Sunday, August 28, 2005

Salam to all...
I got an SMS from my sister, my father's younger brother, passed away, at the age of 45. Young, yes.. May Allah places him among those who are blessed. That night, my father called, he sounded sad, but ok for I know he is a tough hearted person. He's a lil' bit ill because of the 'jerebu', and I told him to take care of himself. And he replied with a strucking answer, "Kalau abah meninggal, kau doakanlah.."


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir



This song really touches my heart. We tend to take for granted of the people around us, we forgot to appreciate them and treat them appropriately.. Semoga Allah berikan kita taufiq dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan hak ke atas sesiapa sahaja yang ada hak ke atas kita..

"Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? ...... Dan dia termasuk orang2 yg beriman dan saling berpesan utk bersabar dan saling berpesan utk berkasih sayang" - Al Fajr : 12 & 17

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **12:39 AM

************************

Friday, August 12, 2005

salamullah 'alaikum..warahmatuh wamaghfiratuh...

datang dan pergi semula..cuma singgah,
lalu berhari lamanya..kita sabar belajar untuk mengulang sejarah!
cerita kita berbeza..membaca cinta di layar kaca..
nyata ada juga yang resah tidak terpeta...
afwan ..lama sudah kelu tiada bicara...
ternyata prioriti kini berbeza..
yang pasti..kerja kita masih serupa!

ukhtiku..menyiapkan projek dalam sebulan ini cukup melelahkan..segalanya harus disusun rapi..disiapkan dgn begitu pantas..teliti tetapi laju..kerja 4 bulan kini ku cuba habiskan dalam masa sebulan..fuih..6 projek..dan berbelas case study..lalu agenda ku berkisar yg wajib sahaja ..dan tugasku kini berubah cara sesuai dgn keupayaanku..
hari-hari di lalui dgn penuh debaran..merindui dia..pemimpin generasi dunia..bakal penggerak peradapan islam..bermain dgnnya cukup menghiburkan tentunya..;)
alhamdulillah..dengan cinta..kerana cinta..segalanya menjadi mudah..isnin lalu..terima kiriman 2 buku terbaru...

1) Pernik-pernik rumahtangga Islam...
2) Agar cinta menghiasi rumahtangga kita..

tentunya..buku tersebut dikhatamkan malam itu juga wp keesokannya harinya exam..heeh..;) kerana cinta..alhamdulillah..buku2 nie adalah sambungan siri 'dijalan dakwah aku menikah'..penulis yg sama..cahyadi takariawan..satu lagi buku 'ku pinang dikau dengan hamdalah'..sambungannya itu juga telah dikhatamkan..dalam kado pernikahan untuk isteriku..;)
lengkap 2 set telah dikhatamkan..tak penting lengkap seribu set pun kalau tiada amalan yg dihasilkan..alhamdulillah selesai satu peringkat pembacaan n pemahaman..seterusnya penghayatan melalui amalan..
anyway...suka quote beberapa ayat dalam "agar cinta menghiasi rumahtangga kita"
tapi sebelum baca nie..kena praktikal "dijalan dakwah aku menikah" dulu..:)


Cinta tidak datang tiba-tiba...tidak pula hilang tiba-tiba..
ada sebab-sebab yang mendatangkan cinta, ada sebab-sebab pula yang menhilangkan cinta..
tatkala faktor yang yang menjadi hilangnya cinta mulai muncul dan tidak diusahakan untuk di atasi, akan mulai mengikis...secara perlahan tetapi pasti..cinta yang tumbuh selama ini layu kembali..
setiap hari ikatan ini terurai..satu persatu...hingga akhirnya kenyataannya cinta telah mulai sirna..!

Ada apa dengan cinta?
cinta tidaklah berdiri sendiri.ia memerlukan sejumlah kerangka dan landasan..tempat tumbuh mekarnya dan berkembang..
cinta bukanlah sesuatu yang neutral..
tetapi ia memiliki nilai..
Islam tidak mengenal cinta untuk cinta...akan tetapi Islam mengenal cinta kerana Allah, cinta untuk Allah, cinta demi Allah..

-agar cinta menghiasi rumahtangga kita-
alfatihah utk pejuang islam yg kembali menemui kekasih mereka..semoga kita kan mengikut jejak mereka...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:53 AM

************************

Thursday, August 04, 2005

Bergetar hati, pagi2 yang dingin dapat satu SMS drpd seorang ukht...
"Telah kembali ke rahmatullah wanita IM yg hebat perjuanganya, Zainab Al Ghazali smlm" ...

Kata-kata orang alim,
"jangan kamu mengambil tauladan daripada mereka yang masih hidup, kerana kesudahan hidup mereka masih terdedah dengan fitnah dunia"

http://www.islamonline.net/English/News/2005-08/03/images/pic06.jpg

Sesuai dengan tema blog ni sendiri "Istisyhad" ... Moga pejuang2 Islam yang ikhlas melaungkan syahadatain kepada seluruh penduduk bumi, yang berkorban demi Allah, terus jadi inspirasi kepada kita..

Teringat 2-3 years back, ana baca buku "Hari-Hari dalam Hidupku", masa tu "kecil" lagi... Hebat nya dia nih.. Kerana dakwah dan Islam, dan untuk mempertahankan haq, sanggup kena seksa.. Dan masih thabat... Sampai usianya semalam....

Kini ana boleh puji Allahyarhamah... Puji dan mengambil tauladan.. Kerana kesudahan hidupnya, insya-Allah baik... Kerana kata-kata orang alim,
"jangan kamu mengambil tauladan daripada mereka yang masih hidup, kerana kesudahan hidup mereka masih terdedah dengan fitnah dunia"

Dan, dia bebas daripada fitnah dunia...

Wallahua'lam..

"O Allah, grant me husnul khatimah, and avoid me from su'ul khatimah"

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **12:24 AM

************************