Monday, August 30, 2004

Rumah kecil saya, macam saya suka main masa kecil2 dahulu, susun2 cushion sofa, lepas tu duduk bawah tu sambil baca buku cerita. Kadang2 ada orang jahat, Angah atau Alang datang runtuhkan. Bertepuk dan bersorak melihat saya menyusun kembali timbunan cushion sofa yang menjadi batu-bata rumah kecil saya. Saya dengan tekun, akan bina rumah kecil yang baru, setiap kali dengan rupa wajah rumah yang baru tetapi, saya akan buat perkara yang sama, iaitu baca buku cerita di dalam rumah kecil saya. Kadang2 saya bermain dengan kucing saya yang juga di-anti oleh dua "orang jahat" tadi tu :D

Rumah kecil saya, tempat saya membaca. Bukan sekadar buku cerita tetapi buku-buku santapan rohani dan minda. Tempat kami memantapkan kemahiran main masak2. Ibu pejabat rumah2 kecil yang lain. Tempat kami solat bersama-sama. Bukan lagi bermain anak kucing, tetapi bermain dengan manusia. Menyentuh emosi agar sampai kepada imannya. Aku pernah tersentuh di dalam rumah kecil ini, walau dulu2 aku sendiri yang tidak menggemarinya.

Hari semalam, mengimbau kembali rumah kecil saya. Rumah kecil, bukan binaan fizikalnya yang dirobohkan, tetapi penghuninya yang dihalaukan. Sama seperti saudara-mara di Palestin, di Iraq, di Chechnya... Tetapi, saya percaya kenangan dan memori tetap bersemadi. Saya mengemas bersama kawan2 yang juga suka bermain di dalam rumah kecil saya. Kini, saya panggil "rumah kecil kami". Kami kemas dan kemas, jumpa2 barang tinggalan dan barang yang hilang selama ni kami cari, kami tertawa gembira. Di sebaliknya, hati sayu terasa, segala-galanya tertinggal di situ. Aku melaung, kedengaran gema bersahutan, tanda rumah semakin kosong. Rumah kecil saya, pasti ada yang menjaganya, dan kami akan terus cari dan bina rumah kecil yang baru, dan mungkin juga rumah besar. Yang pastinya, rumah kecil itu telah banyak menyaksikan perubahan manusia, dalam mencari Ilahi.

Allah pasti bantu kami bina rumah kecil yang baru. Supaya dalam rumah kecil itu kami dapat cari lebih ramai kawan baru :)

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **12:48 AM

************************

Saturday, August 28, 2004

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kehidupan untuk ana terus menulis..
mengatur kalimah, melalui bait kata..terbit dari qalbi..
roda ini akan terus berputar..kekadang di atas ..kekadang ke bawah..
Allah beri peluang untuk mengenali manusia..
mengikat tali persaudaraan n ukhuwwah fillah..keranaNya kita ditemukan n keranaNya kita ditemukan..InsyaAllah kita akan terus meniti kehidupan ini..dengan 'mind set' yg berbeza dari manusia lain..walaupun bilangan kita sedikit..tak punya kekuatan n wasilah..walaupun kita mampu memberi alasan..daf'u dharar lil maslahah..
tetapi sekiranya kita faham..kita tak harus redha pada kekuasaan yg batil..kita tak punya cara lain..tak punya masa rehat..terus menerus..tanpa jemu...menyeru manusia pada i'la' kalimatullah .. menyeru pada satu kehidupan yg diredhai oleh Allah swt..
kita akan terus menerus menerus bekerja..walaupun tiada siapa sudi mendengar..tiada siapa sudi membaca..tiada siapa yg berubah..kita akan terus berusaha..kerana laisa takalluf binnata'ij!..kita tidak dipertanggungjawabkan dengan natijah hasil usaha kerja kita..kita akan ditanya mengenai usaha kita..pengorbanan kita..at-taubah:24..
kita perlu bekorban lebih dari segalanya..melupakan masa tidur n rehat..antara dakwah n pelajaran?..antara nyawa n dakwah?..andai 'belajar' terpaksa dikorbankan kerana kepentingan dakwah..daie sebenar akan melakukannya..dakwah lebih dari segala-galanya..kerana untuk menyampaikan dakwah..kita diberikan nyawa oleh Allah swt untuk hidup!!n seandainya kerana untuk menyampaikan dakwah..perlu untuk syahid! pejuang sejati akan sanggup berkorban!..mungkin kita masih belum sampai ke tahap itu untuk berfikir..afghanistan..palestin..tetapi seandainya kita di tanya apakah sanggup mengorbankan belajar kerana dakwah..sudah 6 tahun belajar medic..sanggup tinggalkan..?..;)..atas maslahah dakwah!..ehe..kelam kabut jadinya...:)

tidak sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar semata-mata..tidak cukup sekadar itu cuma..

