Friday, June 23, 2006

p/s : ada kaitan dgn yg hidup..tapi bukan penulis..sahabat2 penulis mungkin..;)



Kesungguhanmu..keredhaanku






Pertama kali dia melamarku, sudah kukatakan padanya melalui mas'ulahku, aku sama sekali tidak menguasai urusan rumahtangga..memasak, menjahit, berkebun atau apa-apa saja..ternyata balasan yg ku terima dia hanya tertawa dan berkata manusia ini bisa belajar, yang penting rajin berusaha..
Entahlah..rajin saja..tapi..


....


Setelah berkahwin, aku belum sering memasak..alhamdulillah, banyak perencah-perencah segera di pasaran yg sudah siap..tinggal dipanaskan sahaja dan dibubuh ayam, udang atau apa sahaja....tapi, aku tetap masak nasi..terkadang nasinya lembik..macam bubur pula..terkadang keras bangat..huhu..tapi dia tak pernah mengeluh.. mengomen..cuma tersenyum-senyum..


2 bulan kami berkahwin..ada sedikit kemajuan dalam urusan rumah tangga ku dan tidaklah terlalu banyak masa dibazirkan seperti sebelumnya. Sekiranya ada masa terluang, buku resepi ku selak mencari menu yg ringkas, lazat dan sihat..kadang2 ku olah sedikit..tapi entah mengapa hasilnya sering tidak memuaskan seperti yg aku kehendaki. Dan akhirnya ku makan sendirian..rasanya…. bentuknya sering tak keruan..huhu..padahal..aku sudah mengikut satu persatu petunjuk dalam buku!


'Mak pandai masakkan..mewarisi tok rasanya..tok dulu pandai masak..kalau tok masak, mesti abi tambah banyak..' kata abi suatu ketika. waktu itu abi baru sudah makan ikan goreng cili buatanku.


Aku diam saja dan menunduk dalam-dalam. Ikan gorengku terlalu kuning warnanya, terlalu masin dan terlalu pedas, malah bentuknya juga seolah tidak wujud..hancur berantakan..wajarlah kalau tiba-tiba abi teringat ibunya…

'ok je nie'..kata abi tersenyum-senyum..'insyaAllah esok lebih baik, ok yea abi pergi dulu, dah lambat nih..'

Abi berangkat dengan wajah merah..pastinya kepedasan..aku cuba tersenyum.. menghantarnya di balik pintu..ku lihat badan abi yg dulu tegap semakin kurus.! Ya , semakin kurus. Aku jadi semakin bersalah..bagaimana tidak kurus, pekerjaannya, kegiatan dakwahnya, musafirnya begitu jauh..tapi abi selalu makan nasi sepinggan dengan nasi separuh..tidak pernah menambah!


Tiba-tiba air mataku mengalir, sudah tiga bulan berkahwin, hampir belum ada kemajuan untuk aku mempersiapkan mujahidku..dan dia semakin kurus..


Entahlah..dulu sewaktu aku larut dalam dakwah..sibuk ke sana ke mari..aktivitiku hanya terfokus pada tarbiyyah dan dakwah..program..program…diriku ku perah di sana..sehingga terabai tugas-tugas kerumahtanggan..sedangkan ini juga tarbiyyah dan dakwah!


Aku kini belajar sedikit demi sedikit..ziarah ke rumah ibu mertuaku ku kerapkan..kuperhatikan dgn teliti ibu mertuaku memasak, menunya, bahan-bahannya..caranya..dan tiap hari tanpa jemu ku praktikkan senyap2..sudahnya aku makan sendiri..:) aku cukup serius belajar utk menghidupkan rumahtanga kami dan menyihatkan rijalud dakwahku..


Akhirnya, setelah 6 bulan..aku semakin tega memasak....suatu hari .. 'ini mee goreng ala ummi'..
'waa..sedap nie..'.. abi kelihatan excited!
'dan ini sayur goreng kesukaan abi, tidak seperti bulan lalu..sekarang potongannya sudah professional..'
Abi kelihatan makan dengan agak berselera..
Dan aku menanti takut-takut.. 'camne abi..ok tak?'
Abi tersenyum, kali ini lebih manis..'Alhamdulillah..tapi..'
'nape abi?'..mukaku sedikit cuak..abi mebeliakkan matanya...tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu yang sempat dikunyahnya…..aku terkejut…..bulatan garam sebesar biji anggur..astaghfirullah!..

........


8 bulan setelah pernikahan kami..alhamdulillah segalanya berjalan semakin lancer..kini abi semakin ghairah menjelang waktu makan..mau makan masakan ummi katanya..tampak dia menghargai kesungguhanku dan penat lelahku..


Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami, alhamdulillah, surat doctor pengesahan kehamilan ku lipat kemas..inilah hadiah ulang tahun kita..alhamdulillah syukur..sambil menunggu abi pulang, aku muraja'ah hafalan surah an-nuur..subhanallah, betapa mulianya tugas ini..tugas seorang isteri, seorang ibu yg cukup besar sumbangannya dalam pembentukan umat..


0015, abi pulang.. 'assalamualaikum wr wbt ummi..' 'waalaikumussalam wr wbt..abi..ada hadiah untuk abi..'
'dari siapa?'
'dari seorang akhawat..;)'

Abi mengerut kening, lantas tersenyum, diraihnya bungkusan dan di buka perlahan-lahan..'
'Alhamdulillah..syukur..' ada sebak dalam nadanya…
'dan ini untuk ummi'..ujar abi tiba-tiba..
La..eh..aku sungguh terkejut..dihulurkan gulungan kertas seperti sijil kepadaku..
Ku buka perlahan-lahan..ditulis dengan dakwat emas..'buat ummi kebanggaan abi, terima kasih atas kerja keras selama ini. Abi sentiasa redha'..


Aku tak bisa menahan senduku..dia membeli kad dan menulis dengan tinta emas untukku..sungguh ya Allah, redhanya lebih berharga bagiku dari hadiah apapun genap setahun usia perkahwinan kami..:)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:39 AM

************************

Monday, June 19, 2006

himmah 'aliyah..




salam 'alaik..
moga tulisan ini insyaAllah menaikkan himmah kita utk mendaulatkan risalah yg izzah ini...
permulaan dan akhir jalan dakwah ialah jihad yg memerlukan kepenatan....ia adalah pengorbanan syahadah pd jln Allah dan penyaksian kepada alam seluruhnya.dimulakan dgn suatu kisah...


diceritakan oleh salah seorang ahli ikhwan 'Ustaz Ali Nawaitu menziarahi saya, dia pernah dihukum gantung pd zaman 1954, dipenjarakan 19 tahun, kemudian keluar terus terlibat dengan dakwah sekarang umur 77 tahun. Dia menziarahi saya selama sebulan tidak pernah berehat. Setiap hari ceramah 5 kali. Dia mempunyai penyakit lumpuh, tetapi tidak pernah berehat. Dia berkata bawa kepadaku anak-anak kamu utk saya tarbiah mereka. Suatu hari dia tidak dapat dihubungi.Beliau berkata saya mahu bertemu allah dalam keadaan berdakwah kpd jalan Allah.'- begitu lah sifat pendakwah ikhwan - himmah 'aliyah!


ingatlah! Kita tidak mempunyai keuzuran untuk memikul dakwah ini.


Keluarlah dalam keadaan ringan dan berat pada jalan allah!


Kita tdk akan dpt berdiri di belakang baginda saw dan tidak akan maminum daripada tangan baginda melainkan kita bersusah payah berjihad pd jalan dakwah dengan menjadikan dakwah sebagai keutamaan pertama kita.


Allah mentarbiah kita apabila diseru utk dakwah ini, kita tdk akan menolak dan mencari2 keuzuran utk tidak menyertainya.


Kita mentarbiyyah n ditarbiyyah, tarbiah bukan mengajar sahaja, tetapi rasulullah menghidupkan ruh para sahabat dengan al-Quran, Islam, kebesaran risalah, keagungan allah


Kita ditarbiah agar mengagungkan allah, cintakan syurga, bencikan dunia. Jika ini berlaku allah akan memandang dengan penuh keredahaan kepada kita.


Hati seperti gelas, jika dipenuhi dengan kecintaan kepada allah, tidak ada sesuatu selain dari allah dpt memasukinya.


Ketinggian himmah tdk akan berlaku tanpa pergerakan. Oleh itu perlu bergerak utk dakwah utk meninggikan himmah.


Jika kita tidak bergantung dengan ketinggian, kita akan bergantung dengan perkara-perkara rendah.


Lihatlah kpd rasulullah, keluar dari fajar, mengelilingi kabilah, berdakwah, tetapi mereka tidak disambut dengan baik, bahkan ada yang mencela, meludah dan melontarnya dengan batu, tetapi baginda tidak berhenti, sepanjang hari setiap hari. Berdakwah!


Nabi nuh berdakwah 950 tahun, siang malam dengan pelbagai bentuk cara digunakan.


Hasan al-banna memulakan dakwah ketika berumur 22 tahun. Syahid ketika 42 tahun.
Apakah yg beliau lakukan dalan tempoh tersebut.
Melawat 3 ribu kampung di mesir.


Bagaimana himmah mereka tinggi, kerana mereka ditarbiah di atas hakikat-hakikat yang telah dinyatakan di dalam ayat-ayat yang telah disebutkan.


