Wednesday, December 29, 2004

PERBEZAAN ANTARA SEORANG MUSLIM DAN SEORANG KAFIR


KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR..?
Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah suka terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir. Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan masuk ke syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka. Marilah kita fikirkan benar-benar, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir adalah juga keturunan Adam, seperti kita semua. Ia juga seorang manusia, seperti kita semua. Ia juga punya tangan, kaki, mata dan telinga, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah Pencipta-nya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi ? Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka..?


APAKAH PERBEZAANNYA HANYA SOAL NAMA SAJA ?
Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir, tak mungkin dikeranakan yang seorang bernama Abdullah dan 'Abdurrahman, sedang yang lain bernama John dan Robert; atau kerana yang seorang itu dikhatan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakannya. Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin bertindak demikian kejam, mendis-kriminasikan antara makhlukNya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hamba-Nya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.


PERBEZAAN ISLAM DAN KUFUR YANG SEBENARNYA.!
Apabila, memang perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khatan dan daging babi. Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya ? Jawabnya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur.

Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan

mematuhi perintah-perintahNya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi perintah-perintahNya. Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang tinggi itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya.

Inilah sebabnya mengapa Allah suka kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahwa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.



SEBAB PERBEZAAN: PENGETAHUAN DAN PERBUATAN.
Dari uraian di atas jelaslah bahwa ada dua hal yang membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan.

Pengetahuan berarti bahwa seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendak-Nya, perbuatan-perbuatan mana yang disukai-Nya dan mana yang tidak disukaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba kepada Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendakNya, dan mengabaikan kemauan-kemauan dirinya sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya.

Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tapi Tuhannya mengatakan bahwa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina pula. Sebaliknya, bila suatu perbuatan tampak hina dimatanya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia harus memandangnya mulia pula.

 Apabila ia melihat bahwa suatu pekerjaan mengandung bahaya, tapi Tuhan-nya mengatakan bahwa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda atau bahkan nyawanya. Sebaliknya, bila ia memandang bahwa suatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarangnya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut, maka ia harus meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.


Inilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapat limpahan rahmat-Nya serta kedudukan yang luhur dan mulia. Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmat-Nya.

Sekarang, sekiranya ada seseorang yang menyatakan dirinya seorang Muslim, tapi ia sama bodohnya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangnya kepada Allah, dapatkah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahwa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut ? Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahwa ia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat? Islam bukanlah sesuatu yang bersifat rasial, kekeluargaan atau persaudaraan yang langsung diwariskan oleh orang tua kepada anak dan dari anak kepada cucu.

Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahmana akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi, betapapun bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahmana yang berkedudukan tinggi. Sementara itu, anak dari orangtua berkasta rendah

akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam Kitab-Nya:

"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang palingbertaqwa di antara kamu..." (Al-Qur'an, al-Hujrat, 49: 13)

Artinya, semakin ramai orang mengetahui tentang Allah dan semakin mentaati perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di sisi Allah. Nabi Ibrahim alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya Allah mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya

mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa memperdulikan keluarganya, hingga ceriteranya menjadi contoh bagi seluruh dunia. Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahwa apa pun perbezaan yang ada antara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini maupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengenal akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintah-perintahNya. Mereka yang tidak memenuhi persyaratan-persyaratan ini sama saja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak memperoleh rahmatNya, tak perduli mereka bernama 'Abdullah', John atau Singh.

p/s: syukran atas jemputan menulis di sini...
"Kita adalah kuli dakwah dan hidup kerana Allah"
-badar-

** penulis **badar_21  ** jam **6:19 PM

************************

Tuesday, December 28, 2004



VERSUS



Katak vs Rama2

Sape lagi cantek?

Ramai orang will say the butterfly lah... OBVIOUSLY..... Kalo katak tu tau, sure dia kecik ati...

