAN SEJATI
Brothers
http://agusw.cjb.net

Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui
Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada Mu Alloh
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan segala - galanya

Kepada Mu Alloh
Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu

Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan esetiaan

Telah kuungkapkan segala - galanya

Itulah tandanya
Kejujuran kita
Kumencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

'Kita akan bersama menempuh segalanya...Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah...Janji patri bersama ikatan teguh setia..Bersama menuju gerbang impian kita harapkan'

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:24 AM

************************

Monday, July 19, 2004

we cannot change yesterday, we can only make the most of today n look with hope toward tomorrow!

kawan..apalah yang kau kesalkan..
kerana tuhan..ku kehilangan kawan..
kerna kebenaran..ku terhina
kawan..kadang-kadang kawan nak jadi lawan..
kadang-kadang lawan jadi kawan..
jangan sedih selalu tersisih..
bukan kau saja..
ditimpa malang..
ingatlah..
para rasul mulia..
lebih tersiksa..
menderita..
dalam derita..
mereka bahagia dalam derita..
mereka kaya didalam papa..
mereka..memadai dengan dengan tuhannya..

bila kiter rindu..kite kena ucap..lama tak sebut..rindu pada sisters oz..:)

nur : tp seriously, usu kna dtg lagih sni
nur : tinggal kat canbe pulak..now i realize life is more than what i perceived before..ade hala tuju...
...
miss : still can't believe it..
...
anisah : needing usu here!
...

Ya Allah..tauitlah hati2 kami biar kami berjauhan..ya muqallibal qulub thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik..

selama ini ku mencari-cari teman yg sejati..
buat menemani perjuangan suci..
bersyukur kini padamu ilahi..
teman yg dicari selama ini telah ku temui..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:08 PM

************************

Sunday, July 18, 2004

siapakah pejuang kecil ini? ;)




ni...permata hati acik istisyhad!...


beberapa tahun yg lepas..album lama di selak..terjumpa gambar nie..ada nostalgia tersendiri..ribut masa nie..ingat tak pejuang kecil?..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:43 PM

************************

pejuang palestin-pesanan isteri as-syaheed jamal mansor..
Saya ingin memberitahu mereka apa yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran: 'Bersabarlah kamu dan sabarlah melawan musuhmu dan berjagalah dan takutlah kepada Allah','Sabar itu kunci kepada syurga' dan ingatlah sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan'.
Jadilah orang yang siqah (percaya) sepenuhnya kepada Allah dan Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang zalim. Firman Allah 14:42 : Janganlah engkau mengira bahawa Allah itu lalai dari apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, Hanya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang terbuka semua pemandangan pada hari itu. Sedang mereka bersegera lagi menengadah kepala mereka (arah kelangit) tidak mengejap mata mereka sedang hati mereka kosong (tidak mengerti).
Ingin saya katakan kepada mereka: Jika kalian merasa penat dan sakit, ketahuilah bahawa balasan kalian adalah syurga Allah dan para syuhada' ..kita adalah di dalam syurga tetapi Yahudi yang terbunuh itu adalah di dalam neraka.
Firman Allah 4:104 : Jika kalian merasa kesakitan mereka juga merasakan kesakitan. Sedangkan kalian mengharapkan Allah dan mereka tidak. Jadikanlah motto hidup kita ini sebagaimana ungkapan sebuah syair:

Kamu bunuhlah aku, koyakkanlah jasadku dan tenggelamkanlah aku di dalam darahku,Namun, kalian tidak akan mampu hidup di atas bumiku dan kalian tidak kan mampu terbang dilangitku.

-mahkamah antarabangsa putuskan pembinaan tembok israel di palestin adalah haram n perlu dirobohkan segera..tp memang deme takkan dengar .. dapat plak sokongan us..palestin akan bawa keputusan ni ke mensyuarat PBB hujung minggu ni..tp actually kita semua dah maklum keputusannye..selagi mereka ada kuasa..peraturan tidak kan bererti ape2...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:12 AM

************************

Saturday, July 17, 2004

EDISI KHAS 17...