Syakib Arsalan Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul namun masih juga belum berjaya.
Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga Palestine: “Banyak buku-buku sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: 'Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.'

kita perlu memulakannya dari bawah..bukan dengan sinaran bintang!!!

p/s : adik usu, afwan..keluar tetiba..pakcik call tetiba kena hantar anak2 dia yg baru segera untuk dengar citer dia..:)
linda : afwan sesangat..entah bila lah..lirik tuh..tak terdengar2 lagi..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:09 PM

************************

Wednesday, August 25, 2004

Fikrah itu akan terus hidup..khamis, 1440 - tullamarine airport..

Seberkas cahaya pada lengkung warna pelangi menerpa dunia seperti orang asing,
atau tamu yang singgah..berlalu kemudian meninggalkannya..
Apa yang bisa diambil cahaya itu didunia ini?
Apa yang berhasil dikumpul olehnya? Tidak ada!
Dan apa yang ditinggalkan cahaya itu di dunia ini ketika memancarkan sinarnya yang kudus?
Ketika ia tinggalkan sinarnya di relung hati dan sanubari..dan ketika ia tinggalkan kuncinya didalam jiwa..ketika sinarnya akan terus hidup membara dalam jiwa-jiwa mereka......gapaian pada dahan tinggi di pohon yg abadi

Ia adalah fikrah yang bersinar..
yang tidak berharap pada kekayaan..
hidup ditengah kami seperti sinar tipis yang menerpa dunia dengan lembut,
tetapi tidak mengambil apapun darinya,
tidak mengambil harta kecuali sebatas yang dibutuhkannya n segalanya sederhana..
Jika apa yang diingininya tercapai, tentu jiwa fikrah itu akan bersa senang..didalam sanubarinya terukir senyuman manis kebahagiaan..

Sebenarnya..sebelum dia datang..kami sudah membaca nas-nas alquran..
sudah mendengar banyak sekali nasihat..
namun..mungkin tidak begitu berbekas di jiwa..
Apabila dia datang..
Menggoncangkan yang diam..
Menggerakkan mereka yang berpangku tangan..
Menambahkan rasa cinta pada islam..
Menggantung himmah mereka di ufuk yang paling tinggi..

Dia tidak lah membawa ilmu yang baru..
Bukanlah yang paling alim dikalangan ulama'..
Tetapi yang membuatkannya berbeza dengan orang lain..
dia menampakkan fikrah islam..
Menjelmakannya sebagai sesuatu yang hidup n berjalan..
Memberikan keterangan yang jelas..
Dengan bahasa yang khusyu'..
Penuh cinta kasih..
Memancarkan nur yang dapat mententeramkan hati..
Menembusi jiwa n lubuk sanubari..
Sehingga babak baru tersebar dalam jiwa hati yang mati..
Dia datang ketika ramai menganggap islam hanya terbatas pada bilangan rakaat solat n puasa semata..
Dengan kehendak Allah..kehidupan mula bergerak..bakteria mula lemas..
Sel-sel mati mula berubah..
Kehidupan terus mendidih n tumbuh dalam bentuk yang baru..
Getar-getar terus menyusuri sel demi sel yang baru..
Menyucikan kulit usang diatasnya..
Diantara getar kehidupan..teriakan penolakan..tak kurang yang dengki n membenci..
Akhirnya..dengan berat..dia melangkahkan kakinya..
Walaupun dia telah pergi..meninggalkan kami..
Dia tetap hidup didalam bunga2 mekar fikrah yang keluar dari satu hati..
Berpindah ke banyak hati yang telah disiapkan oleh Allah dalam catatan takdirNya..

Selamat jalan untukmu pejuang ISLAM!!

-antara hidup mulia n syahid mendapat syurga..!-

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:52 AM

************************

Tuesday, August 24, 2004

Dahan tinggi di pohon abadi - isytaqna lil syahaadah..

Dunia ini tiada nilaiannya walau sebelah sayap nyamuk...dan diantara kehinaan dunia apabila Allah swt membiarkan golongan yg zalim berbuat sesuka hati dan penyerangan mereka terhadap wahyu..pernah Rasulullah saw terdengar seseorang berkata..
'Ya Allah..berilah aku sesuatu yang lebih utama daripada apa yg engkau berikan kepada hambaMu yang salih..'
Rasulullah saw kemudiannya bersabda kepadanya..
'Jadikan binatang tungganganmu siap disembelih n darahmu siap ditumpahkan'..
Dia harus mendapatkan 'SYAHADAH!'
Orang2 atheis majusi mengoyak2 perut umar..
Golongan pelampau menghabiskan Ali..
Pemerintah yang khianat n konspirasi membunuh Hassan Al Banna..
Silsilah syuhada' akan terus datang, selama di dunia masih berlangsung peperangan antara cahaya dan kegelapan..

23] Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

69] Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)..

semoga kita semua akan hidup mulia atau mati syahid...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:10 PM

************************

Monday, August 23, 2004

waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju, sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain!

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari ini tidak pernah akan datang..