These 2 pictures, I got them from 2 differnt sites... Satu site pasal Frogs and Toads Lovers... Orang2 yang suka sangat ngan katak dan kodok... Satu lagi daripada Butterflies Lovers.. Iaitu orang2 yang minat sangat ngan rama2...

So, it is always not right to generalise everything that we see.. Lumrah manusia, we tend to look at beauty at one side.. See, we may say butterfly is beautiful and katak is ugly.. But, when I went through the website, I was quite surprised of how those people adore and love katak very much....

Kalu orang2 perempuan Cina zaman raja berdinasti dulu2, bagi mereka "beauty is pain" ... Diorang sanggup bengkung kaki sejak kecil dan pakai kasut ketat supaya saiz kaki kecil (to potray that they don't have to do a lot of walking, anak orang kaya, they just sit aroung lah)... Kerana, kaki besar hanya dimiliki oleh golongan hamba dan orang suruhan...

Bagi orang2 Afrika kat sebelah mana ntah, wanita berleher panjang, lagi panjang lagi cantek... So, derang pakai gelung2 logam kat leher, untuk jadikan leher lebih jinjang..


The main point is, kecantikan itu terletak pada orang yang melihatnya..

Bagi generasi beriman, rugilah kalau fizikal menjadi penentu utk kita menyukai sesuatu.. Kerana ia tak kekal dan sentiasa berubah... Even manusia, every 120 days, sel2 akan mati dan terbentuknya sel2 baru.. THat means, the Hidayah that you saw 120 days ago is no longer the same like Hidayah that you see today...

Bagi mukmin, kat mana terletaknya kecantikan?

Al Hujuraat [13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Al Mulk [2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Ingat tak kisah, syaitan disingkirkan dari syurga kerana enggan tunduk kepada Nabi adam Alaihissalam.. Ini kerana syaitan terasa dia lebih hebat kerana dia dijadikan oleh ALlah daripada API sedangkan Adam, TANAH... Tetapi, syaitan telah lupa hakikat bahawasanya Allah memandang entiti spritual dan bukannya fizikal... Lantas kerana terasa gah dengan kehebatan fizikalnya, Allah memberi penghinaan yang besar kepada syaitan...

Kalau kita merasakan bahawa kecantikan itu dari jasad.. Maka berlumbalah manusia memperelokkan tubuhnya... Maka laku lah produk2 kosmetik Loreal, Maybelline, Gucci, Versace semata2 nak menempel jasad yang terasa kurang cantik tanpa kehadiran produk2 mahal dan berwarna-warni tu...

Sedangkan... Allah memandang.. ketaqwaan dan iman... Mari kita pandang, apa yang ALlah pandang... Mari kita perelokkan, apa yang Allah pandang....

P/S : tapi that doesn't mean kena jadi selekeh dan selebet... Kebersihan, kekemasan.. Islam anjurkan jua! Bercantik tak salah tapi janganlah berlebihan dalam hal yang mubah.

CUBA TENGOK BALIK GAMBAR KATAK TU, CANTIK TAK?

P/s : Thanks to Kak Idah for teaching me how to post up pics in the blog :D

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **8:59 PM

************************

Monday, December 27, 2004

bagaikan kuntum yang tak mampu menahan semerbak wanginya, pesona hati dan jiwa..bersyukurlah padaNya..
pada keridhaan atas pengaturan yang diberikan Allah n RasulNya..tersenyumlah..
tersenyumlah pada keadilan islam yg wasath n indah..

yang tidak ditebar..tidakkan pernah pudar..
rifqaan bil qawaariir..lembutlah pada gelas-gelas kaca..

