Monday, April 25, 2005

'Wahai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. Besar kemurkaan di sisi Allah kerana kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan' As-Saff : 2-3.

Surah ini sering kau baca bukan?

Aku lihat dirimu, petah melaungkan bicara jihad. Menggelar dirimu mujahid yang bakal menggegar dunia. Tentang pengorbanan (tadhiyah) dan ithaar kau ungkapkan. Alunan nasyid perjuangan kau dendangkan.

Kau katakan kau ingin menegakkan ustaziyatul alam, sedangkan dalam dirimu masih gagal mendirikan daulah. Bagaimana kau ingin tegakkan daulah di luar sana.

Sedangkan kau mendapat tarbiyah, mendapat didikan untuk menghargai dakwah. Kau sendiri akui, betapa kau mahu thabat di dalam medan ini..

Tetapi kenapa pilihanmu masih bukan kerana neraca langit. Kenapa kau masih mahu menyertai keputusan ahli-ahli bumi.

Bagaimanalah hendak aku percaya kepada semua itu, kerana bagiku langsung tidak menggambarkan peribadimu.. Kerana kehendakmu di atas jalan ini, masih menginginkan bunga-bunga harum dan keindahan.

Apalah gunanya jihad qital kau nyatakan ingin kau tegakkan, sedangkan kau sendiri memilih jalan untuk memandulkan kelahiran dan membunuh para mujahid masa hadapan. Dengan pilihan kau terhadap wanita kerana kecantikan, kekayaan dan daya penarik yang ada pada dirinya.

Sedangkan kecantikan itu terletak pada iman. Kekayaan itu terletak pada akhlak. Dan daya penarik itu adalah semangat juang seorang wanita.

Lupakah kamu perihal kisah Muhajjir Ummu Qais?

Jangan menyesal di masa hadapan.



-dipetik daripada bicara hati seseorang..tapi penuh dgn pengajaran..
pesan ummi : belajarlah menilai wanita kerana hatinya..budinya jua akhlaknya..nescaya dirimu akan berbahagia selamanya...bukan sahaja pada kaum hawa..kaum adam jua tidak terlepas...kisah julaibib menjadi buktinya..tunjukilah dirimu berbeza dgn yg lain hasil didikan yg dirimu terima! atau apakah murabbimu gagal mendidikmu mengutamakan mizan langit?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:41 PM

************************

ia cukup bermakna di hatiku...

Berlabuhlah malam
Pabilakan sampai waktunya
Fajar subuh mula menyeri
Sinar sang suria

Sudah sunnatullah
Mentari terbit diiring siang
Bintang berkerlipan
Menyinari keindahan malam

Perjuangan hidupku
Hanya memburu cita yang satu
Dan kebahagiaan
Akan kuburu walau di mana
Walaupun sengsara
Putus asa tiada sekali
Kerna ia adalah
Keredhaan dari Tuhanku


Jikalah Islam di puncak tinggi
Akan kuterus jua mendaki
Jika ia di hujung dunia
Kerna Islam kuterus berjuang

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:19 AM

************************

Thursday, April 21, 2005

di bumi ini kita ditemukan...satu arah satu perjuangan...

kau menghias hatiku..
yg dahulu kekosongan..
kau beri kekuatan..
untukku terus berjuang..
hadapi segala cabaran

"Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku."

"Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah berjaya lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku merasa bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?"

Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah dengan mengarang kitab.Islam hari ini tidak memerlukan penambahan lagi terhadap kajian-kajian di dalam cabang-cabang ilmu fiqh berbanding keperluannya kepada pendakwah yang bergabung tenaga, tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka....

ketenangan ada disini... tak jumpa kerana kau tak mencari
kebahagiaan tersirat dihati..tak rasa kerana kau tak menghayati..

sekiranya kita tidak bertanam..
kita akan menyesal bila org lain menuai..
kerana kita cuai sewaktu musim menanam..!"


