Tuesday, October 26, 2004

26 oct 2004..

Fikrah yang hidup dalam hatinya..
Menanamkan ruh yang dapat menteteramkan hati..
Menampakkan diri dalam rentaknya yang bersahaja..
Memancarkan sinarnya yang memberi ilham..
Menembusi hati n jiwa..

Fikrah islamiyyah yang sebenar..
Bagi mereka..ibarat sebuah bencana atau kiamat?
Mereka melontarkan isu?
Mengapa agama di campur aduk dengan politik?
Dengan kepimpinan?..dengan jihad?
Dengan kekuatan n ekonomi?
Dengan daulah dan tentera?
Kerana itu.
Dia dimusuhi..
Target dendam n irihati!

Dia..
Memiliki kemahuan yang keras..
Semangat yang bergelora..
Kegigihan n ketekunan..
Kemampuan ilmu yang mengakar..
Allah mengalirkan ilmu di lubuk hatinya..
Memenuhi lisannya dengan kefasihan..
jua kelembutan

Dia tidak meninggalkan apa-apa..
Hanya menyeru kalimatullah kepada umat manusia..
Menyampaikan yang tersembunyi didadanya..
Menyeru kepada jihad..hingga pada mengorbankan segalanyanya..

kerana itu..
Semua kekuatan memusuhi dirinya..
Didepannya ada dendam kesumat..
Didepannya ada kebodohan masyarakat
Didepannya ada tipu daya..n helah dunia..

Dia adalah orang yang ditapaki fikrah..
Mengalir di akal, hati n nadinya..
Sehingga tak tertunduk pada kehendak peribadinya..
Dengan takdir Allah..dia harus menghadapi segala apa yang ada didepannya

Dia adalah kekuatan besar yang dimiliki kehidupan..
Yang dikehendaki oleh Allah melakukan pembaikan..
Yang ada pada dirinya..jauh ke ufuk..tergenang n diam..
Diantara getar-getar kehidupan..

....

angin..kau nyayikan lagu..untuk permataku..tenang selalu...
bayu..sampaikan berita..daku kini ceria..aman n bahgia...
selimutkanlah rinduku..bersama malammu....
(permataku-mirwana)

satu lagi lagu yg menemani..dikala memandu sendirian..;)
-walau tak pernah bersua - aku kan tetap setia selama-lamanya..
engkau teman..dikala suka n duka... (khalifah pertama-mirwana)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:24 PM

************************

ada teman bertanya..
utk sapa entry..fikrah yg hidup dalam hatinya..
acik istisyhad jawab : utk dia yg berani!:)

'setiap kali suria memancar..
setiap kali purnama berselindung..
kecamuk fikiran menghantui..
zahirnya tersenyum..
memerangi dukaku semalam
yang terhimpit di celah-celah
gelegar resah..
yang pasti..
walau apa terjadi..akan terus disini..
berjuang...
hingga kita terkorban!

-jumpa seminggu lagi-
pergi bermusafir...doakan selamat pergi n selamat kembali.
kalau tak kembali pun..itulah yg terbaik ketentuanNya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:15 PM

************************

Sunday, October 24, 2004

bulan ramadhan..
-turun wahyu pertama-17 ramadhan
-17 ramadhan-jumaat-badar alkubra-peperangan pertama dlm Islam menentang org musyrik-sangat penting kerana ia menaikkan kalimah Allah n menguatkan kedudukan Islam di Madinah n Jazeerah Arab-2 hijrah
-Fathul Makkah-10 ramadhan-8 hijrah-tanda berakhirnya kuasa kafir Quraisy n Makkah n permulaan kepada pengislaman seluruh tanah arab.
-Kemenangan umat Islam ke atas kerajaan Farsi - perang Al Qadisiyyah - 15 hijrah - panglima tertinggi Farsi Rusam terbunuh..nisbah bil tentera Farsi : tentera Islam = 6 : 1
-Peperangan Ain Jalut diantara tentera Islam dgn Monggol! - tentera Islam dibawah pimpinan Muhammad Saifuddin Qutuz, Monggol-Hulagu Khan - berlaku pd 24 ramadhan - pemimpin tentera monggol terbunuh dlm peperangan - Kitbuka...imagine bejalan 10,000 km tak penah kalah..macam gerombolan belalang...citenye sgt best..kena dengar sendiri..;0 ..berlaku pada 658 hijrah..utk mereka yg expert dgn graf bainal ams wal yaum..yg memandang tiap2 hari...;)..mesti tahu nak letak kat mana kan tarikh2 nih...;)
-Penakhlukan Andalus (spain) bermula pd 28 ramadhan - tahun 92 hijrah - bermula dgn Tariq Ibn Ziyad n diikuti dgn serangan dr Musa Nusayr
-Peperangan sittah october '73 -sgt glamour di mesir sampai ade satu tpt name sittah october! antara Mesir n Israel - sgt hebat!!! dgn segala kedaifan tentera Mesir berjaya menewaskan tentera Israel..tak ingat dah detail ..pendek kata..Pembebasan Sinai dari cengkaman Yahudi berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.