Jika anda selalu pikir bahawa besok akan datang, maka 'besok' akan pergi begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah meninggalkan anda..

p/s : sekiranya ajal kita sudah tiba..fa iza ja'a ajaluhum..la yasta'khiruna wa la yasta'jiluna sa'aah..tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walau satu saat..semoga amal kita sentiasa dalam redhaNya..
kifana : selamat bermusafir..usu tunggu di BR..:)
- cerita pasal penapis..pasal bani israel..pasal buldozer..pasal besi..pasal jihad..tak menang tangan..;)..antunna lah penghibur hati usu...;)..moga kita semua akan sama2 mencari jalan ke syurga..
- exam economy tadi, rasanya 18 markah melayang cam tue je..salah jawab..bukan masalah tak baca..tp Allah tak izinkan..aderlah tue hikmahnya..:(..yg penting..dah cukup ke usaha?

-duhai kekasih Ya Rasulullah saw..engkau laksana bulan purnama-

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:39 PM

************************

Sunday, August 22, 2004

In the end, each of us will be judged by our standard of life, not by our standard of living;
by our measure of giving, not by our measure of wealth;
by our simple goodness, not by our seeming greatness.
......

nur : pastu... mesti la ada sesuatu yang sangat kuat yang ikat antum semua kekal di jalan ni..
nur : iaitu keimanan antum semua terhadap dakwah
nur : keimanan : as in kepercayan antum bahawa dakwah ni adalah expressway kita utk ke syurga insyaAllah
aisyah : kita nie kita akan sungguh2 ada ikatan kuat..bila kita yakin..
aisyah : yakin bahawa fikrah yg kita imani ini adalah fikrah yg benar yg akan hantar kita ke syurga...
aisyah : kenape kita terjun tue sgt penting yg tentukan sejauh mana n selama mana kita kekal dlm dakwah
nur : tuh la...
nur : nur takut kalo nur jd zul jaisyan..offer dah ada depan mata ..tp.. he simply flunked it because keimanan dia terhadap apa yang Rasulullah bawa takde melainkan dah lihat islam tu menang dulu
itulah..
nur : Alhamdulillah dia ada second chance..
nur : kalo la Allah dah tak nak kasi dier chance lagi...

.............

khadijah : kalo let say... ada orang nak kasi kita free flight ticket... tp at that point of time... kita tak siap packing barang lagi.... tp orang tu kata .. flight ticket ni special..maybe datang sekali je... once in a lifetime..
khadijah : dengan mengambil flight ticket ini... awak akan dapat balik msia dengan senang nya..
khadijah : tp dijah tak habis packing lagi... tp at the same time takut nak tolak offer ticket tu..takut nanti..biler dah habis packing..offer ticket tu dah takder lagi
khadijah : tp takut gak kalo amik ticket tu...tak cukup kelengkapan..
khadijah : baju takder, alat2 penting takder..
khadijah : and maybe dijah takder pasport pun..
khadijah : dijah tak sedia nak menagmbil risiko pernerbangan pun
khadijah : kalo dijah pegi gak.. takut nanti penerbangan itu akan penuh dgn ketidakselesaan, ketakutan, penyesalan, dan keraguan n ada rasa nak patah balik n packing semula..
khadijah : tp.. kalo tolak offer tiket tu.. takut nanti menyesal...
so..
khadijah : patut amik ticket tu ke... atau sambung packing siap2..

erm..ade sape2 boleh jawab..adakah kita nak tarbiyyah org..tarbiyyah..tapi tetiba at last..kita dah habis waktu, tenaga, semua dah habis..dia tak sedia pun nak korban diri sepenuhnya....dr satu segi..ade ke kita nak tarbiyyah org yg awal2 dah kate..saya nak wakafkan diri saya utk islam..baru kita tarbiyyah dia betul2...?..camne tuh?
satu lagi..adakah kita nak laju..nak ajak semua org laju..tp ade yg tak sedia lagi..tapi dia nak..ade kah kita nak tinggalkan die?? kita kena beransur-ansur..jangan gopoh..?..ok..just tinggalkan persoalan..ulas lain kali..nak exam economy pulak esok..:)

HAB-Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat n gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik bunga sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali n lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini lalu pergi mencari dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang n membesar benih ini lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik n diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata2. Kita n dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang n berkuasa atau mati syahid n berbahagia..

benarlah sepohon kayu yang besar n keras n batangnya, adalah bermula dari batangnya yang lembut dan beransur-ansur naik tinggi, kerana menurut hikmah yang dikehendaki Allah. Setiap kali ditiup angin kencang atau dipukul ribut taufan, dia melentok lembut dan condong bersama angin tetapi setelah ribut itu reda, dia akan tegak kembali. Waktu demi waktu dia beransur tumbuh n membesar, akarnya terus menjalar di setiap penjuru, batangnya beransur besar n keras sedikit demi sedikit n condongnya pula berkurangan bersama tiupan angin sehingga tiba waktu sempurna kekuatan batangnya, kedalaman n kejauhan jalaran akar umbinya n mampu menghadapi angin n ribut taufan. Diwaktu itulah dia tidak akan patah dan tidak dapat dicabut oleh angin ribut...

p/s : pada semua yg merancang..gutlak..i/Allah..:)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:42 PM

************************

Saturday, August 21, 2004

Aku tak perlukan dia untuk membina istana..
Aku tak perlukan dia untuk mengumpul emas n permata..
Aku juga tak perlukan dia untuk menemaniku melancong..
Aku juga tak perlukan dia semata-semata untuk mengiyakan segala yang ku kata..

