Saturday, May 28, 2005

APA YANG LEBIH SUSAH....


Meninggalkan jahiliyah itu mudah...
Kerana hawa itu bukan fitrah..
Pantas sahaja kita tak perlukannya..

Namun mujahadah itu payah...
Kerana hawa sentiasa nampak indah..
Pantas sahaja kita hanyut dalamnya..

Jahiliyah luar itu mudah ditinggalkan..
Pakaian..
Pergaulan...
Movie.. muzik..
Foya-foya...

Jahiliyah dalam itu sukar untuk dilepaskan..
Hasad dengki..
Riya'..
Takabbur...
'Ujub...
Marah...


Aduh... pedih hulu hati..
Moga Allah beri kekuatan..
Agar lembut hati...
Agar kita jadi daie rabbani...

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **4:06 AM

************************

kau..bunga di taman larangan
Mekarmu dipagari ..
dari sucinya hatinya..
seorang wanita terpelihara...
biar badai menduga..
kembangmu tetap indah
dari nur keimanan
Berkat asuhan ayah bonda

Kau serikandi ummah
Akhlakmu bunga diri
menjaga nama n budi..
engkaulah yang bernama
Wanita Sejati

kita pernah mengukir jalan bersama..melalui batu bata..onak duri..berpimpinan tangan merentasi denai kehidupan di sana..menyusur khazanah ilmu di jamie' al azhar..solat bersama..riadhah bersama..abbas saqat? madinah nasr? hayyu asyir? mansoorah? ..lupakah kau pada kenangan itu?bagaimana kita duduk bersama..mentela'ah berdua..meratah muallafat..khusyuk dgn khazanah di kutubkhanahnya..bagaimana safar ilmu kita..di ard kinanah..
thariq ilal qulub..hati kita terusik..
zauq..senstiviti teruji..
Hazihi Tajribati wa hazihi Syahadati..hamasah kita tersingkap..
pelbagai kitab turath mahupun muasarah..
fiqh harakie..fiqh dakwah..
fiqh dan usulnya..qawaid dan adabnya..
wahistuna awi!!
Akhirnya.. 'mabruk!'..leyh?..izai?....alhamdulillah!..dan sate menjadi santapan kita..ingatkah dia pada kenangan itu..?
Namun sayang..3 tahun telah berlalu dan kenangan itu terus menyusuk2 tikaku sendiri..dimana dirimu..ku kehilangan jejak..begitu mudah dirimu melupakan segalanya..??leyh??????????
Akhirnya ku terima berita itu..doa semoga segalanya dalam redhaNya..pesanku..seperti pesan Asma' binti Kharizah Fazari r.a. bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan mentaat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu. Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya. Bukan sekadar pengkongsian kebahagiaan semata-mata malah berkongsi segalanya sehinggalah manusia menyedari tanggung jawab masing-masing sebagai suami isteri. Taatilah suamimu dalam taqwamu terhadap Allah. Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu. Ingatlah wahai puteriku sesungguhnya Baginda Rasul saw pernah bersabda: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup." Usahlah engkau merasa pilu dengan perkhabaran-perkhabaran tadi. Persiaplah dirimu kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita lantaran mereka dari golongan wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik. Jadilah wanita yang mentaati perintah Tuhan dan suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.

Itu sahaja mampu ku berikan padamu..temanku...
walau kau melupai apa yg pernah kita janji n pahat bersama...itu sahaja pesanku...kerna aku tetap seperti dulu menyayangi dirimu...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:16 AM

************************

Tuesday, May 10, 2005

Amanah pemergianmu...