2 hari lepas, dapat hadiah dari seorang teman..sebuah buku..tajuknya cukup meruntun hati...'agar bidadari cemburu padamu '.. setangkai cenderahati untuk wanita salihah pendamba syurga..pembuat iri bidadari dan para lelaki yang ingin menikahi...

tertarik untuk menulis petikan dialog ummu salamah n rasulullah saw..
menceritakan tentang sifat2 bidadari yang ingin kita kenali..jika membacanya menjadikan sisters cemburu pada bidadari..maka tenanglah..;)..kerana sungguh indah bahawa dialog ini diakhiri dengan penegasan wanita dunia (yg bagaimana ya..? ) jauh lebih baik n patut dicemburui oleh bidadari..;)

US : Ya Rasululullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari2 yang bermata jeli..
beliau menjawab : bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli n lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar...
US : Jelaskan padaku Ya Rasulullah, tentang firmanNya: Laksana mutiara yang tersimpan baik (al-waqi'ah : 23)
beliau menjawab : kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia
US : Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku tentang firman Allah : Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar Rahmaan 70)
Beliau menjawab : Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita..
US : Jelaskanlah padaku firman Allah : Seakan-akan mereka adalah telur(burung unta) yang tersimpan baik..(As-Shaffat 49)
beliau mejawab : kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.
US : Ya rasululullah, jelaskan padaku firman Allah : Penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al waqi'ah 37)
beliau menjawab mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya..
US : Aku bertanya, Ya rasulullah..manakah yang lebih utama..wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli..
beliau menjawab ; wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yaang nampak dari apa yang tidak terlihat..
aku bertanya..
mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari..
beliau menjawab ; kerana shalat mereka, puasa mereka dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata : kami hidup abadi dan tidak mati. kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali..kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali..berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya...

harapan hari ini tentunya..agar bidadari cemburu padaku...terima kasih kerana menyempurnakan hidupku..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:14 AM

************************

Monday, December 20, 2004

percubaan..;)

** penulis **badar_21  ** jam **5:28 PM

************************

Sunday, December 19, 2004

KASIHMU AMANAHKU

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan Keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan Sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafan kita
Perlunya iman dan taqwa
Meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat tuhan
Susah mendatang tempuhi dgn tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar Dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya
Yang terindah dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati hatilah meluruskannya

fi thoriqud dakwah abadan abada...
-badar-

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:25 PM

************************

Rasulallah SAW bersabda,
"Apabila ahli syurga sudah masuk syurga, Allah bertanya, "Mahukah Aku tambahkan sesuatu buat kalian?". Mereka menjawab, "Bukankah wajah2 kami sudah bercahaya? Bukankah kami sudah Engkau masukkan ke dalam syurga? Bukankah Engkau telah kami selamatkan dari api neraka?"
Rasulallah SAW bersabda lagi,
"Maka tersingkaplah hijab, dan tak pernah mereka diberi nikmat yang lebih mereka senangi daripada melihat Rabb mereka"
Kemudian beliau membaca firman Allah:
"Bagi orang2 yg berbuat baik, ada pahala yg terbaik (syurga) dan tambahannya (melihat Allah)". Yunus : 26

****************
Semakin jauh ku dari-Mu

Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **4:27 PM

************************

Wednesday, December 15, 2004

"if only I could turn back time... if i could search what I still find"

How true is this?
If I rotate the clock anti-clockwise,
back to the past,
and change everything according to my wants,
and search everything until I succeeded to find,
I will be nothing but a retarded fool.
How fool that any fool could be when he/she thinks that everything can be acquired without hardships and challenges.
Am I too harsh? I would like to quote what Sheikh Abdul Kadir Al-Kailani said, "Janganlah kamu mengambil hati terhadapku kerana kerasnya sifatku, kerana aku dididik di jalan ini dengan cara yang keras"