Tetapi aku perlukan dia untuk membina fikrahku..
Aku perlukan dia sebagai nadi perjuanganku..
Aku perlukan dia untuk meluruskan 'bengkok' fitrahku..
Aku perlukan dia sebagai teman perjalananku mendapatkan redha-Nya..
Aku perlukan dia untuk meniti onak duri dalam perjalanan dakwahku..
Aku perlukan dia dalam mengharungi perit getir hidup ini..
Dan yang paling penting..
Aku perlukan dia untuk..kami sama-sama mencari syurga..!!!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:38 AM

************************

Thursday, August 19, 2004

Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya utk bergerak..

Diam atau istirehat memang merupakan sunnah kehidupan n takdir yg ditetapkan atas manusia, akan tetapi bagi org mu'min sama sekali bukan bererti malas, lalai n santai melainkan hanya datang sebentar, kemudian terusir oleh dorongan dalam dirinya berkat modal pengetahuan yg telah terhimpun dalam dirinya, atau warisan kebijaksanaan yg telah tertanam di dalam dirinya...jiwa yg terilham dgn keimanan mampu melihat dorongan yg tersembunyi disebalik semua itu

Daei Islam sebenar, akan sentiasa bekerja walau di mana pun dia berada dan ke mana pun dia diusir. Dia langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. Dia tidak sempit seperti orang lain dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah. Dia merasai seluruh umat Islam adalah saudaranya. Jika dia tidak mengembara berjalan kerana dakwah, kemungkinan pada masa itu disebabkan kerana dipenjara. Maka penjara pada masa itu adalah pengembaraan rohani dan pemikirannya. Hinggakan apabila dia digantung, maka rentapan tali gantung itu sebenarnya mengangkatnya ke tempat yang mulia dan indah di dalam syurga.

.....................

kalaupun kita mninggalkan jalan ini..pasti akan ada yg mengisinya krn ALLAH pasti akan memenangkan agamanya di akhirnya..cuma ...naifkah kite membiarkan org lain mengisi kelompok2 yg sedikit ini..kelomok ini akan terus berjalan..tidak akan rugi sedikit pun andai kita tidak menyertainya bahkan kita yg rugi krn tidak sempat mengejarnya..
moga2 kita semua tidak menjadi 'almusaqituna fi thariqun da'wah'..

'Jika da'wah adalah nafas2 yg terhembus setiap saat...maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup karenanya...
'Jika da'wah adalah pedang-pedang yang siapa dihunuskan...maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga...
'Jika da'wah adalah jalan yg panjang..maka jgn berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yg terang benderang... Jika da'wah adalah bunga....maka serbukkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia...'

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:37 AM

************************

Sunday, August 15, 2004

Tidak dinafikan kewujudan lebih daripada satu jamaah yang mempunyai hasrat dan objektif yang sama merupakan suatu yang tidak baik. Mungkin kepelbagaian ini akan memudaratkan objektif yang dicita-citakan itu sendiri. Namun tiada apa yang dapat kita lakukan pada peringkat awal ini. Kuasa Islam telahpun terungkai dan hancur lebur semenjak beberapa abad yang lalu. Pada hari ini bukan kita sahaja yang mempelopori usaha ini dan bukan kita sahaja yang menentukan nasib kuasa Islam yang ingin kita tegakkan ini. Apa yang pasti pada hari ini ialah kita memikul tanggungjawab untuk menghidupkan kembali kuasa yang dicitakan ini, kita bangkitkan semula daripada lenanya dan kita akan bangunkan segala asas dan ranting serta cabangnya sekali lagi. Tidak mungkin dalam peringkat awal usaha ini kita dapat membentuk sebuah jamaah yang dapat merangkum seluruh umat Islam, semuanya bernaung di bawah lembayung jamaah ini di mana seluruh umat Islam wajib menyertainya dan mentaatinya, turut sama dalam arenanya; Menolak atau menentang jamaah ini dianggap sebagai menolak Islam dan terkeluar daripada agama Allah, seperti yang dinyatakan oleh hadis...
-syahadatul haq-

Apabila hati telah berkarat..jiwa menjadi keruh dan semangat kian pudar, maka kisah-kisah yang meniupkan semangat, kata-kata kiasan dan madah atau syair yang tersusun indah yang terkandung di dalam kajian-kajian ini adalah sebaik-baik rawatan secara halus. Ia mengandungi pengilapan, pelembutan, pembersihan dan nyalaan api.
-muntalaq-

Ya rabb..
jangan biarkan aku kelemasan..
dalam lautan tak bernokhtah
tunjukkan aku nur..agar aku mampu berenang..
meredah pekatnya malam..

telah berlalu hari semalam n aku telah bermimpi..
pedih sekali...agar tidak berulang..
akhirnya pabila sedar..
air mata berlinangan..
Ya Allah..jangan kau uji diriku..dengan sesutu yg aku tak mampu..
ibarat menunggu dalam sekam..
membara dalam rindu...Ya Allah..tabahkanlah hati ku ini..
bersuluhkan cahaya rembulan..
bersama alunan cengkerik..dalam sepi ini..pohon petunjukMU..