Matahari dengan perlahan menyembunyikan dirinya dan bulan mengambil tempatnya selari dengan sunnatullah alam..., khadijah melihat wajah mujahid dalam dakapannya..dan akhirnya Muhammad membuka matanya perlahan- perlahan. Menatapinya dengan sejuta sayang.
'Ummi..., malam ini Abi mungkin tak balik...'dia bersuara perlahan...
'Ada kerja yea abi?' Dia mengangguk..
.. 'Semoga Allah meredhai abi..mengurniakan janjiNya dengan kesyahidan atau menang...! 'Doa khadijah sambil merenung buah hatinya yang sedang dalam dakapannya.
Malam ini, seperti malam-malam sebelumnya..dan sudah menjadi kebiasaannya.. dia perlu merelakan Muhammad tak menemaninya. Di tengah malam buta, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, Khadijah menghantar kepergian mujahidnya dengan senyum dan untaian do'a. 'Jaga amanah kepergian abi yea, jaga calun mujahid kita'. Ucapnya seraya membelai perut isterinya yang mulai besar.

Hingga saat ini, khadijah tak pernah tahu kerja Muhammad..yang pasti Khadijah yakin itu semua adalah sebahagian dari cita-citanya untuk mencari keredhaan Allah swt..dan dia akan senantiasa setia menjadi serikandi hidup mujahidnya.. menemaninya dalam tiap waktu. .duka dan tawa..

'Aaah..!'..dia terjerit kecil..perutnya mulai memulas-mulas..petanda mujahid kecil sudah tidak sabar terjah ke dunia luar ..Aduhhh..dia berehat sebentar..nafasnya turun naik..rasanya belum tiba masanya lagi..mujahid kecilnya baru 7 bulan dalam kandungannya..dia terduduk..kenangan lama mula menerjah ruang fikirannya...
terbayang sebuah episode silam..sebuah episod mengharukan..bagaimana ketika dia mula-mula dilamar oleh Muhammad...

Sejak permusafiran itu, diam-diam dia sering berdo'a, semoga Allah memperkenankan hasratnya..menjadikan Muhammad sebagai teman hidupnya.. kali pertama terpana dengan kejujurannya, keberaniannya dan semangat jihad yang tersemat dalam dirinya..akhirnya ..betapa tuhan itu Maha penyayang..pemilik segala hati.. air matanya gugur tika mendapat khabar insan yang melamarnya memang sungguh Muhammad..dan katanya yang hingga ke saat ini jauh tersemat di lubuk hatinya... 'ana memilih enti kerana agama enti, jadi kekalkanlah agama enti sebagai perhiasan peribadi enti..'.. 'wahai khadijah, telah berlalu waktu tidur.' Allah memberi dia lebih dari apa yang diminta. Lalu dia terus menangis dan tersenyum..ada keharuan disitu..kerana doanya dimakbulkan..dipertemukan dengan mujahidnya dengan suatu perasaan yang amat halus dan tulus..kerana landasannya taqwa..maka ia kudus..


'krinnnnnnnnnnnnnnngggg'..deringan telefon mematikan lenanya..entah bila dia terlelap.. khadijah mengesat sisa air mata yg berbaki di wajahnya..lantas bergegas mengangkat telefon..
'Assalamualaikum wr wbt..ukht khadijah..'
...'....akh Muhammad di tahan askar-askar rejim Zionis ketika perarakan di hebrun..'
nada syeikh faisal perlahan..tp cukup jelas..
'syukran syeikh...' nadanya hampir tidak terkawal, tapi ditahan semahunya..sukar untuk menerima kenyataan..'abi..abi..'
Detik itu, hanya Allah sandaran utama..hatinya merusuh dan meronta-ronta. Diusap perutnya perlahan..tangannya digenggam kuat! Padu! 'akan umi tuntut bela abi..tunggulah kelahiran mujahid kecil ini!'
'umi mesti tabah'..itu pesan abi setiap kali keluar melaksanakan tugasnya..
Dia amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah
sejak dahulu. sangat tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran.
Dia tertunduk...melihat sekitar pondok kecilnya...inilah 'syurga' yang selama ini menjadi tempat dia menabur pahala dan amal bersama Muhammad. Gerak bibirnya mengisyaratkan doa dan pengharapan yang dipanjatkan pada Maha Berbuat Sesuatu..

