Wednesday, September 29, 2004

salamullah 'alaik..warahmatuh..wamaghfiratuh..

Setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang Allah rahsiakan..akal manusia tidak dapat menjangkau rahsia di sebalik setiap yg berlaku..yang kita rasa baik tidak semestinya baik di sisi Allah...yang tidak baik pd kita, tidak semestinya tidak baik pada Allah..kita cuma nampak apa yg dizahir..pada hal dalam perhitungan Allah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi disukai Allah...
Firman Allah S.W.T yang maksudnya : 'Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah..kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (A n Nisaa':19).

Ketenangan jiwa diperolehi oleh orang-orang yang pasrah menerima sesuatu itu sebagai ketentuan Allah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya: 'Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.' (Al Anfaal:2)

hari hari yang di lalui..semakin hari semakin perit..semakin hari kian sukar..

ingin dibina..kota kita..
mencari satu kalimat..dari sebuah perjalanan..
yang telah ku temui penuh keasingan..
dengan siang berwajah malam..dan segalanya sendirian..

dunia kita..kota kita..
tidak lagi ku memimpin kerikil batumu
yang kupimpin adalah hatiku
di bawah basah angin..
ke dunia luas lagi terbuka
bagai pahlwan yang kehilangan medannya...
dalam rakus arusmu
kau menapak usai.

mengapa harus bertanya?
sedang jawapan tersedia ada!
ruang dan waktumu
pasti mencatatkan milik
pada pertanyaan terakhir..

n akhirnya..
jalan terlalu berliku
untuk tiba di hujung rencana.

akan terus merangka n terus merencana
walau sukar n berliku..
merangkah n bertatih antara titian duka..
antara ranting masalah..
n duri2 ancaman..
mencantas segala lalang..pertajam keris kehendak..
n parang perencanaan..
mari bersama ..cerahkan jalan ini!!
antara dua kita dijanjikan...

exam: 4 oct - 26 oct 2004 ..bila la nak abis..;( ..lps tue cuti..:)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:10 AM

************************

Wednesday, September 22, 2004

Sudah ada antara kita meredah kerja dakwah melebihi 30 tahun
Sudah banyak pahit maung dirasai
Sudah banyak pengalaman ditimba
Sudah ada antara kita yang menjengkau usia tua

Anak-anak sudah ramai yang meningkat usia remaja
Telah ada yang mencapai usia matang dan dewasa
Malah telah ada yang menimang cahaya mata
Tetapi, semuakah mereka berada dalam saf dakwah?

Pernahkah kita bertanya pada diri
Sudahkah anak-anak terjamin akan mewarisi?.
Ataukah sebenarnya mereka telah jauh sesat diri
Ataukah kita sendiri yang telah menyesal menjadi da'ie
Dan tidak lagi merestui anak mengikut jalan ini
Atau memang ia kecuaian diri

Anak-anak yang telah remaja,
Dulu kamu dikilik ke hulu ke hilir menghadiri program dakwah
Di dalam dan di luar negara
Kamu tidak tahu apa-apa
Tetapi kini kamu telah mampu menilai
Telah kamu tentukan di saf mana kamu berada

Mari kita renungi bersama,
Mari kita insafi semula
Semoga taufik yang maha esa.

-UAO-

kenangan lampau menerjah kembali..
biarkan ia pergi...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:55 AM

************************

dalam diam..tanpa kata..
air mata terbayang..tiada berlinang..
berkaca...
dan akhirnya..
saat air mata jatuh..
ingin kubiarkan..
dan angin yang bertiup..
dari riak kesedihan menuliskan bait kata..

aku telah mengemudikan laut..
mengharungi buih-buih ombak
sebagai deru penepis gelisah..
namun..
pagi itu kuterima bingkisan waktu
tanpa menemukan jejak pengirim..
hanya mohon doa pada yg ESA..
agar tidak diuji..diluar dayaku..


2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta..