bulan ramadhan..banyak peristiwa berlaku..badar..fathul makkah..prg Buwaib..pembukaan andalus..perang al mu'tasim..ain jalut..nak cerita panjang sgt..tp menunjukkan..hebatnya sahabat terdahulu..ramadhan meniupkan roh mereka ..lg semangat juang..bukan ramadhan sebagai bulan malas n tidur semata..
..watak n lokasi sahaja berbeza dalam sejarah..tetapi..jalan ceritanya punya plot yg sama...n utk yg akan datang..begitulah jua..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:17 AM

************************

Thursday, October 21, 2004

hampir 4 jam menjawab soalan finance..
kepenatan..
hanya mampu ucap alhamdulillah ..subhanallah..
fikiran agak tertanggu..tak dapat baca..baca pun tak sampai ke hati..
at last..dalam 27 chapter..pilih2 exercise n letak dalam sekeping kertas yg boleh bawa masuk exam..
kemudian..jalan2...n buatlah kerja yg sepatutnya...3 hari sebelum..tak dapat baca apa2..
akhirnya apabila buka kertas soalan..Allah takdirkan..
sebijik dgn apa yg ana copy exercise dalam buku..
masyaAllah..
copy je dr kertas..;)
kepenatan..tp puas!
3 soalan copy penuh...lg 6 tukar figure je..;)
antara beratus exercise...Allah tentukan 9 darinya..syukur..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:37 PM

************************

Tuesday, October 19, 2004

Ummu usamah..setabah n secekal ummu usamah !

...setelah pemberian keringannan terhadap Hudhaibi, dari hukum mati menjadi hukum kerja paksa seumur hidup, berkat bantuan Raja Arab tersebut...ummu usamah menulis surat ini..tandatangani oleh dirinya dan ketiga orang puterinya....

'Wahai Tuan Raja yang mulia, sesungguhnya saat kami mengucapkan rasa terima kasih yang tak terhingga, atas kepedulian Tuan yang mulia, kami ingin menegaskan, bahawa kami selalu berada dalam kontrak janji dengan dakwah dan jihad, baik Hudlaibi syahid atau hidup lebih lama lagi. Roda pertempuran tidak akan pernah berhenti. Sebab pada hakikatnya, pertarungan ini bukan pertarungan antara Hudlaibi dan Abdun Naser. Juga bukan pertarungan antara Ikhwan dan Dewan Revolusi. Akan tetapi ini adalah pertarungan yang abadi antara hak (kebenaran) dan kebatilan, antara keimanan dan kekufuran, antara petunjuk dan kesesatan, antara tentera Allah dan pasukan syaitan. Bendera dakwah akan tetap berkibar dan kerja dakwah tidak akan berhenti, meskipun ribuan syuhada dari kaum lelaki maupun wanita telah dikorbankan, sehingga kalimah Allah tertegak. Allah akan memenangkan yang haq dan menghancurkan yang batil, meskipun orang-orang jahat tidak menyukainya!

Ummu usamah ditakdirkan mendapatkan ujian secara langsung...digiring ke penjara dan harus mendekam dalam terali besi yang gelap..agar dapat menyendiri, bermunajat, dan bermesraan dengan TuhanNya..yang tersisa hanyalah semangatnya yang membara untuk menyuarakan kebenaran... Allah swt telah mengukuhkan hati Ummu Usamah, sehingga kondisi kejiwaannya saat menjalani ujian tersebut tidak jauh berbeza dengan kondisinya saat sehat wal afiat..

ia adalah cahaya keceriaan yang tidak pernah redup..
mata air ketenangan dan ketenteraman yang tidak pernah kering..
curahan rasa aman bagi orang-orang yang ada di sekelilingnya..
tidak takut!
tidak berkeluh-kesah!
tidak gelisah!
teladan dalam keteguhan!
kekukuhan tekad dan kesabaran!
dia adalah ummu usmah..!