Bawah ni, entry dulu2, copy-paste dari Raqaiq dulu... A year ago..
************************************
Assalamualaikum....Semoga sahabatku sekalian sentiasa berada di dalam afiyah iman dan islam... Semoga yang di perantauan meneruskan perjuangan dengan tabah walau dihiris kerinduan terhadap kampung halaman.... Sesungguhnya aku yang di kampung halaman ini dihiris kerinduan untuk kembali berjuang di rantau orang... Setiap mehnah pasti ada hikmah ku genggam rapat ke jiwaku.... Sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.. eh..dak..dak... sejak aku menjejakkan kaki ke dalam pesawat MH 148 jantungku bukan sekadar berdegup kencang malah bak halilintar yang membelah langit ke lapan... (maafkan pengaruh kartun dalam hidup aku nih..) .... Bak kata kawan aku yang sorang tuh... "Kali ni pulang dengan matlamat yang berbeza..." ... Atau lain kata, my brain is not the same anymore...... Not only my brain.... But as well as my eyes... my ears... my mouth.... Sumer dah tak sama.... Makes me confuse.... Did I land on the wrong planet? Or am I the one who is the alien? Or other creatures on this planet yang silap ke? These 3 questions are the crucial jokes that I like to ask myself in order to keep me awake..... hehe..... Am I ex****.??. My brother admit it.. And made a crude joke calling me "...." Hehe... Well.. Welll... AStaghfirullah.... May Allah let not riya' nor fear to build upon my heart..... Except for fear to Allah.. Except for the "riya' " that makes me proud to be a Muslim... Shouldn't put riya' there... Izzah patut nye kan.. Took me years to learn to say "no".... Took me years to be brave... Although I may look brave but sometimes there's something deep inside me that makes me timid little mouse... It took me years to learn to understand what I've already learnt.. It seems that for all these years I only learn things without understanding or even worst...implementing it? Syukur ke hadrat Allah.. dengan kudratNya memberikan kekuatan kepada hamba-hambaNya... I believe..my friends went through the same thing..... Sumer balik dengan otak yang berlainan daripada apa yang bertolak dari KLIA awal2 tahun dulu... HEhehe.. Terfikir juga sendirian..... BEtapa mahal harga hidayah Allah.. Kita mungkin sudah bermula bersolat sejak berbelas tahun dahulu (atau berpuluh bagi yang dah veteran).... Dan dalam setiap solat tu paling kurang 2 kali kita memohon hidayah daripada Allah... "Ihdina-ssirot-olmustaqim" ......... Susah kan nak dapat..... Kita usaha belum tentu dapat.. hidayah milik Allah.. maka teruskan usaha dan doa.... untuk dapatkannya...... Salam ukhuwah fillah..Uhibbukum fillah..Miss u all fillah....p/s : cemburu dengan sahabat2 seperjuangan yang sedang bekerja.............................
*****************************************
Alhamdulillah fi kulli haal....ALlah stated in the Al Quran, there will be no hardship against a person that will be beyond his or her ability to cope with it. This ayah should be a constant reminder to me.

Well, everyone has been set to face their own challenges, and ALlah knows best although we oftenly think that it should not happen to us... Hardships will strengthen our faith, if we really believe that Allah set everything with good reasons...I think, the best way to defeat the unpredictable disturbance is through going back to the roots where all started. Allah, He's the one who creates everything, who arranges every event, who controls every activities in the universe...... We know, to Him shall we return.. So, why not everytime when we face anything, kesenangan atau kesusahan.. we return back to Him... Consult Him... Ask for His help... Indeed He is the Great Helper..

I'm now wearing the same brain that I wore about 20 years ago.... But, how amazing how the same brain develop..Looking at the same thing, but interprating it in different ways thorughout the time... I learnt to read the AL QUran since I was a small kid... Never understood it really until when Allah poured His guidance on me, to understand it and as well to convey it... ( the feeling of self-sufficience is no good)

O Allah, accept our deeds... And make us the asbab of hidayat... And do please retain the iman in our hearts, and increase the iman through the hardships that we went through..

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **6:53 AM

************************

'tindakan pada masa itu adalah berdasarkan kefahaman di waktu itu'
pernah hati ini terguris...

'bila susah tiada gelisah'
ketahuilah dengan mengingati ALlah..jiwa akan menjadi tenang...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:37 AM

************************

Tuesday, December 14, 2004

satu tuturan bahasa kalbu..
menemukan kembali kekuatan..
setelah sempat tersudut di ruang tanpa cahaya..
sesuatu yg bukan tidak mungkin dapat terjadi pada kita semua..
kerana datangnya bukan tiba-tiba..
namun perlahan...