'Wahai org yg berselimut, bangunlah mendirikan solat dimalam hari kecuali sedikit waktu darinya. Iaitu separuh malam atau kurangkan sedikit darinya, atau tambahkannya dari separuh dan bacalah al-Quran itu dgn bacaan yg teliti. Sesungguhnya kami akan turunkan kepadamu firman2 yg berat. Sesungguhnya bangun beribadat di waktu malam itu adalah lebih memenatkan dan lebih jelas bacaannya.'
Khadijah berwudhu dan kemudian solat dua rakaat..... sambil mengusir bayang-bayang Muhammad bersama doanya semoga Allah memberinya keputusan yang terbaik..

'Dakwah dan jihad tidak mempercepatkan ajal, (begitu juga sebaliknya, duduk relaks tanpa dakwah tidak akan melambatkan ajal) tetapi dakwah dan jihad akan mengangkat daei ke syurga Firdaus.
Sekiranya seseorang muslim itu tidak mahu bergabung bersama dengan Imam Ahmad atau pewaris Imam Ahmad pada hari ini dan dia duduk sahaja kerana uzur atau seolah-olah ada uzur, maka dia disepatutnya merasa sedih. Paling kurang dia sepatutnya mencela dirinya sendiri kerana tidak bersama-sama dalam gerombolan daei di siksa.'


2 bulan telah berlalu...dan di tengah kepekatan malam, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, khadijah terus memanjatkan doa.. air matanya beruraian....berharap agar insan yang terlalu dicintainya pulang...sedu sedan hanyut dalam khusyuknya...sekali sekala sakitnya mencucuk..menganggu ketenangan malam..dan akhirnya..sudah tak tertahan lagi...masanya sudah tiba...
khadijah pasrah dengan ketentuan Allah. Dalam saat-saat yang amat genting itu, dia teringat bahawa abi berpesan melahirkan jundinya dalam keadaan sedang menghafal Qur'an...dan ketenangan menyelubungi dirinya.... dia mula mengulang hafalannya di tengah kesakitan yang amat sangat..dia ingat juga kata-kata abi di suatu senja... 'ummi...permulaan jalan ini mudah, kemudian datanglah peringkat duka cita. ...permulaannya dengan mengorbankan kegembiraan, pertengahannya mengorbankan nyawa...'

dia telah memasrahkan seluruh hidupnya pada allah..tangannya menggigil dan peluh mula memercik...... .ingatannya pada abi terlalu kuat tika itu...namun digagahkan dirinya..dia pasrah...abi tinggalkan umi dengan Allah dan Rasulnya..itu kata abi..dia ingat lagi...
'Abi akan tinggalkan umi dan anak kita ini dengan siapa?'
'Berpisah dgn umi bukanlah sesuatu yg mudah pada hati Abi kerana itu perpisahan itu terlalu berat..namun panggilan dari Allah lebih kuat dari itu, ummi..Doakan di syurga kita tidak akan berpisah selama-lamanya...Abi tinggalkan umi dengan Allah dan rasulnya!'..


Tangis merdu seorang mujahid yang baru hadir ke dunia memecah ketenangan malam... .. didekatkan telinga mujahid kecilnya agar jika Allah menghendaki sesuatu... biarlah mujahidnya juga dalam keadaan sedang mendengar alunan ayat-ayat Allah Ta' ala. 'Selamat datang wahai jundullah kecil, engkau lahir tanpa abi disisimu yg pergi berjuang melawan thoghut…. Mudah-mudahan suatu ketika engkau dapat menumpas para thogut durjana itu. Insya Allah ummi akan menjadikan rumah kita sebagai kandang bagi singa-singa Allah. bukannya kandang bagi ayam-ayam yang mudah disembelih oleh para thogut'...