Andai kaum wanita seperti ummu usamah!
Tentu mereka lebih utama dari kaum lelaki
Mu'anatsnya lafazh 'syams' (matahari) bukan aib
Mudzakarnya lafazh 'Qamar' (bulan)
Bukan kebanggaan.


takkan undur walau selangkah! takkan henti walau sejenak!!
terima kasih ummu usamah..
semangatmu..tabahmu..cekalnya dirimu..siapalah aku berbanding dirimu..!
ummu usamah..isteri seorang pejuang ISLAM..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:29 PM

************************

Sunday, October 17, 2004

setahun...
usia raqaiq n istisyhad!


Cukup setahun..
Beratap rumbia..
Bertanah pelepah kelapa..
Terkadang..
Mata katup..
Menjerit minta lena..
Hati meronta..
Akal seolah tidak mengerti..apa-apa..

Setahun bersama di istisyhad n raqaiq..terlalu banyak perkara yang telah dilalui..suka duka..pahit n manis.. susur galur kehidupan..yang mematangkan lagi dalam menghadapi arus ini..memperbaiki kelemahan...moga Allah beri ruang untuk berubah n beristighfar atas kesilapan n kelekaan sebagai seorang insan..setahun..terlalu banyak perubahan dalam hidupku..segala-galanya berubah sekelip mata..bertukar warna..sebagai seorang insan yg sentiasa alpa..mohon kemaafan dari semua andai sepanjang perkenalan kita..di alam maya mahupun reality..terlalu banyak yg mengguris rasa..mencalar di sanubari..hingga berbekas di hati..benarlah terkadang pabila tersalah..jangan disimpan di dalam..kelak akan berbekas..umpama seperti tombak yg menusuk..walau tombak di tarik..luka akan terkoyak..mengambil masa yg lama utk sembuh..n walau ia akan sembuh..mungkin akan meninggalkan parut..parah lagi andai ia bernanah kembali..maafkan teman andai selama ini..selama kita bergurau senda..tersenyum riang ..cuma di luarannya..sedangkan hati..hanya Allah yang tahu..usah di biar syaitan merosakkan segala ukhuwwah yg terbina..kerana syaitan terlalu cemburu akan kemesraan kita..akan ikatan kita yang didasari dengan aqidah pada yg ESA..terlalu takut benar andai kita bersama melalui lorong denai dan tetap di jalan ini..Ya Allah kekalkan kemesraan antara hati kami..
Maaf jua andai selama penulisan di sini..di raqaiq mahupun di istisyhad..ada yg tersentuh bicara..terlebih kata..sungguh ia bukan disengajakan..atau andai ia terlalu peribadi..menimbulkan kurang senang sesetengah teman kita..mohon kemaafan setulus doa..moga masih ada kesempatan untuk memperbetulkannya...
Setahun..disinilah aku berdiri..memulakan sesuatu...hanyalah mengharapkan sesuatu..yg sukar diterjemahkan dengan bicara n bait kata..sesuatu yang datang..tidak diundang..tidak diminta..tetapi..akhirnya ..aku sedar..inilah tanggungjawab yg Allah amanahkan..setahun berlalu..akhirnya..
terbukti kita tak berupa memberi hidayah pada nya ..sekadar daya kita tidak bawa ke mana..bantulah..ya Allah..

'namun ranjaunya tidak akan sunyi..
selagi denyut nadi belum berhenti..
durjana syaitan kan cuba menodai..
segumpal darah bernama hati..'

.....

ku iringan doa tulus..
sesuci embun pagi..
membasahi tasbih memuji..
tuhan pencipta alam semesta..

ku lalukan hasrat hati..
padamu tuhan..ku serah diri..
mengharap lautan rahmatmu..
bekalan disana hati.