apapun yg terjadi..walau seribu kata membenci!
aku akan terus disini..
berjuang..n terus berjuang!

p/s : semoga apa yg berlaku..akan memberi pengajaran buat semua..insyaAllah..
adik usu : :)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:44 PM

************************

Wednesday, August 11, 2004

ade org tanya usu..perlu ke kawin? tak perlu rasa..tak kawin pun..boleh je sisters pergi sana..pergi sini..bukannye perlu brothers pun..?

actually usu tak lah nak jwp panjang2..taklah nak kata peranan 'baitul muslim' yg dah kahwin nie merupakan titik pertemuan n keserasian antara sisters n brothers..wp itu sepatutnya..
cukup usu nak jwp simple..sbb ade org tanya jugak..ape peranan org yg dah kawin nie utk sisters n brothers nie?
patutnya yg dah kahwin nie..dah naik selangkah tapak ke atas lebih dr org lain..kenalah jadi macam ummi n abi..kenalah jaga anak2 kat situ..
agak2nya apa peranan ummi n abi..
rasanya tak susah nak jawab...
bagi didikan..
bagi kasih sayang..
sekali sekala ajak kak long..kngah yg belajar jauh2 balik makan kat rumah..
pergi ziarah anak2..anak2 semua duk jauh2 kan..belajar..
dengar masaalah kak lang..adik..kak teh..
cuba solve problem kak yang, kak chik..
biar anak2 rasa ummi n abi sayang kat mereka..
biar mereka rasa mereka dilindungi..
biar mereka rasa mereka ada tempat berpaut..
ada tempat nak mengadu, merintih ..menangis..
biar anak2 tak segan cerita ngan ummi n abi..
ummi n abi patut hantar anak sekolah baik2..
kalau sekolah tak mampu bg ilmu islam..
ummi n abi yg kena bagi ilmu tue kat anak2..
kena didik kat rumah..
biar anak tahu perjuangan abi dia..
biar anak faham perjuangan ummi dia..
bukan kah begitu?
akhirnya anak2 akan warisi perjuangan ummi n abi..indahnya andai terjadi begitu..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:42 AM

************************

-Dakwah akan disambut oleh orang yang bersih fitrah dan nampak kebenaran walaupun terpaksa hadapi risiko - Islam perlu orang begini di sepanjang zaman!!!
Bila bilangan bertambah-->>>mehnah berlaku !!!


Kelihatan sangat mengkagumkan;di dalam masa tiga belas tahun pertama cuma tiga ratus orang saja memeluk Islam tetapi sepuluh tahun kemudian seluruh 'Arabia telah menganut agama Islam. Orang yang tidak dapat menyelesaikan masalah sulit ini memberi berbagai sebab yang pelek-pelek. Tetapi perkara ini terlalu nyata. Selagi hidup tidak dirancang mengikut ideologi baharu ini selama itulah mereka tidak akan faham apa yang hendak dilakukan oleh pemimpin agung jenis ini. Bermacam-macam kekeliruan muncul di jiwa mereka. Setengah mengatakan dia sudah hilang 'aqal. Ada yang mengatakan dia menerima wahyu dan begitulah komen mereka di atas perkara itu. Cuma manusia yang 'arif dan dapat melihat dengan nyata kesejahteraan manusia sahaja mempercayai Mubammad (s.a.w.). Tetapi apabila satu sistem yang syumul dibina, dari ideologi ini dan manusia selidiri mengalaminya; apabila mereka melihat sendiri kejayaan yang konkrit, fahamlah mereka apa yang menyebabkan hamba Allah ini menghadapi bahaya dan kesusahan. Lepas ini tidak ada ruang lagi untuk was-was, degil dan prasangka. Mereka yang dapat melihat dan waras tidak dapat menolak hakikat yang benar ini.

Saudara-saudara,
Inilah qai'idah yang dituntut oleh Islam untuk mengadakan revolusi sosial. Inilah cara menjalankannya. Ia bermula dengan seruan kepada Allah dan menjemput manusia meninggalkan hidup mementingkan diri sendiri dan pertahankan moral. Lepas itu ia mula bergerak ke depan. Manusia menganggap ini satu miracle (mu'jizat) dan tidak boleh berlaku lagi. Cuma Rasulullah (s.a.w.) saja patut datang dan melakukannya. Dari pengetahuan sejarah kita tahu itu adalah kejadian natural. Kita boleh dapati pertalian yang logik dan saintifik di antara sebab dan musabbab (cause and effect).