- dapat dengar suara linda dari jepun..dapat dengar suara indon..dapat dengar suara dr oz..suara dr mesir..suara dari jauh..namun dekat sungguh dihatiku..
-'saling memerlukan n mengharapkan..tangis gembira..saat bahagia..moga kan kekal..menuju ke syurga...andai terpisah itu ketentuan'-

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:13 AM

************************

Sunday, September 19, 2004

lama tak menaip..mengetuk keyboard..
agak kecewa dgn beberapa perkara yg berlaku..hinggakan terkadang kurang percaya dengan manusia? wallahua'lam..
terlalu cepat hati berubah.. bukan kerana pantai n ombak bergelora..
mungkin kerana goncangan dunia?
masih belum matang?
tajarrud?
hilang thiqah?
terfikirkah kita...
bila mana kita tidak setia dengan bai'ah n janji kita?
redhakah kita...larut dengan arus dunia!

kita perlukan..mujahadah yang panjang, tarbiah yang tenang dan mendalam, ilmu yang mengawal dan pemikiran yang bersih..
kesungguhan n keikhlasan..suatu ketika dulu...apa titik tolak kita terlibat? fikirkanlah..tidak akan membuahkan hasil kecuali sesuatu yang ditanam dan selama ia tidak ditanam ia tidak akan tumbuh..dan kalau pun tumbuh ia tidak akan berbuah dan kalau ia berbuah, ia tidak akan menjadi sempurna..mungkin boleh tercabut oleh selembut lembut tiupan angin atau akhirnya tumbang sendiri..

berterusan n tetapkanlah langkah..serulah manusia pada hidayah..('ya rahman..bantulah kami..berilah hidayah kepada dunia'..maaf mirwana..kata2mu ku pinjam tanpa kebenaran..;))
seruan pertama rasul..diungkapkan dalam satu hadith (hadith nie special dedicated utk kak yang..;)):
'Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)'[Muttafaq 'alaih)
versi lain dari yg org asli tuh..;)

generasi awal..mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka..menjadikan ia tampak di hidup di mata yg melihatnya..menjelmakannya dalam setiap gerak n langkah..hingga akhirnya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan diam mereka..

Qatlana Fi al Jannah ..Wa Qatlakum Fi an Nar..

agak kecewa....kita akan cuba lagi..?
...
k.ngah : semoga Allah berikan ketenangan..
k.lang : thanks 4 everything..
baba : nape tak boleh je call..?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:58 PM

************************

Tuesday, September 14, 2004

alhamdulillah..
tak kosong ruang ini ..adik dah kembali menulis..alhamdulillah..
sekadar sedikit peringatan dari qabasat min rasul..

'sekiranya berlaku kiamat sedangkan tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala'..

suka nak nukilkan terjemahan hadis ni kerana kaitannya n pengajaran yg khusus buat para du'ah..dimana para du'ah merupakan satu golongan yg banyak terdedah kepada penyakit putus asa n amat perlu kepada istiqamah n teguh di dalam dakwah..setiap dari kita yg melakukan sesuatu kerja akan terdedah kepada perasaan putus asa...memerlukan support n motivation yg berterusan..lebih2 lagi..para du'ah..matlamat para du'ah adalah jauh dan halangan yg mereka hadapi tidak mudah ditundukkan..golongan daie tidak berinteraksi dengan alat..jentera atau mesin2..tetapi mereka bermuamalah dengan jiwa..jiwa adalah lebih keras dari alat n mesin jentera..lebih kuat untuk menolak n lebih mudah untuk menyimpang n menyeleweng!

apabila sampai suatu ketika..manusia akan menolak apa yg dibawa oleh para du'ah..racun ini akan melarat kesannya..penentangan dilakukan..mereka enggan untuk menerima kebenaran..ketika inilah golongan du'ah akan putus asa..berasa lemah..
kecuali mereka yang ruhnya hidup n bersinar...kecuali org yg berupaya menanam benih tamar biarpun seketika nanti akan berlaku kiamat..
maka..para du'ah adalah mereka yg paling perlukan pengajaran ini..hadith pendek ini..tak perlu ayat berbunga2..pendek..ringkas..tetapi makna yg mendalam..