Oh Ya Allah..
Ku iringi..
Pengharapan ..dimalam sunyi..
Tangisan..mengalir air mata..
Hilangkan jemu..
Sujud menyembah..
Sebagai saksi..
Membantu diri..tangan mengadah..
Himpunan rahmat ilahi..
Moga diri..
Kearah syurga nanti..
Bertemu tuhan..cinta pertama..
Nikmat yang tiada terhingga..
Syahdu rindu..
Bila maghfirahMu membaluti tubuhku

Luka-luka dicalar..
Dosa dan noda..
Mawarku..kearah..cintamu tuhan..
Pastikan kita..
Ditepati..
Dan beroleh darinya..
Buat insan bertaqwa..
Tanda kebesaran..
Untuk mereka..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:29 AM

************************

Thursday, October 14, 2004

Assalamualaikum wr wbt..

semoga sentiasa dalam nikmat iman n islam...
semoga sentiasa dalam redhanya walaupun dalam apa jua keadaan...ada yg nak imtihan..ada yang baru nak mula kuliyyah, ada yg bekerja dan ada yang
bercuti sambil birrul walidain ...moga tak lupa kerja asasi kita..dakwah n tarbiyyah...alhamdulillah.. semoga nikmat ukhuwwah yg Allah campakkan antara hati2 kita akan kekal dalam naungan taqarrub n taabud padaNya..ameen...
moga sentiasa...men'cas' semula bateri iman, kasih sayang, ukhuwwah untuk lebih qawi menghadapi cabaran bekerja fisabiliLLah.....Almuhim semuanya berusaha sedaya upaya sambil mengikhlaskan hati, membetulkan setiap langkah agar sentiasa mendapat redha ilahi, petunjuk, berkat dan rahmah-Nya dalam menunaikan mas'uuliyyat wa wajibaat allazi tukallafu 'alaina.
banyak dah cerita mengenai kelebihan puasa..ramadhan ..lailatul qadr..sekadar ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh berkat, ambillah sebanyak mungkin bekal untuk setahun dan lebih, ambillah peluang betul2 untuk taqarrub ilaLLah, mendisiplinkan diri agar sentiasa taat,jauh dari ma'siat kecil atau besar, agar sederhana dalam mengambil yang mubah, mengutamakan awlawiyyat, ithar....
nak ber'amal tak semudah nak bercakap tapi kitakan saling bantu-membantu dan
saling tegur-menegur, saling berlapang dada menerima teguran, saling
sabar-menyabarkan dan saling kuat menguatkan..al mukmin kalbunyan yasyuddu ba'dhuhum ba'dan...
inni uhibbukunna fillah wa Rabbana yuqawwena jame'an
wa yubaarik a'maalana wa ukuwwatana wa yanfa'una bi aktsar istifadah bi
Ramadhan al Qadim insya Allah.
barakallah fi umuriki...rabbuna yuqawii,rabbuna yusahhil....
Wassalamualaikum..astaudi'ukunnaLLah ..Allah musta'an....jaga diri dan hiasi peribadi dengan akhlak islam...

wassalam wr wbt

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:52 PM

************************

Monday, October 11, 2004

ketika malam melabuhkan tirainya bawa malam..
meninggalkan siang lalu..
pergi tanpa ulang..
tinggal memori semalam..
suka duka keindahan..
manisnya itu tak mungkin kan berulang..

ukhuwwah yg terbina terjalin sekian lama..
kini meniti akhirnya nokhtah perpisahan..
perjuangan ummah ini..
kau pasti teruskan jua..
biarpun ku gugur pergi selamanya..

teruskanlah...teman..
teruskan perjuangan ini..
perisaikan diri iman..
sempurna di hati..
basahkan bibirmu dengan puji kepada ilahi..
agar tiada tersia..
perjuangan ini..

biarpun kau gugur ..
syahid ganjarannya nanti..
andai sebaliknya..
hidupmu kan bermakna..

biar putus nafas ini..
nantikan temu kembali..
ditaman impian..
manisnya kan bersemi...

'm-tec'..

nostalgia kita di jaipetra..
mungkinkah berulang untuk kali kedua?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:03 AM

************************

Sunday, October 10, 2004

(maaf..entry kali ini agak peribadi..;)..tak nak..tak perlu baca..;) )
usai kerja..hampir 1 pagi..kembali ke teratak tercinta..
terpandang sekeping nota...
bertarikh januari 2004...
surat cinta dari 'down under'

seorang kakak bukan sebarangan kakak...
seringkali aku diminta menulis perasaanku terhadap apa yg aku lakukan di sepanjang jalan dakwah ini..tetapi..pada subuh ini...biarlah ku coret bicara hatiku tanpa diminta..tanpa di paksa...kejadian pada seawal pagi, 18 januari 2004, telah menguji kepercayaan usu terhadapku...memang lazimnya perspektif yang diberikan padaku kebanyakannya negetif. tetapi aku tidak kecewa...biarlah..buat kakakku..jangan lah percayakan diriku...tetapi ketahuilah..aku berasa selamat di bawah asuhanmu walaupun kau bukan dari rahim ibuku...
-.....-

terus mesej sisters nih..miss u very much fillah!
perasaan bercampur baur..terharu + kelakar..
kisah 18 januari..afwan pakcik..sampai ke brunei..ana telepon pukul 3 pagi..
punya teruk mencari adikku..semalaman tak tidur..at last..rupanya...;)
biarlah antara kita sahaja menyimpan memori ini...moga ada kesempatan utk kita mengulanginya sekali lagi..
untuk adikku yg mengirim nota itu..9 bulan lalu..n baru semalam akak terbaca,thank u very much..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:29 AM