"MUJAHIDAH DARI BUMI JIHAD"

dari seorang akhawat yg mendambakan syahid..

Aku Wanita Mujahidah Sejati
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya
Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam
Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku
Bulat tekadku untuk menemanimu

Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad
Andai tak siap bisa kau pilih
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik
Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku terlebih keluh kesahku
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu

Tak mungkin aku memilihmu
Bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana
Meniti jalan panjang di medan jihad
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu

Aku wanita dari bumi Jihad
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti
Adakah yang siap mendamaikan hati?
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan
Yang melepaskanku dengan sepotong doa
Meraih syahid adalah tujuan utama
Robbi.. Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu
Ku harapkan pertolongan dari Mu... Menemani perjalanan ini ..

....

kita akan terus bersatu hati..berjalan tetap di barisan ini...dengan penuh iltizam..

genggam dalam genggaman..maka saksikanlah janji kami..tetap dlm barisan..kemenangan atau kekalahan..

semoga sentiasa dalam ketaatan..berlumba dlm perjuangan.. berkasih sayang..persaudaraan dan suci hati sesama kita... dengan asasnya iman..kita akan terus bergerak..berjalan..bertatih n berlari bersama-sama..

kau menerangi hatiku..bak mentari terangi siang..kau menghiasi hatiku..yg dahulu kekosongan...-brothers-


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:44 AM

************************

Thursday, July 15, 2004

Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah.. Salawat dan salam ke atas Rasulallah... Bersyukur ke hadrat Allah, mengizinkan ana untuk masukkan satu entry dalam blog ni, setelah sekian lama menyepi..

Kepada Usu, moga terus tabah hati tak berbelah bagi... Ujian, cubaan, dugaan adalah tarbiyah Allah...

Biarpun dalam beronak duri
Dugaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap di hati
Demi akhirat betapa berat
Ditempuh jua ....

********************HEHEHE>>>HEHEHE>>>>>>:D>>>>>>***********************
 
Kepada ahlul Qaanitaat ... Banana Unite!!
Satu rebah, jangan mengalah!!
Serah kepada Allah, menang atau kalah!

Kepada Khairul Amilin ...
Perjuangan belum selesai... Melayu mudah lupa.. Hehe..
So, kena teruskan perjuangan.. Dan kena terus ingat-mengingatkan!

Usrah "Oreniyyah"
Anak2 ummi.. Cepat2 besar ye!

Dan ...banyak lagi..tugas yang perlu dibuat..... Tanpa henti.. Moga Allah pautkan hati... Thabat kan hati.... Terus istiqamah dalam dakwah.... Tetap dalam iman dan islam.. Allahumma ameen..




** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **9:15 AM

************************

hati ini sayu..mengenangkan..
sengsara didalam perjuangan..
jiwa ku meronta....