golongan du'ah perlu mengambil iktibar n semangat dari rasulallah saw untuk menerangi kegelapan putus asa n menanam benih harapan dalam jiwa mereka..
laisa takalluf binnata'ij..yang disuruh hanyalah bekerja!..bekerja! curahkan segala tenaga n jangan fikir tentang hasilnya..inilah kewajipan para du'ah..inilah peranan para pengislah..kewajipan n peranan pengislah selesai disana..ketika menanam benih.bukan ketika memetik buah..
bukan kerja golongan du'ah untuk menentukan hasilnya..mereka tak punya ilmu ghaib..tak punya kuasa..hanya menyerahkan segalanya pada kuasa yang ESa..menyerahkan apa yg di tanam agar DIA memelihara n mengeluarkan buahnya..

yg penting..tunaikan peranan sekarang..n dijemput pergi mengadap yg ESA..selepas itu..datang org lain melihat tanaman itu..mengasihinya ..lalu menjaganya hingga ia tumbuh membesar n berbuah..

mungkin ada antara para du'ah yang bertuah menurut mizan bumi disebabkan dapat melihat natijahnya tika hayat masih di kandung badan..
tetapi..mungkin tika ia berbuah...mereka telah pergi..
keduanya adalah sama..tiada beza!
ini adalah hadith yg penting untuk para du'ah...ketika ia menyeru kepada manusia pada pengislahan..jangan persoalkan bagaimana ia hendak membesar sedangkan angin n musuh di setiap penjuru?...itu bukan peranan mereka..serahkan pada Allah!

akhirnya...jiwa ini akan tenang..kerana telah meletakkannya..di tempat yang sebenar..n Allah memelihara n memelihara dirinya...

-namun harapnya hanya pada yg ESA-
...bekerja hingga detik2 terakhir!!!!
...bekerja di dunia untuk mengejar akhirat n beramal untuk akhirat dgn bekerja di dunia!!!!!!
...seeru ala barakatillah..Allah akan permudahkan jalan INsyaAllah!;)
...sisters..selamat bermusafir...famsyuna fil 'ardh..;)
...jaga kesihatan..kena makan..keje nak buat banyak..;) (yg ni lebih pada diri sendiri :))
...hub fillah..ima n hasni di perth..rupanya ima dah pernah jumpa usu..afwan ek..pelupa skit..:)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:17 PM

************************

Yang sentiasa berada di sisi hatimu, untuk menilai apa yang ada padanya adalah Allah...
Biarlah mizan untuk kau mengukur sesuatu mengikut piawai keredhaan Allah...
Sekiranya manusia menimbang sesuatu yang ada pada dirimu dengan timbangan yang lebih rendah, usahlah khuatir kerana Allah jua akan memberatkannya. Sekiranya manusia memberi pengiktirafan kepadamu, beristighfarlah kereana andainya ia rendah di sisi Allah, moga Dia mengampunkanmu... Dan andainya benar pun ia setaraf, Allah sahajalah segala pengiktirafan dan pujian selayak-layaknya.