'terus perjalananmu pejuang..mendamba redha ilahi...'

Rumahtangga muslim momentum dakwah berkualiti..
Betapa malangnya apabila terdapat para pendakwah yang sangat aktif di medan dakwah tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumahtangganya sehingga bukan sahaja isteri dan anak-anaknya tidak memberi sokongan kepada perjuangannya.. sebaliknya menjadi batu penghalang dan menekan perasaannya sehingga meninggalkan dakwah yang di bawa. Bertambah malang lagi apabila telah berumahtangga, segala komitmen terhadap usaha dakwah mula terhakis lantas tergolonglah golongan ini sebagai almutasaqitun ala toriq udda'wah..waliyazubillah.
Justeru itu, Rasulullah saw telah menunjukkan suri tauladan yang mulia di dalam peribadinya, lalu terpancarlah nur Ilahi di dalam keluarganya dan mujtama'nya sehinggalah kalimah Allah Taala itu berjaya di tahqiq semula..

'indah jalan menuju Allah jika teman seperti khadijah masih ada lagi'

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:27 PM

************************

Friday, December 10, 2004

alhamdulillah..masih di beri peluang untuk terus menaip bait kata..
menatap undangan...doa yg mampu dikirim..agar terus beroleh ketenangan..
barakallahu lakuma..wabarak 'alaikuma..wa jam'a bainakuma fil khair..
pada ukht aisyah n akh farid..pada akh zairil n ukht didi..pada ukht yang n akh nasa..dan semua yang akan atau sudah menggenapkan separuh deennya..barakallahu feek..

saat sejenak bersandar bagi pejuang badar..
Saat sejenak berlabuh bagi pejuang teguh..
akhirnya terbina kukuh..'Mitsaqan galizha..'
awal sebuah derap perjalanan yang panjang..
Jalan bebatu menanti..mudah tersadung..luka kakimu nanti..
curam utk kau daki..
Melambai untuk engkau turuni..
pejuang..sejenak berhenti kita bukan hanya untuk ini..!.
lekaslah bergegas...
padukan langkah...
satukan irama..
menapak jalanNya
ingat pejuang ..
Segeralah bergegas, usah terlena terlalu lama..

ijab kabul..momentum sederhana yang memiliki energi untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi suami istri..merupakan goresan pertama dari lembaran-lembaran kosong yang menunggu untuk dibubuhi kisah bersama..ini adalah sebuh kerja besar yang menunggu...

di bawah mahligai ini...ada hati-hati yg terikat dlm janji cinta kepada Allah utk selalu mengabdi n menghiasi akhlaknya..hati-hati yg sepakat utk saling tulus mencintai, mendukung n memelihara. hati-hati yg tak rela pada hadirnya amarah, sebab tak hendak padamkan sinar kasih dr mata-mata yg sering memaparkan cahaya keikhlasan

kala kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri...lautan hikmah dengan kedalaman makna yg nyaris tak terselami, membentang di hadapan...betapa suburnya pohon cinta...akar-akarnya menghujam di hati..batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit..daunnya rimbun..buahnya ranum..menaungi n memberi kebahagiaan.

kepada mereka yg membina mahligai rumahtangga...komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana tekad membangunkan mahligai rumah tangga semata mencari ridhaNya...ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya.

Akhirnya tak ada yang dapat menyangkal..bahawa cinta ini bermuara pada satu cinta sejati, yang tak pernah surut..bahkan ketika dunia ini sudah tidak lagi memilikinya.