Jika kita bertindak demikian, Insya Allah kita akan mendapat keputusan yang sama. Telah menjadi kenyataan dalam tugas ini memerlukan kualiti kepercayaan, fahaman Islam yang sejati, satu tujuan, kuasa pengadilan yang kuat dan pengorbanan kepentingan sendiri dan tamak dengan sepenuhnya. Orang-orang yang kuat tekad dikehendaki di dalam tujuan ini dan apabila menerima kebenaran akan menumpukan sepenuhnya tanpa menghirau perkara-perkara lain. Walau apapun tejadi di atas dunia ini mereka tidak akan berganjak walau seinci pun dari jalan yang digariskan oleh Al-Qur'an. Mereka mesti bersedia mengorbankan segala prospek kejayaan di dunia. Mereka mesti tidak ragu-ragu lagi untuk memeranjatkan harapan ibubapa dan kawan-kawan. Mereka tidak boleh berasa hiba kerana terpisah dari keluarga dan sahabat handai. Mereka mesti bersedia untuk berjuang menentang apa saja: masyarakat, kerajaan, undang-undang, negara, negeri, dan lain-lain yang cuba menghalang pencapaian cita-cita mereka. Orang yang menjulang dan memuliakan perkataan ALLAH swt sahaja yang akan dapat mengulangi kejayaan Revolusi Islam tersebut sekali lagi.
Sekarang saya tamatkan subjek ini dengan kata-kata penutup. Saya telah menjalankan tugas saya dan saya telah memberitahu saudara saudara apa yang ada dalam jiwa saya.Tanggungjawab menukar hati anda bukanlah hak saya.
Sekian, terima kasih. Wassalam. Allahu-Akbar!

-petikan buku proses revolusi ISLAM -

akhirnya..
buat kesekian kali..
luka lama berdarah kembali
penangan demi penangan
kerana perjuangan silam
kembali menerpa
mencipta sejarah baru
dalam tinta emas..
yang dinostalgiakan..

duhai pejuang..
pasti generasi akan datang
tidak mengampunkan
ANDAI HARI INI KITA HILANG ARAH!!
sebutlah apapun..
berilah segala ideologi itu..
pokok tanpa buah..lif ke level 2..
yup..aku mengerti..n aku tahu hatimu..
aku telah berjanji..
berbai'ah pada ISLAM..wakafkan diriku..
takdir yang akan menentukan peghujung hayatku..

'Andai cuma ada 1000 pejuang Islam aku adalah salah seorang daripadanya, andai ada 100 pejuang Islam aku adalah salah seorang daripadanya, andai cuma ada 10 orang pejuang aku juga adalah salah seorang daripadanya, andai ada cuma seorang pejuang Islam, pejuang itu adalah aku!'

bak kata seorang teman 'takkan undur walau selangkah..takkan henti walau sejenak'

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:35 AM

************************

Monday, August 09, 2004

Suatu kehilangan yang sukar diterima..

kepada mereka-mereka yang telah kehilangan dunia mereka kerana mengorbankannya untuk akhirat yang kekal abadi..

'Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..
-Surah At-Taubah ayat 111-

Ku tabahkan hatiku harungi hidup..
Ya Allah tidak ku terdaya lagi..
Menahan dugaan yang mencabar ini..

hidupku bersamanya cuma seketika..walaupun kini ia tidak bersamaku lagi zahirnya.. namun rohnya akan tetap mengiringi perjalanan perjuanganku..kenangan sewaktu bersamanya antara yang terindah dalam hidupku..antara yang cukup berbekas di hatiku..walau hanya sebentar..ia tetap terlalu istimewa disisiku..tapi..mungkin yang terjadi adalah yg terbaik untukku..yang ku sendiri tidak mengerti..mungkin ada hikmah disebalik semua ini..

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..'
-Surah AlBaqarah ayat 216-

Kini..disini aku berdiri..bersama harapan yg tulis suci..
Agar terbitlah mentari pagi..
Setelah malamku berkalut benci..

Semoga ku tabah menerima keputusan ini seadanya..menerima apa jua takdir yg menimpa dengan redha..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-

sunnah perjuangan memang sentiasa diuji...ramai yang membenci..ramai jua yang iri hati..lumrahnya juga..masih ramai yang menyayangi..n masih ramai juga yang sentiasa menyanjungi..ujian adalah tarbiyyah..n tarbiyyah ini akan berterusan selagi nyawa masih di kandung badan..

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 23-

semoga akan sentiasa tabah...tidak lemah..tidak goyah..akan terus hidup bersama darah n dnyut nadi perjuangan..!!

'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman'.
-Surah Al-Imran ayat 139-

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan.'
-Surah Al-Imran ayat 200

yang teristimewa.tetap yg pertama..n yang pertama akan selamanya bertakhta..

'akhawatku..tetaplah di jalan ini..dan jangan kau biarkan dia akan kembali berseorangan..jangan biarkan dia jatuh untuk kali kedua..sekiranya itu terjadi..jawablah dihadapan Allah swt nanti..kerana kau telah menyebabkan dia tidak percaya lagi pada manusia..dia merasakan bahawa tiada harapan lagi di dunia..kau telah memberikan saham pada jatuhnya dirinya..bersedialah menerima bahagiannya!!'

p/s : ada sendu di hati BR yang akan kehilangan adiknya BR II..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:02 PM

************************

Aku anak pejuang!!!!