Dibelai mujahid kecil lalu dia mengesot perlahan-lahan..tanpa siapapun menemani...dia menguruskan mujahidnya sendirian....alunan ayat alquran yg keluar dari bibirnya menenangkan hatinya dan mengurangkan sakitnya...hanya Allah yang tahu tika itu perasaannya..diazankan mujahidnya.... 'aah..mujahidku...andainya abi ada..' dia menangis lagi... 'astagfirullah'..dia terus mengesat air matanya..cuba ditahan agar tidak terus tumpah..dia mesti tabah..dia kan serikandi jihad abi...diletakkan mujahidnya ditepi lantas terus mengambil wudhu'..berdoa dan solat..itulah rutinnya kini tika kesihatannya menghalang dia utk kemana-mana..keadaan keselamatan juga amat membimbangkan...dan khadijah terus hanyut dalam kesyahduan solatnya...doanya agar abi diberi keputusan yg terbaik...rindunya sudah tak tertahan lagi.... begitu rindu, kerinduan yg terbayang..rindu mendengar alunan ayat suci dari suaranya yg merdu..terlalu rindu abi menemaninya ketika qiamullail ..rindu..rindu..yg mengoyak hati...
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?(Al-Ankabut: 2)

Allah tahu isi hatinya..dan Allah pasti mebalas kesabaran hambanya yang soleh..dan tanpa diduga..bunyi pintu terkuak... 'Assalamualaikum wr wbt ummi...'
'Abiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....'

betapa indahnya merasa susah kerana Allah..merasa rindu kerana Allah...dicerca kerana Allah..dihina kerana Allah..menangis kerana Allah!..hanya kerana kita berpegang teguh pada jalan Allah...

........................................

Dalam suatu hadih Qudsi, rasulullah telah bersabda :ertinya:
(Allah telah berfirman): 'sesungguhnya sudahlah terlaksana kasihku terhadap terhadap org yg berkasih sayang krnku, dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg saling bekorban keranaKu dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg bersahabat keranaKu...'

Wahai orang-orang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,
Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan..

Ya banil islam..
antum qadatun nasy'il jadid..
amanul ummati seeru..
wadfa'u kulla anid..
warfa'u rayah..
yakhdu khatwa kum azmul judud..
wa'aiidu majdanal madhi..
bi'azmin min hadid..

ya banil islami..
seeru fi thariqil khalidin..
La tahabul mauta..
la takhsyau siyathal azhalimin..
imla'u ddunya salama..
wansyurul adlal mubeen..
liya'eesyan annasu ikhwanan..
bihaqqin amininina....
hayya narqubul fajral jadida..
innana narqubu haqqa..
zalika yauma saeed...
yauma an yusyriqa nuurun..
fanaral ayyama eeda..
yauma an nurji'al haqqa..
majdanal madhi atthalida...

wahai putera islam..
Kamulah pimpinan generasi baru..
Selamatkanlah umat ini, aturkan langkah...
Dan hapuskan penderhaka semuanya...
Kibarkan benderamu...
Teguhkan langkahmu segagah datukmu dahulu...
Kembalikan keagungan kita yang lalu...
Dengan keazaman yang waja...

Wahai putera Islam...
Ikutilah jejak langkah pahlawan terbilang...
Jangan gentar pada kematian...
Jangan takut dibelasah manusia-manusia kejam...
Isikan dunia ini dengan kesejahteraan...
Tegakkan keadilan yang sejati...
Agar manusia biasa hidup bersaudara...
Dinaungi kedamaian yang sebenar-benarnya...
Wahai putera Islam...
Marilah kita nantikan fajar baru...
Sesungguhnya kita benar-benar penanti...
Hari bahagia itu...
Dihati terpancarnya cahaya...
Semuanya bergembira laksana hari raya...
Dihari kita berjaya membangun kembali...
Keagungan kita yang telah lama pergi.....

Semoga kita akan tetap hidup dalam dakwah seperti mereka..dan dakwah hidup kerana kewujudan mereka..mereka hidup semati dgn dakwah..dan dakwah hidup semati dgn mereka..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:16 AM

************************

Thursday, May 05, 2005

hira'...

Zaman sekolah ber 'ana-enti'
Sekarang hilang diterbangkan angin
'Aku-engkau' jadi pengganti
"Ana rindulah sama hira'.."

Bertudung labuh ayu sentiasa (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata (seems more
like the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka
Entah bila nak 'ayu' semula

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa ustaz ajar

Dulu cakap ngan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang pampang gambar ngan buah hati
'Kak, rasa malu tu campak pi thailand ka?'