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **6:48 PM

************************

Sunday, September 12, 2004

Sitting here in front of my laptop, facing the South building of College Square, what a boring scenery. Alhamdulillah there’s the sky as something to ponder upon. As stated in the Al Quran, "Who has created the 7 heavens one above another; you can see no fault in the creation of the Most Gracious. Then look again: "Can you see any rifts?" Allah has created the sky, useful, only for those who gives the effort to look up, stare and ponder upon what has been created for the human, to think! I like the sky, in the Al Quran, quite a number of times stated about the creation of the sky. How the night covers the day, and how the day covers the night. How the sky depict the irony in human behaviour, how human fear for the lightning and bolt and at the same time hope for the rain to fall. How the sky at night, being decorated by stars and moon, the stars give guidance for the traveler, the moon marks how days elapsed. How the cloud contained water and pour the rain. When the sun rays shine through the thin showers of rain, the rainbow will be formed. How beautiful. Masha-Allah. Subhanallah. I remember about my early days of becoming an active blogger, most of the words that I typed were more about expressing myself, elaborating on feelings and emotions and recalling my experiences. The wise people saying, "orang yang paling cetek ilmunya adalah orang yang suka bercerita tentang dirinya sendiri" . Another wise person’s saying, "seremeh-remeh manusia adalah yang suka bercerita tentang diri dan keluarganya". For such a long time, I no longer write about myself, "Gusar… Saya gusar tergolong daripada salah seorang yang dangkal ilmu dan remeh." I browsed thoroughly my early entries in Raqaiq, I smiled and even laughed, and somehow almost cry. Most of the entries are being made when I was back in Malaysia for summer holidays. During that time, I was in the state of confusion, anger and dismissed by rationale and I wonder where did I misplace my iman before writing such nonsense. Rasulallah said, "fal yaqul khairan au li yasmut" – Talk* only good or else be silent! *(may be write/type as well :P) Let me recall, hmm… Most of the stories about how I’m facing with my family members after I went through a number of personal changes. How I’m running away from problems by ber"uzlah", yup2.. I am indeed not a talkative person at home (those who know me may be laughing at this time :P ).. Huh, how immatured. Lalala… Now, I’m looking forward of going home… With another point of view in mind, not fear but hope "We were moving mountains long before we could … " Si Tenang (bukan dugong tu..) Tenang… Insha Allah, I had chosen this path, and hope that I will hold steadfast, insha Allah.. With the support of supporters or opposers… They indeed make me strong . Imam Ghazali said, "when you see someone with misconducted behaviour, be thanked to him as he is your teacher who teaches you not to follow his steps". Allah has said in the Quran, those who receive His guidance, will feel neither fear nor sadness. Allahuakbar!

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **6:19 PM

************************

Saturday, September 11, 2004

langkah pertama untuk meletakkannya didalam hati..
berpindah dari satu hati ke hati yang lain..
akhirnya mereka berangkat bersama2 dalam satu angkatan..dalam satu jalan dakwah n jihad!
jalan yg cukup panjang, asing n terlalu sukar..
penuh ranjau..namun pasti akan tiba di penghujungnya..
jalan sebagaimana generasi pertama di bawah pimpinan kekasihNya..

jiilu fida'un..jiilu hijarah...bainal khaima' wal bayyarah!
perlu ada yg memulakannya di setiap tempat..
dgn penuh jiddiyah n keikhlasan..'tiga orang akan bertambah menjadi sepuluh orang dan dari sepuluh akan menjadi seratus, dan dari seratus menjadi seribu dan dari seribu menjadi dua belas ribu.'

kita sudah ramai ulama'..ramai tokoh ilmuan..tetapi kita kurang manusia yg menjelmakan fikrah itu dlm kehidupan..yg menampakkan ia sebgai suatu yg hidup..perlunya satu kumpulan manusia yang benar-benar beriman dengannya, beristiqamah sedaya mungkin dan kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan manhaj tersebut di dalam hati dan kehidupan orang lain..kita kekurangan manusia seperti ini..

bangkitlah .. n berusahalah kearah kebangkitan islam..biarpun jarak masa yg terlalu jauh antara keduanya..antara usaha n waktu islam akan memegang tampuk pemerintahan..

Sabda Rasulullah S.A.W. : 'Islam akan kembali semula menjadi dagang (asing) sepertimana ketika ia mula-mula datang..
itulah islam..bermula dengan dagang kemudian menjadi kuat dan terus tersebar luas..akhirnya ajaran itu akan mula terhakis sedikit demi sedikit..n akan mula menjadi asing kembali..