************************

Thursday, October 07, 2004

amat payah untuk menyatakan..
betapa peritnya..
tambah lagi
setelah kapal mula berangkat
ke laut malam
takdir telah menetapkan
pelabuhan ditinggalkan
dengan kucah-kucah ombak
yang tak henti-henti memukul perasaan..

telah sekian lama..
berusaha..membangun kota..yang kita impikan..
dengan kudrat yang ada..
membentuk ceritera..
yang kita angankan..
buat mengisi kota..
yang kita rindukan..

sekian waktu
belayar di laut waktu
n akhirnya..
ketika hari berangkat
dalam sendu ..
melalui jendela terbuka..
melihat...
n tanpa sedar..
ada butir jernih mengalir..

inginku melangkah pergi
memutarkan waktu
dan seketika duduk kembali..
kadang-kadang..
luka itu terasa madu manisnya

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:24 AM

************************

Tuesday, October 05, 2004

Isu palestin bukan isu perkauman orang2 palestin
Melihat kepada kenyataan pada hari ini..
Apa sumbangan kita pada palestin?
Palestin bukan hanya milik orang palestin..namun juga adalah milik umat islam keseluruhannya..
Terpulang kepada kita untuk membiarkan ia dijajah atau merampas kembali palestin yang menjadi hak umat islam..

Bumi palestin atau baitul maqdis..
Adalah bumi yang dijanjikan..
Disinilah terjadinya pertarungan antara keimanan n kebatilan..
Pertarungan antara timur n barat..
Utara n selatan..
Palestin adalah lambang kekuasaan dunia..
Menguasainya bermakna menguasai dunia keseluruhannya..
Kini..
Palestin berada di tangan yahudi..
Maka ditangannyalah dunia bertakhta..

Rasululullah saw bersabda:
'sentiasa akan ada sekelompok dari umatku, yang sentiasa berjuang bersama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka, musuh mereka tak akan dapat memberi mudarat pada mereka, sehinggalah Allah mendatangkan keputusannya terhadap mereka..maka para sahabat bertanya : dimanakah mereka ya rasulullah? Rasulullah menjawab : mereka adalah di baitul maqdis dan kawasan sekitarnya...
-bukhari-

..............

k.ngah : sabar ek..semoga redha Allah bersama kita..
adik usu : rindu fillah..
dak nakal : bila la nak balik mesia..;(
mas : jgn lupa ek..
hasni : lama tak dengar khabar..:)
kak long : kngah betul2 rindu kak long...;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:55 AM

************************

Friday, October 01, 2004

ada yg bertanya..
disuatu tempat...
nak bergerak secara individu..
intima' jamaie?
intima' fikri?

wallahua'lam..satu tujuan..lain caranya..
di suatu tempat..dalam usaha dakwah..tarbiyyah...tarkiz n membina manusia..jika kita tidak bersama dengan mereka..gerabak mereka akan terus berjalan tanpa henti...usaha tarbiyyah n dakwah tidak akan tempang tanpa kita didalamnya..

yang harus kita tanya pada diri kita..siapalah kita tanpa diri mereka..???
jika kita tidak bersama dgn kelompok org2 yg soleh..yg musleh....bersama2 membina n menabur benih..mungkin kita ini mmg seorang individu yg 'mantap'..yang mampu menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar secara bersendirian...atau mungkin juga kita tidak lagi bersama mereka kerana sikap 'aslih nafsak wad'u ghairak' itu sudah tidak lagi melekap dalam jiwa kita.. sehingga yang tersisa cuma nostalgia silam yg berlalu bagaikan angin senja...

moga ruh itu akan terus mengalir..
............

disini..walau sendiri..
ada lakaran sendu..
menemani..
terkadang..keriuhan dikala sendirian..
sepi di kala keramaian..
terima kasih..atas segalanya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:34 PM

************************