Dulu bahasa bukan main jaga
Bukan apa, takut terbuat dosa
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila
Gara-gara orang kutuk 'engkau ni skema'

Dulu berlumba-lumba dengan member
Hafal Quran gila-gila
Sekarang Quran kumpul habuk jer
'Alah, aku banyak kerja lain laa...'

Ustaz selalu cakap kat kita
Jadilah contoh muslim sejati
Tapi sayang kebanyakan leka
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak hira' berkualiti
Baik, berakhlak lengkap semuanya
Sayangnya indah khabar dari realiti
Bila melihat pada fi'il anak didiknya

Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
Kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah islam!
'Tak payah laa kau nak bagi nasihat
Kau ingat kau tu baik sangat ke?'

Itulah realiti budak skolah agama
Majoriti terkejut dek dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja
'Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!'

Kesian ustaz mengajar kita
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna
Kita ambil sambil lewa
Alasannya kita bukan insan sempurna

Memang insan tiada yang sempurna
Kerana itu dituntut berusaha
Tak guna ilmu penuh di dada
Jika tak berusaha menghayatinya

Bukan mengeji bukan mengata
Teguran ikhlas dari jiwa
Teguran buat diri ana juga
Ana juga insan penuh dosa

Written by Huda Kamaruddin

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:54 PM

************************

Wednesday, May 04, 2005

EXAM STRESS!!

Exams are around the corner for many of our readers. While good organization, nutrition and exercise help mitigate stress, results are from Allah and preparation should include praying and seeking His assistance. Here are some supplications which will undoubtedly help.

General Dua
'Rabbi inniy maghloobun fantasir'
'O my lord, certainly I am overpowered. So help me'

-To be recited as much as possible for general exam preparation.

Before studying
'Allahumma infa'nii binaa 'allamtanii wa'allimnii maa yanfa'innii. Allahumma innii as'aluka fahmal-nabiyyen wa hifzal mursaleen al-muqarrabeen. Allahumma ij'al leesanee 'aiman bi dhikrika wa qalbi bi khashyatika. Innaka 'ala ma-tasha'u qadeer wa anta hasbun-allahu wa na'mal wakeel.'

'Oh Allah! Make useful for me what you have thaught me and teach me knowledge that will be useful to me. Oh Allah! I ask you for the understanding of the prophets and the memory of the messengers, and those nearest to you. Oh Allah! Make my tongue full of remembrance and my heart filled with consciousness of you. Oh Allah! You do whatever you wish, and you are my availer and protector and best of aids'.

After studying

'Allahumma inni astaodeeka ma qara'tu wama hafaz-tu. Farudduhu 'alaya inda hajati elahi. Innaka 'ala ma-tasha'-u qadeer wa anta hasbeeya wa na'mal wakeel'.

'Oh Allah! I entrust you with what I have read and I have studied. Oh Allah! Bring it back to me when I am in need of it. Oh Allah! You do whatever you wish, you are my availer and protector and the best of aids.'

Studying something difficult

'Allahumma la sahla illama ja-'altahu sahla anta taj'alu al hazana eza ma shi'ta sahal.'

'Oh Allah! Nothing is easy except what you have made easy. If you wish, you can make the difficult easy.'

For concentration

'SallaLlahu 'alaa Muhammad wa aal-e Muhammad. Allahumma innii as'aluka yaa mudhakkira-l khayr wa faa'ilahu wa-l-aamimira bihi dhakir-ni maa ansaani-hi-shaytan.'

'Blessings of Allah be upon Muhammad and his progeny. O Allah, I ask you, the one who mentions goodness and actualizes it and commands it to remind me of that which Shaytan makes me forget.'

Waiting for results

'Hasbiyallaahu wa ni'mal wakeel'.

'Allah is my availer and protector and the best of aids.'


p/s : selamat menempuh imtihan..bi taufeeq wa najah..ikhlaskan niat n semoga Allah terus berikan kekuatan!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:30 AM

************************