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:19 AM

************************

Thursday, August 05, 2004

selayang pandang..
fikirkan..
bertambahnya usia kita ..
apakah semakin jauh diri kita dari sistem harakah..
semakin jauh meresap ke dalam sistem tabi'e yg ada..akibat pertembungan yg nyata..
terkadang kita mengabaikan matlamat harakah n melonggarkan ikatan intima' yg mengikat diri kita..
kita faham tugas kita..
memilih dan mengumpulkan para pemuda - cerdik n berani kemudian mentarbiahkan mereka dengan pentarbiahan yang 'core' dan serius..

sebagaimana dinyatakan oleh Abu al-Hasan 'Ali al-Nadawiyy:

'Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.'..

tetapi sayang..terkadang kita lupa bertanya pada diri kita..
berapakah al-quran yang telah dibaca..
berapakah mad`u yang telah ditaarufkan..
kenapakah mudah kita lari dr matlamat ?..apakah yang menghantui pemikiran dan hati kita...
mengapa kita hanya membiarkan fikrah yang terpendam... sedangkan kita mampu mengejutkan mereka yg sedang lena tidur..
leka mengejar matlamat sendiri..?
hanya sibuk menyusun program? malu andai nanti ada yg bertanya..tak de program ke mid-term nih? sedangkan pernahkah kita memeriksa adakah program itu memenuhi matlamat sebenar kewujudan kita dalam masyarakat..

akhirnya..
sedikit demi sedikit..
manusia mula kehilangan thiqqah pada kita..
n kita akan menyibukkan diri ...n menyendiri..
apakah salah tarbiyyah kita?
apakah akibat proses pentarbiyyahan kita yg melompat2..?..
siapa harus dipersalahkan..?
apakah kita masih belum matang..?
apakah sistem harakah ditempat kita yg sudah beku n kaku..?..bukankah tanggungjawab kita utk menggerakkannya..hanya tinggal slogan semata tanpa ditajarrudkan?..
apakah kita akan futur setelah berjuang..
akhirnya...
kita akan punyai banyak masa terluang...
hingga diisi dengan perkara2 fardhi lain...
apabila kita tidak disibukkan dengan amal2 besar..masa kita akan diisi dengan perkara2 kecik..

kita perlu muhasabah diri..duduk sejenak..berfikir n bersedia utk berubah..
kita juga manusia yg sentiasa melakukan kesalahan..

kita perlu pastikan proses pentarbiyyahan kita terlaksana dgn menyeluruh dan seimbang..sedikit demi sedikit perbaiki kekurangan..
-apakah kita gembira andai dapat bekorban n berpenat lelah?
-apakah kita sentiasa beriltizam dgn amal imadah kita..fardhu mahupun sunat?
-apakah kita rindu utk jihad n mati syahid..
-apakah kita sentiasa berdisiplin dalam mematuhi peraturan n ketaatan..
-apakah kita masih mengharapkan pergantungan dunia?
-apakah kita mengharapkan kerja kita dilihat oleh manusia?
-apakah kita bersabar atas segala mehnah yg dihadapi?

apakah kita ini sebenarnya layak untuk menjadi salah seorang batu bata asas atau sandaran sebuah harakah?..sama2 kita renung n fikirkan utk kita sama2 perbaiki diri kita..?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:35 PM

************************

Wednesday, August 04, 2004

izinkan aku memanggilmu..

Setiap kali bangun dari kematian sementara
Selalu aku rindukan kata-kata penyemarak jiwa
Dari insan yang amat kucinta
Agar langkahku hari ini bermula untuk ad-deen
Agar hari ini kulakukan sesuatu untukNya
Namun aku sedar jasad itu tiada bersama
Hanya kata hikmahnya bermain di telinga

Sepi sendiri..
Rindu untuk sentiasa bersama
Sesekali menyesali
Kenapa kebersamaan itu singkat sekali
Tak puas rasanya merasa ketenangan itu
Dan tak cukup rasanya merasa bahang perjuangan itu
Tak sempat mengenali insan istimewa itu
Tak sempat mendalami jiwa perkasa itu
Namun
Kasih terus mekar
Rindu terus menjerat
Sakit tapi indah sekali
Kerana ukhuwwah dan ikatan atas cintaNya yang suci

Aku sedar diri ini hanya insan biasa
Bukan harimau yang meniggalkan belang
Hanya singa kecil yang meninggalkan bangkai

Tapi..

Izinkanlah aku memanggilmu...
Supaya dapat aku rasakan darahmu mengalir dalam tubuhku
Agar ruhmu meresap ke jiwaku
Agar aku menjadi setabah dirimu
Agar aku bisa menjadi pejuang sepertimu
Agar mataku setajam matamu dalam melihat reality ummah
Agar telingaku sepeka telingamu bila mendengar rintihan dunia
Agar lidahku sepetah lidahmu meyampaikan yang haq
Agar tanganku sekuat tanganmu menggenggam panji kebenaran
Agar langkah kakiku segagah langkahmu mengorak derap perjuangan
Agar akalku sepintar akalmu mangatur strategi
Agar hatiku lembut tapi tegar, seperti hatimu yang sensitive namun berani
Nur di wajahmu sentiasa menerangi sesiapa yang kau dampingi

Limpahan kesyukuran kupanjatkan padaNya
Kerana mempertemukanku dengan insan sehebatnya

sebak..pilu...
hanya Allah yg tahu...