...............

keriuhan ini
tiada siapa menyedari
suram n habar..
tiada lagi kedengaran
gurau senda senyum tawa
semakin jauh menghilang

keletahnya..
menyentuh hati..
membasuh duka yg sendu
membuatku tersenyum seketika
walau dalam hiba dan sayu..

pasti..dia kan ku rindui selalu..
pejuang kecilku!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:25 PM

************************

Thursday, September 09, 2004

PERANTAU
The Zikr
http://agusw.cjb.net

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah..

terlalu bnyk perkara yg berlaku dlm minggu nie..
insyaAllah akan cuba dicoretkan..seandainya punya waktu..
minggu ini juga mungkin KLIA dalam sejarah..selalu sgt pergi KLIA..;)
minggu ni juga tak leh study wp esok exam..sibuk ajar lagu arablah...melukislah..baca quran..belajar membaca..pejuang kecik! ehe..nanti bila balik brunei..jgn nangis ingat acik usu..;)
minggu nie juga menyaksikan air mata di terminal one..;)..sungguh menyayat hati..semoga ada pengajaran untuk ana..macam tak sanggup je..;)
minggu nie juga ada peristiwa yg tak mungkin dilupakan..
bermula kisah sedih..
kisah kelakar ..
sampailah kisah pakcik di sangka penceroboh rumah n pencuri kereta..nasib baik belum sempat dibelasah..;)

p/s : doakan esok 9 am perikse finance..!

-mengintai ketenangan diantara kekalutan- ku memohon ketabahan!..ku minta diberikan sejenak kesempatan..


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:34 PM

************************

Saturday, September 04, 2004

tiada balasan..dan kau cuma diam..
seakan mengelak bila ditanya..
membisu seribu bahasa..
ingin ku meneka..
ada hasrat sudah terungkap
menjadi debu di angin lalu...

lalu ku hulur kemaafan..
agar ku bisa mengutip mutiara iktibar..
namun..terus kelu tanpa bicara

antara daratan hijau dan laut membiru
bahtera yang kau tinggalkan
penuh nostalgia ini..tidak pernah sunyi
Semoga..saat kau berangkat..bekalmu telah sarat

-betapa dalam hiruk pikuk kehidupan...hati kita kian kontang-

kak lang : sabar ek..
kak yong n kak chik : jalanlah diatas muka bumi Allah..moga sentiasa bahagia dunia akhirat..
k ngah : miss u alwiz..fillah..tangis dalam diam tak terluahkan.:(
kak long : rindu kak long..kelakar dengar kak long mentafsir mimpi dua manusia yg penting untuk kak long..;)
nadia : lama tak dengar cerita..
janna : cepat lah..nak maqlubah..ehe..
linda : dah ok nanti..kita sembang panjang ek..:)thanks 4 everything..
nurani : tak sedih la..hepi sokmo..:)
kuntum : datang selalu..
adik usu : kita..n kita...

semoga setiap amal kita kerana Allah..mati kita..hidup kita..kerana Allah!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:23 PM

************************

Thursday, September 02, 2004

Inginku menjadi seorang penyair..yang menarikan pena didada sahifah..
Inginku menjadi seorang pelukis..yang bisa menterjemah seraut wajah..

Bagaikan sapaan angin..lembut terasa..terjahannya menyelinap ke ruang paling dalam..menelusup ke lubuh hati, moga akan hadir 'keteguhan'..akan hadir 'keperkasaan'..moga tetap pendiriannya..tetap thabat n utuh atas jalan ini..agar mampu dihalang segala kelemahan n cabaran..hingga akhirnya akan tetap berjuang ..sehingga mata terpejam rapat di pembaringan..

Sahabat seperjalanan..
Manusia sering dikaikan dengan lupa n alpa..sinonim sungguh insan n nisyan..hati juga mudah berbolak balik..kerana itu qalb sering dikaitkan dgn yataqallab..cepat berubah..pagi kata lain..petang lain pula suaranya..bagaikan pepatah muda mudi kini..sedangkan pantai berubah..inikan pula hati manusia..