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:49 AM

************************

Tuesday, December 07, 2004

ya khadijah..inna ahda rrahah qad intaha...

khadijah : ape yg muhammad buat skrg tulah ikrar dia
khadijah : mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah
khadijah : sbb tulah..khadijah tak kisah sangat..
khadijah : khadijah tahu muhammad benar2 ikhlas dalam kerje dia
aisyah : insyaALlah
khadijah : sbb tu Allah selalu permudahkan hidup kami..
khadijah : anak pun tak cerewet asyik teringat kat ayah
khadijah : seminggu sekali talipon pun oklah...
aisyah : erm..bagusnya..
khadijah : tapi semua tu melalui keperitan ..aisyah
aisyah : ana ni tak la kuat sangat..
aisyah : cepat sangat terasa
aisyah : tuelah susah..
khadijah : nak latih diri supaya biasa dgn cubaan
khadijah : ok lah aisyah
khadijah : belum masuk belum tahu
khadijah : dgn teori saje tak jadi
khadijah : masa mengajar kite erti kematangan

apabila jiwa telah diasuh dgn fikrah..dididik dgn mehnah..ditempa dgn cubaan..akhirnya yg ada ada hanya secubit kesabaran..buat peneman jalan..bekalan utuh agar tidak jatuh tersadung..sebagai alas buat mengelak duri di jalanan..sebagai lentera penyuluh kehidupan...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:12 AM

************************

Sunday, December 05, 2004

duhai pejuang...
ketahuilah..
Sebuah perbezaan..
mungkin indah untuk difahami..
namun..terkadang akan menjadi penghancur ..
jika egoisme tetap bertahan

sebuah keinginan terkadang harus diungkapkan
untuk bisa di ketahui
tapi... kadang sebuah diam juga diperlukan
jika kita memang harus belajar untuk mengerti

moga..akan ada selalu kemudahan dan kekuatan
Karena ada DIA SANG SUMBER KEKUATAN
menjadi tempat berlabuh kita...

..because you're missed more than words can say..

dan untuk dia disana..

Apalah ertinya kesedihan
Bagi jiwa yang ditindas..
Apalah ertinya luka
Bagi kehormatan yang dirampas..
nisbah seorang mujahid adalah
kesetiaan pada janji!
Hidup mulia atau menjadi syuhada
Penjara adalah rumah peristirahatan sementara
Selama belum sampai dirumah yang sebenarnya..

...teman di kala suka n duka..tiada apa yang dapat memisahkan..rela bekorban harta n nyawa...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:46 AM

************************

Saturday, December 04, 2004

Dauman fi qalbina ya quds..
Israel dirubuhkan pada 1948, lalu termaktublah Israel di peta dunia. Lalu hilanglah nama palestin..ard quds. Tetapi ia tidak akan hilang dari hati orang mukmin. Terlalu banyak sejarah penindasan yang berlaku ke atas umat islam tetapi tidak perlulah kita menyebut semula satu persatu detik yang berlaku jika ingin sekadar mengimbau sejarah silam..tetapi adalah menjadi satu kesalahan jika kita melihat waqi' yang berlaku ini dengan redha. Seorang mukmin tidak akan rela agamanya dihina dan diperkotak katikkan oleh musuh..
Apa yang harus kita lakukan sekarang!
- muqata'ah intaj yahudi n amerika..boikot!
- du'a..saudara seislam kita walau di mana berada..setiap detik..setiap saat
- tabarru'..selagi terdaya..
- mengambil tahu perkembangan semasa negara-negara islam terutama yang berlaku penindasan agama..
- sebarkan maklumat
Allahumma a'izzal islam wal muslimin..

p/s..ya Allah tetapkan lah hati ini..apa aku tersalah pilih?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:16 AM

************************

Thursday, December 02, 2004

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
Maka diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan...
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun disana fajar sedang memancar

SQ

.....

Melewati sebuah perjalanan..
Bergelut antara harapan dan kenyataan..
Meniti satu kehidupan..
Riak wajahmu sayu menanti..
Siapakah bakal pembuka..lembaran sejarah agung..
Bangkit membina semula..tamadun kita!
Fataha umarul khattab..waharra salahuddin al ayyubi..faman laha al'an?

p/s : afwan pada adik usu..;(
CL : harap jumpe esok..;)
linda : jgn sedey2 ek.
nadia : harap ok!
nana : selamat pulang!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:21 AM

************************