'Dan jika kamu menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta negeri Akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang amat besar kepada mereka yang membuat amalan yang baik di antara kamu'

ya Allah beri daku kekuatan..
untuk tempuhi dugaan yg mencabar...

-aku anak pejuang-
istisyhad!!

k.ngah : sbb nie bukan utk ummi..ummi pulangkan utk kngah..:)..really miss u..
4 sahabat di BR..khalid, hamzah, nusaybah..thalhah...jgn nakal2..nanti ujung minggu nie nak jalan..;)..jangan meragam selalu especially hamzah...nanti tunggu pakcik balik yea hamzah...bawak bersabar..;)
adik usu : ye..ye..adik balik....
nadia : hampir ku lupa kisah itu..
fiza : jgn lupa call ek..usu tunggu di BR..:)
hasni : ooo...ajak pakcik gi perth ek...nak pergi jugak boleh?..:)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:11 AM

************************

Sunday, August 01, 2004

ya rafiqa darbi..
la tansa ahdan katab nahu..ma'an fi rihlatil amsi..
semalam..bersama teman lama....lantas..memori lama ligat menerjah minda..bagaikan meronta agar dikenang..terkadang rasa tidak adil..yang baru dipegang..yg lama seolah dilupakan..
lantas diselak kembali helaian sejarah lama..melihat kembali gambar usang yg disimpan..tidaklah begitu jauh ditinggalkan sebenarnya...
satu..satu..
menaiki bot di sungai Nil di kala senja, membeli belah di Khan Khalili, atabah dan Asfour..membeli inab, zaitun, khukh..
berjalan-jalan di kubu Salahudin sambil membuat game...

mencari harta karun di hadiqah dauliyyah...melepaskan lelah imtihan di laut tujuh warna..mendengar kisah n sejarah di Maqam Imam Syafie, Maqam Ahli Bait Rasul SAW, Maqam Para Auliya', Maqam Nabi Daniel, Nabi Soleh, Nabi Harun, Abi Darda', Luqman Al Hakim....mengambil iktibar tatkala melihat piramid di Giza.... Luxor, Hamam Firaun..


seni bina Cleopatra di Matruh..subhanallah..matruh...kenangan di sana..indahnya ciptaan Allah!.., Siwa, Aswan..kincir air.., Tasik Qarun, istana Qarun..

membina diri n muayasyah bersama teman...menaiki basikal..keliling muntazah...melihat Istana Raja Farouk n 99 gundiknya di iskandariah..membaling bakul dari tingkat 4 utk membeli 'ish..melompat menaiki bas n ven..berjalan hampir berbelas km..merentasi hayyu sabie'..hayyu a'syir..hinggalah ke ma'had iqra'..sesat di atabah..lautan manusia..menaiki metro anfaq..bergaduh dgn pak arab..pusing mencari rumah..berpindah randah beberapa kali setahun...n seribu satu zikrayaat..
n yg pastinya sinai.....merupakan sebuah dataran yg mirip sebuah pulau.. diapit 2 teluk Suez & 'Aqabah. Dgn keluasan 61 ribu km & d'bhg dgn 2 wilayah, Sinai Utara (Ariesy) & Sinai Selatan (Al-Thur)..Tidak kurang 15 kali Semenanjung Sinai ini pernah djajah semenjak zaman Mesir kuno lagi..terakhir dlakukn oleh Israel, namun dpt dtawan semula sewaktu Perang 6 Oktober 1973.
pelbagai peristiwa kenabian pernah berlaku dsini. Mulai dari Nabi Ibrahim dlm perjalanan ke Syam, Nabi Musa yg bbicara dgn Tuhan di Lembah Suci Sinai (Wadi Muqaddas Thuwa, Al-Thaha ; 12). Makam Nabi Saleh & Nabi Harun jg t'dpt disini. Penaklukan Mesir yg dpimpin Amru b Ash pun melalui dataran ini...

album lama ditutup kembali..moga zikrayaat semalam akan dijadikan lonjakan utk membuka lembaran baru hari ini..mungkin ditempat lain..n mungkin juga akan kembali..rindu utk bersama dgn teman2 lama di sana..sesungguhnya..walau sebentar..bekal yg diperoleh..moga cukup utk perjalanan yg panjang..bukan tempat yg menjadi ukuran..benar..tanah tidak mentaqdis manusia..

namun..hakikatnya..walau seluruh dunia ku jelajahi..yang pertama tetap kan selamnya berbekas di hati..jaipetra..selamanya bertakhta..bukan kerana nama ..bukan kerana rupa..jaipetra tiada autumn..tiada winter seperti di oz..bukan bumi anbiya seperti di mesir..tiada kacang cerdik murah seperti di brunei..tiada nutella..;)..tiada segala-galanya andai diukur dgn material..

jaipetra cuma ada bangunan usang utk pelajarnya melepaskan lelah..cuma ada bilik kuliah utk menadah ilmu..cuma ada itu..cuma ada ini..tetapi...jaipetra pernah memberiku suatu yg tidak terbanding nilainannya..lebih dari dunia n isinya..terima kasih...!



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:06 AM

************************