Abu ayyub al-ansari, sentiasa berjihad sehingga berumur 90 tahun. Dikebumikan di Turki, kota Constantinaple.

Beliau dicampak oleh tentera islam ke dalam kota Constantinaple ke atas tentera Rom.

Lalu dikatakan bagaimana beliau mencampakkan dirinya ke arah kemusnahan?


Tetapi sebenarnya sesiapa yg menyibukkan diri dgn perkara2 keduniaan itulah yang mencampakkan dirinya ke arah kemusnahan.


Pendakwah melihat kpd isteri anak-anaknya, lalu mahu menyibukkan diri dengan mereka, maka dakwah tdk dpt berjalan, maka itulah dimaksudkan bahawa mereka adalah musuh kpd kamu.
Atau kamu bimbang mereka akan mendapat susah jika kamu ditangkap atau sebagainya.



Jamaah kita menyeru kpd hadarah, mengembalikan manusia kpd islam, tugas ini tdk akan terlaksana melainkan dengan semangat ahli badar


Al-banna berkata: Perlu kpd kekuatan jiwa yang kental


Kamu adalah ruh baru yang dicampakkan allah ke dalam umat ini.

Kamu perlu kpd kehendak yg mantap, kesetiaan, pengorbanan dgn waktu, usaha tenaga salah satu rukun baiah.

Persiapkanlah diri kamu sekadar kemampuan kamu.


Perubahan menjadi tanggungjawab kita.


Janganlah ada perkara lain yang menyibukkan kita selain dakwah. Jika kita berjaya mencapai tahap ini, bergembiralah dgn kemenangan yg hampir.



Himmah, permulaan kehendak, atau penghujung kehendak.

Yang penting Bukan apa yang dilakukan, tetapi apakah yg hatinya bergantung dengannya.

Al-Rashid, berbicara ttg himmah:

Mukadimah jalan dakwah ialah mengasaskan himmah yang tinggi.

kita berusaha mulanya dengan menghidupkan hati mereka, menghubungkan hati mereka dengan ketinggian.



Mentarbiah dengan quran, sirah bukan membaca sahaja, tetapi bagaimana kita menyimpulkan perjalanan hidup mereka utk dilaksanakan.

Usrah bukan sahaja kerana ilmu, tetapi kerana untuk taaruf, menghidupkan hati menjalankan dakwah.


hendaklah sentiasa menjaga himmah kerana ia adalah mukadimah semua perkara.

Keluar daripada futur kpd bersemangat tinggi.

Mengerakkan hati mereka untuk sampai kepada matlamat dakwah.

Himmah anda hendaklah sibuk dengna perkara2 dakwah dan masa depannya.


Al-Rashid: himmah tinggi menjadikan segala sukar amat mudah.


Pengalaman mengatakan sesiapa yg kita berhubung dengan kita melalui seorang yang tinggi himmahnya, maka org yg dididik akan terus berada dalam himmah yg tinggi.

Himmah adalah perkara tabie. Ada di kalangan manusia yg rendah himmahnya, tetapi ada di kalangan mereka mahu menjadi seperti sahabat rasulullah.


Kita bertanggungjawab mentarbiah agar semua mempunyai himmah yg tinggi.


Salamah bin al-Akwa': Saya meminta agar menjadi teman engkau di dalam syurga.

Janganlah anda hanya bercita2 utk menghafal satu surah, tetapi saya mahu menghafal al-quran. Saya tidak berpuas hati jika hanya bergerak dengan 3-4 org akh, tetapi..

Allah memberi amaran kpd org2 yg mempunyai himmah yg rendah..

Allah mengajar kita, nabiNya agar beriltizam di atas himmah ini..

Sebagaimana para rasul para syuhada' salihin..

Jadilah seperti mereka..

Byk hadis mendorong kpd meninggikan himmah. Inilah yg perlu kita bicarakan dalam hati kita.


Mana-mana peluang kebaikan yang ada, hendaklah direbut, jgn ditinggalkan.



Apabila kamu memohon daripada allah, pohonlah firdaus tertinggi.


Rasulullah solat fajar. Kemudian bepaling kpd sahabat. Siapakah berpuasa pagi ini. Abu bakar mengangkat tangan. Siapa yg mengiringi jenazah. Siapakah yg telah memberi makan kepada miskin, siapakah yg dah melawat org sakit hari ini? Semuanya telah dilakukan pada waktu fajar. Bayangkan berapa banyakkah amal kebaikan yg dilakukan oleh beliau.. bukan seperti kita.


Siapa yg akhirat menjadi himmahnya, maka allah menjadikannya kaya..

Siapa yg dunia himmahnya, maka allah akan menjadikan kemiskinan di depan matanya..