ujian adalah tarbiyyah dari Allah..
baru berbicara dgn beberapa org teman..agak lama ana tidak bersembang secara agak serius di ym..akhirnya..semalam..hampir seharian..mengadap komputer..mendengar luahan n membantu..sama berfikir n muhasabah..sama bersedih n tertawa..meluahkan apa yg terbuku..
sahabat ana diuji lagi...semoga dia sentiasa tabah..seorang mukmin akan melihat ujian itu sebagai sunatullah yg berlaku pada setiap kehidupannya..seperti arus sungai yg akan terus tenang mengalir mengikut lekok n likuannya..seorang daie..ujian yg diterimanya berbeza dgn org kebanyakan..daie adalah pewaris rasul..pejuang risalah n penegak kebenaran..dimana sahaja amanah diperlukan utk menegakkan tauhidullah..dia akan menyahutnya..biarpun dia menghadapi ujian yg sgt berat..balasan yg akan diterimanya nanti lebih besar dari dunia n seisinya..yakinlah..
..dalam menghadapi ujian..terkadang..tidak terlintas di hati kita..apa hikmah disebaliknya..malahan mungkin kita akan bersangka buruk..seharusnya kita menyediakan fikrah agar dapat menyelaminya dengan penuh kesedaran..penuh keyakinan bahawa ia adalah sunatullah serta memberi manfaat pada diri atau jemaah...
'tiada seorang muslim yg ditimpa derita kerana penyakit atau kesedihan..ataupun terkena duri sekalipun..kecuali semua musibah yg menimpa padanya..akan menjadi penebus dosanya...' (muttafaq alaih)..
cuba kita perhatikan...seorang yg mengerjakan solat pada masa lapang berbeza dgn seorang yg mengerjakannya diwaktu sedang sempit n sesak dada..dalam keadaan kesulitan mendapatkan air atau berjihad...nilainya tidak sama..jadi..masa yg kita tuai amal sebanyak mungkin adalah tika menghadapi ujian...semoga akan berbaik sangka dgn Allah swt..
akhirnya kepada mereka yg diuji...tetaplah beristiqamah di jalan dakwah..jalanilah ujian ini dgn penuh keyakinan dgn balasan Allah diakhirnya...sentiasa bersedia pada bila2 masa n sambutlah perintah pabila telah datang perintah itu...
semoga akan sentiasa terus berjuang n beroleh ketenangan..doa ana sentiasa mengiringi..

hujung minggu nie berbagai agenda..
-ada yg berkursus..semoga jadi fuqaha' yg berani la lps nie..boleh istinbat hukum..
-ada yg 'indoor' - jgn lupa baca buku tue yek akak2 BR..
-ada yg buat jamuan..jemput yea..jgn tak jemput..
n kepada semua ..selamat menempuh agenda hidup..moga sentiasa dalam redhaNya..

rindu pada semua..pada adik usu yg baru..;)
pada k.ngah..tetapkan hati..doaku sentiasa mengiringimu..
pada kay..jangan terasa yek..tetiba terberenti chat ari tuh..
pada yati..cepat aaa balik...
pada semua 'qaanitaat'...teruskan..berkorban n terkorban!

'kita adalah kuli dakwah n hamba pada Allah'

wassalam..raqaiq-istisyhad!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:19 AM

************************

Tuesday, July 13, 2004

ibu..jadikan rumahmu madrasah syuhada'...

hubbuddunya wa karahiyatul maut - inilah sifat yg arrasul gambarkan tanda merosotnya kualiti umat islam..rasanya nielah penyakit yg dah berjangkit pada generasi baru kita nie..bila diselidiki..maybe ade kaitan dgn pendidikan ibu bapa juga sebenarnya..sejak kecil lagi..diasuh mencari kesenangan dunia..diidoalakan dgn saudara mara yg berjaya mencapai kejayaan duniawi..cita2 yg dibangakan..doktor..engineer..akauntan..anak2 dihantar ke sekolah bukan utk mendapatkan ilmu..tetapi utk meraih gelaran yg menghantarnya ke pangkat..kuasa n harta yg banyak..sedangkan rasul bersabda.."barangsiapa yg mencari ilmu bukan kerana Allah atau ada yang dicari selain Allah, maka tempat duduknya di neraka". akibat dr dua penyakit ini..keberanian utk mengungkapkan kebenaran n kebatilan juga hilang..lahirlah manusia yg menjadi 'pak turut' atau 'yes man' semata2..wajarlah dunia kini jadi kian parah..dengan corak n gaya pendidikan sebegini..tidak hairanlah anak2 sekarang..jangankan mempunyai semangat jihad yg tinggi..arah n semangat hidup pun seolah hilang..sungguh membimbangkan..!!