Inilah da'wah.
Dan kau lemah?
Jangan.
Bangkitlah!
Ya. Inilah da'wah.
Jika kau lelah, berhentilah.
sebentar..sejenak cuma...
Sebab wajib kita lebih banyak dari waktu yang tersedia.
Sebab panji-panji itu telah terbai'at dalam kesungguhan jiwa yang setia.
Sebab engkaulah singa yang siangnya berjihad tak kenal lelah.
Sebab engkaulah rabbi yang malamnya padat dengan munajat.
Sebab engkaulah Abu Bakar itu!
Engkaulah Khalid bin Walid!
Engkaulah Shalahudin Al-Ayyubi!
Engkaulah Yahya Ayyash, Imad Aqil, Muhammad Farahat,
dan jutaan pahlawan Al Islam!

" Abi akan tinggalkan umi dan anak kita ini dengan siapa?
" Berpisah dgn umi bukanlah sesuatu yg mudah pada hati Abi kerana itu perpisahan itu terlalu berat..namun panggilan dari Allah lebih kuat dari itu, ummi..Doakan di syurga kita tidak akan berpisah selama-lamanya...Abi tinggalkan umi dengan Allah dan rasulnya!"

kita buat janji untuk bersama berjumpa di surga,
melalui syahid di jalan-Nya!
Allahu akbar!!!

betapa indahnya merasa susah kerana Allah..merasa rindu kerana Allah...dicerca kerana Allah..dihina kerana Allah..menangis kerana Allah!..hanya kerana kita berpegang teguh pada jalan Allah..."Anugerahilah daku teman setia yanng tulus lagi dapat meluruskan fitrahku, wahai yang menguasai nikmat"

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:02 AM

************************

Monday, April 11, 2005

PABILA KU TERINGAT SAAT KITA BERSAMA..

afwan..
terlalu banyak hak yg tak tertunai..
janji yang tak mampu dipenuhi..
undangan yang berbaki...
tak sempat berkongsi cerita duka..
meluahkan segalanya..

I can't give solutions to all of life's problems, doubts, or fears. But I can listen to you, and together we will search for answers.
I can't change your past with all it's heartache and pain, nor the future with its untold stories. But I can be there now when you need me to care.
Your decisions in life are not mine to make, nor to judge; I can only support you, encourage you, and help you when you ask.
I can't keep your heart from breaking and hurting, But I can cry with you and help you pick up the piecesand put them back in place...

ku akan kembali lagi..
menyambung episod kita disini....
afwan..bersama akhirnya..
terhiris ku membaca warkah2 antum..
ternyata..tak mampu penuhi segalanya...
hanya sekadar insan biasa..
punya kudrat seadanya..

Thanks for all the fun, friendship, and love you have brought into my life..

dan buat sahabatku...apa yg tidak pernah diduga manusia ternyata boleh terjadi kerana Maha Pembolak balik hati manusia akan bertindak sesuai dengan yg dikehendakinya. Hampir aku tidak percaya dengan penglihatanku. Di saat Allah Mempermudahkan datangnya 'sesuatu'..dia berubah menjadi individu yg tidak pernah ku kenal..dia bukan lagi seperti suatu waktu dahulu..airmataku sering tumpah tak terbendung..
(Al-Imran : 14)
dan sahabatku seorang lagi...jua hampir tidak ku percayai juga..namun Allah berkuasa melebihi segalanya..usaha hanyalah wasilah...Allah lah pemberi hidayah..innaka la tahdi man ahbabta..wallahu yahdi man yasya',sesungguhnya kita tak mampu memberi hidayah kepada mereka yg kita cintai...sesungguhnya Allah lah yang memberi hidayah..air mataku tumpah lagi..namun lain sungguh kali ini..tanda kesyukuran tak terhingga..terima kasih ya rabb

Wahai wanita-wanita yang taat.. Dikaulah penyejuk mata, penawar hati, dan penajam fikiran buat para mujahidin di jalan Allah. Rehatmu bukan di dunia, tetapi di syurga. Dirimu di sana dilayan bak permaisuri.. Keayuanmu dicemburui para bidadari...