Memahami erti sebenar sebuah perjuangan amat sukar..menjalani satu perjuangan dengan tekun, gigih n sabar lebih sukar..namun menjaga kesinambungan n memastikan penerusan sebuah perjuangan hingga ke akhir hayat adalah jauh lebih berat..memastikan tidak tersungkur hingga ke denyut nadi nafas yg terakhir..jauh lebih berat n sukar..sedangkan perjuangan itu tidak dinilai diawalnya, tapi diakhirnya..

Gejala futur dilihat semakin membimbangkan..penyakit yg cukup ditakuti terjadi pada mereka yg bergelar pejuang..sms yg diterima semalam..membuatkanku tersentak seketika..rupanya..hingga kini..'baba' tak akan mampu melupakan nostalgia n kisah kita semalam..peritkan?....untuk mereka yg pernah menghadapinya tentu ia menjadi satu igauan buruk .. kerana suatu masa dulu ia pernah melukakan n mengecewakan..future adalah penyakit yg menimpa secara praktikal..kemalasan..lambat..menunda-nunda kerja..segalanya merupakan tanda awal sudah dihinggapi penyakit tersebut.. kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali..na'uzubillah..

Mengiktiraf kita antara gerombolan pejuang taklah terlalu sukar..melantik jiwa dan diri ini sebagai sang pejuang mungkin jua mudah...namun dalam melalui kehidupan sebagai seorang pejuang..tak dapat tidak..tak mungkin seorang pejuang dapat lari dari sunatullah..tak kan lari dari ditimpa ujian n mehnah yg menghalang perjalanannya...kerana tapisan akan terus berlaku bg menguji yg mana antara kita benar2 ikhlas..benar2 mampu berkorban..sehingga akhirnya ada diantara kita mengadu n timbul perasaan lemah, letih, tidak bersemangat...

sahabat seperjalanku..hari2 kita meniti jalan ini bersama..
Kini, yang tinggal adalah bergantung pada diri sendiri..walaupun bi'ah sekeliling mempengaruhi..namun kita sendiri yg akan memutuskan..qalb ini yg akan membuat pilihan.. teruslah mencari bekalan dan seterusnya teruskanlah perjuangan..tanpa rasa penat, jemu n bosan..pohonlah kepada Allah agar membeli sedikit persembahan kita.

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang ruku' yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu'min itu'. (At- Taubah 111-112)

sahabat-sahabat seperjalanan..
alhamdulillah..kita rafa'kan pada yg Esa..andai hingga hari ini..detik ini, waktu ini..saat n tika ini.. kita masih lagi dipilih sebagai salah seorang dari pejuang-pejuang dan penolong-penolong agama Allah, tapi adakah kita pasti esok lusa, kita masih berada disini?..berdoalah agar kita akan ditetapkan iman..
sahabat..andai aku tersungkur..pautlah tanganku kembali..andai aku terjatuh..pimpinlah diriku ini..andai aku tersasar..betulkanlah aku..marilah kita bersama2 mencari syurgaNya..dalam redhaNya..

dan akhirnya aku ingin menjadi seperti dia..
yg tak pernah mengadu..
Apakah engkau merasa keletihan?
Sungutan tidak pernah engkau lakukan.
Kesalan tidak pernah engkau katakan..
Engkau menghadapinya dengan ketabahan.
Walau tak sunyi dgn penderitaan..

Tidak senang dirimu melihat manusia sekitar..
mereka bergelut pada kejahilan
berpeluk pada kemungkaran, bertuankan sekularisme
berkiblatkan kezaliman, bermahkotakan kekayaan dunia

dan kita..
walau kita dipisahkan..
Jauhnya jarak diantara kita
Tidak pernah menjadi penghalang
Bezanya tanah yang kita pijak
Tidak pernah menjadi pemisah ..
Kita akan terus bersama..
Selagi kita terus di jalan ini..
Selagi kita tetap pada janji..

Kaifa ijtama'na..
Kaifa ittaqaina..
Wa kaifa iftaraqna..
Aturaka zalikal ahdal qarib..

terima kasih atas segalanya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:17 AM

************************