Dalam keadaan sekarang, kita perlukan peribadi seorang ibu yang mampu mendidik anak-anaknya mencintai jihad n kesyahidan dalam rangka meninggikan kalimah Allah swt..sebagaimana para sahabbiyah yg mampu melahirkan Auf n Mu'az (dua anak kecil yg mencari Abu Jahal utk dibunuh semasa perang badar krn terdengar Abu Jahal menyakiti hati nabi..subhanallah)..Anak2 tersebut disiap disediakan utk mempersembahkan jiwa n raga mereka dalam usaha memperjuangkan dinullah..
Kita inginkan anak-anak yg cintakan Allah, rasul n jihad..menunaikan solat yg wajib..juga yg sunat serta berakhlak mulia..menghafal quran, menjaga solat jemaahnya di masjid serta hormat pada org tua..sebaliknya tiada siapa mahu anak-anaknya berpeleseran di kota raya..hobinya bersembang n berhibur..melepak dsb..kalau begini kedaannya ..mungkinkah akan lahir Auf n Mu'az lagi di zaman ini?..sama2 renungkan...

.....

ketika laras senapang meretakkan tulang-tulang...
ketika anjing-anjing Shamir merobek kehormatan..
ketika batu n iman kami bertahan...
ketika timah panas melenyapkan kesedaran..
Apakah sedang kamu lakukan..apa?
Apakah sedang kamu lakukan..apa?
Dulu aku pernah punya rumah..
di tengah wilayah kafah..
aku hidup dgn ibu n ayah..
namun semua itu sudah tinggal kisah..
rumahku kini sudah rata dengan tanah..
diusir israel yg haus dengan darah...


* semoga kita akan terus bersama selamanya hingga ke syurga..ameen..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:53 PM

************************

Wednesday, July 07, 2004

maaf lama tak update...

mak, mummy, ummi..ibu...
dari santun katanya...dari tertib bicaranya
keluar kata-kata dan bicara...baik dan penuh nasihat
waktu susah..masa senang
seorang ibu sentiasa di sisi
telapak kakimu
menjadi syurga kepada anak-anakmu
sebagai lambang ketaatan dan kepatuhan
telapak kakimu
akan menjadi syurga untuk mereka
andai mereka dididik
mengenali, mentaati dan mencintai
Al-Khaliq pencipta Agong..

akhawatku..rindu di hati bertamu..walau lama tak menyapa di maya...adik..klong..syahid..cik L..k.ngah..UmmMujahid..rina.. kay..yati..k.dayang..linda..mas..ain..izza..adda..dll
Jika hati boleh berkata-kata..
pasti terbuka segala rahsia..
Pasti tiada simpanan duka..pasti tiada gundah gelana..
Hati...
Jika boleh berbicara,
Pasti berita gembira bercelana,
Pasti rindu terubat jua,
Pasti bahagia selamanya...
akhawatku..Sepasang kaki anugerah..langkahmu biar terarah
ke arah mardhotillah..

buat mereka..bergelar Muslimah
tidak cukup
hanya taqwa pakaian batin
perlukan
hijab pakaian zahir
kerana Islam
bukan isi
atau bukan kulit sahaja
tetapi syumul
untukmu
dan untuk semua..
antara kulit n hakikat..;) (pakcik!)

n perjuangan itu..akan terus berjalan..bertatih..n merangkak..
andai besok tiada lagi..
nud, ulfa, bee, ksyah, kaini n kidah..
tiap kali kita bersua..tiap kali malam melabuhkan tirainya...
sering ku bertanya..bagaimana jika nafasku terhenti selamanya?
bagaimana rupanya matahari menjelang esoknya?
bagaimana jika besok untukku sudah tiada?
kini sebelum mentari pergi
dan kaki kita melangkah pergi
sesekali bila bersendiri
ingatlah ada rindu
yang tertinggal disini...di BR..
teruskan bersama selamanya..sehati sejiwa dulu kini selamanya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:08 PM

************************

Monday, July 05, 2004

Hari ini dalam sejarah....to be continued

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:48 PM

************************