'Daei Islam sebenar, akan sentiasa bekerja walau di mana pun dia berada dan ke mana pun dia diusir. Dia langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. Dia tidak sempit seperti orang lain dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah. Dia merasai seluruh umat Islam adalah saudaranya. Jika dia tidak mengembara berjalan kerana dakwah, kemungkinan pada masa itu disebabkan kerana dipenjara. Maka penjara pada masa itu adalah pengembaraan rohani dan pemikirannya. Hinggakan apabila dia digantung, maka rentapan tali gantung itu sebenarnya mengangkatnya ke tempat yang mulia dan indah di dalam syurga.'-muntalaq!


semoga musafirku kali ini menambahkan iman n amal..mendekatkan kita pada rabb..mengikat ukhuwwah n melengkapkan diri kita dgn kekuatan zahir jua...iman, ukhuwwah, zahir..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:52 PM

************************

Sunday, April 10, 2005

salamullah 'alaik warahmatuh wamaghfiratuh..
semoga hati-hati kita terus bertaut atas dasar aqidah..masih terus melaksanakan kerja-kerja islam biar di manapun berada..masih terus memegang erat ikrar n janji setia seorang muslim..semoga jangkauan kita lebih dari fikir ttg diri kita..kerana tugas n tanggungjawab sebagai seorang muslim..kerana kebahagiaan kita n keseronokan hidup hanyalah dengan menyampaikan kalimah Allah..meluahkan segala yg ada di dada..menenggelamkan segala kesesatan ...n memeberikan sinar cahaya pada dunia..semoga halatuju n prinsip kita terus jelas seterang cahaya matahari..memancar n menyinari segenap alam...
ya rafiqa darbi...
kita ditakdirkan lahir dalam generasi yang terus berjuang bermati-matian untuk hidup...yang mana kemenangan akan berpihak kepada yang terkuat dan terkehadapan...situasi yang cukup mencabar..tapi sayangnya..kita masih memiliki jiwa yang layu, lemah n manja..pipi yang begitu halus hingga mungkin terluka dihembus bayu...jari jemari yang bisa terguris pabila tersentuh sutera..
hari ini sebenarnya kita memerlukan rawatan yang menyeluruh..pemulihan dalam pelbagai aspek...memperbaiki akhlak yang telah runtuh..
kembalilah kepada ISLAM..islam yang mampu memberi nafas kepada hati..menyentuh perasaan..memberi kesedaran n pendidik jiwa..memimpin manusia agar tidak tergelincir..membezakan yang haq n yang batil..
ya rafiqa darbi...salah satu medan jihad adalah merindui kegemilangan islam..semangat yang membara untuk melihat kuasa ISLAM bertapak semula..menangis hiba kerana nasib kita..umat islam..mengimpikan satu ketika khilafah tertegak semula di bawah pimpinan khalifah yang adil..dukacita melihat fenomena yang tidak diredhai oleh Allah..
'Hancur luluh hati ini sedih melihat keadaan ini.
itupun jika hati ini masih memiliki islam n iman...'
termasuklah salah satu cara jihad juga..seandainya kita tidak mampu menjadi tentera Allah, berkorban di jalannya...bekerja ke arahnya..kita menyayangi para mujahid yang berkerja lillah..
semoga hidup kita..mati kita hanya utk ALLAH!
merindui syahid di jalanNya...
......
tidak ku termampu merentasi liku2..
tidak ku termampu ..menghadapi semua itu,
sungguh ku tak upaya..
jangan di biarkan ..
jerih perih kehidupan..bisa meleraikan iman..
kan hancur semuanya..

p/s : rindu kat mesia..:((

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:35 PM

************************

Monday, April 04, 2005

LANGKAH INI..LANGKAH Pejuang!!!

Bicara ini khusus buatmu..warkah ini hanya untukmu..
yang cekal berkorban..yang menyusuri ombak dengan senyuman, hadapi gelombang dengan ketenangan
kau tak pernah mengeluh..tak pernah mengalah..
tabah hadapi dugaan..redha dengan ketentuan..
kerana kau adalah pejuang..
ku cuba menjiwai perihal mu, mendampingi gagasan mu..meghayati sejarahmu..
air mata ini..cukup sudah cerita duka..menantimu..takkan goyah..
takkan lemah..tidak mengalah!
Dalam sedar..merenungi..dirinya siapa..diriku siapa..
Jihad pasti menjelma dalam seribu rangkaian
Membungkar rahsia ...membakar kegelapan..
.......

semoga terus dalam iman...terus dalam kemudahan amal..
ditetapkan langkah n tujuan..dipermudahkan menjawab soalan..:)
do d best..nanti khalifah akan bangga..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:04 AM

************************