Seorang yg mempunyai himmah yg tinggi, pasti tdk akan dapat direndahkan walau bagaimana pun dilakukan terhadapnya.

Dia sanggup berkorban dengan apa saja demi merealisasikan matlamatnya.

Dia sentiasa ke depan, tidak takut, tidak tunduk, iman mereka sentiasa bertambah.


Org yg mempunyai himmah hanya menyesal jika terdpat satu saat dia tidak sibuk dgn dakwahnya.


Semua urusan yg dilakukan semata2 kerana dakwah.

Manakala daie yg tidur nyenyak, makan banyak, tdk layak utk menjadi daie.

Menyusun waktu dgn baik, mengurangkan tidur, 4 jam, maksima 5 jam. Lebih dari itu bukan pejuang!


Badan anda akan dapat menanggungnya. Hanya perlu kepada latihan berterusan.

Ada waktu aktif, ada waktu tidak aktif.

Masalahnya ialah membuat keutamaan pd segala amalan.


Ya Allah, rabbi..moga kita semua mempunyai himmah 'aliyah n berusaha menggapai firdausi yg tertinggi...hidup n mati dalam redhaNya..alangkah bahagianya....


jwb tagboard :
kifana : :)..ayu tak penting..yg penting hati n amal! doakan wafa' menjadi mujahidah sejati..
nusrah : moga akhlaknya juga comel..:)
phadi: jgnlah penyekkan..kesian dia..huhu..tunggulah besar skit nak latih jadi pejuang badar pun..huhu
suya: hehe..bukan senang nak potong rambut budak kecik yg aktif macam cik wafa nie..sekali ditepis..habis senget benget rambut tue..terpaksalah diubahsuai sampai pendek..:) tp takpe..dalam buku tarbiyatul aulad jilid 2..yg wafa' baca sama ummi..dia kata wafa takde aurat sampai umur 4 tahun..;) heeh
zie: mabruk..barakallahu lakuma
almumtazah: mabruk juga..sampai ketemu ukhti biiznillah
alex: moga sihat n membesar menjadi solehah wa muslihah..doakan bersama....

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:11 PM

************************

Tuesday, June 13, 2006

ku pinang engkau dengan al quran..

selamat pengantin baru utk acik-acik..panggil khalah la sedap sikit..;) khalah zie jepun..dah nikah dah..tunggu nak buat kenduri saja..khalah mum ..22 july nie..insyAllah wafa' cuba hadir..:) dan yg lain2..yg ujung tahun nie banyak juga..tak dapat nak announce lagi..:) apa2pun semoga di berkati Allah n wafa' tujukan lagu 'ku pinang engkau dgn Al quran' utk khalah semua..:)




Ku pinang engkau dgn Al quran, kukuh dan suci ikatan cinta..harungi bersama samudera dunia
jika terhempas di lautan duka, cekal dan sabarlah, tawakkal padaNya..jika berlayar di suka cinta ingatlah selalu..syukur padaNya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:47 AM

************************

Sunday, June 11, 2006





Salam 'alaik..lamanya tak menulis, asik upload gamba je..maklumlah dgn si kecik nie..kita menulis..dia pun nak menulis..kalau letak gambar..sambil2 tunggu boleh la melayan si kecik atau buat apa2 yg patut..sejak jadi suri segala suri ni..rasa nak tulis pasal wanita suri dakwah n mereka yg bekerja? Masing-masing ada pro n cons..terletak pada sejauh mana kita meletakkan sesuatu di tempatnya dan bagaimana kita mengambil peluang dari masa yg diberikan.. ada wanita lg bagus kerja..ada lg bagus tak kerja..full timer dakwah bukan kerja ke?..tgk masa, kedudukan ekonomi, suami, anak etc.....sejak akhir-akhir ini ramai je wanita yg ada degree, masters mahupun phd yang memilih untuk tinggal di rumah atas sebab anak, dakwah atau kebahagiaan rumahtangga yg menuntut masa mereka.

Tidak timbul soal sayang degree dan sebagainya..dunia kini perlu sedar bahawa suri ini tetap memberi sumbangan dalam produktiviti dan ekonomi Negara kerana mereka ini sedar betapa pentingnya mengasuh anak-anak mereka dengan sempurna baik dari segi fizikal, mental & emosi., lebih-lebih lagi soal tarbiyah ruhi n amali..siapa lagi lebih layak menjadi seorang guru dalam sebuah madrasah agung..tempat anak-anak mempertanyakan semesta dgn bahasa yang paling akrab..harapan paling memuncak n keinginan paling mendalam..dermaga paling luas saat mereka rasa teraniaya..belai paling menteteramkan saat mereka gelisah..dan dakapan paling aman saat mereka takut...kalau bukan seorang ibu yg melahirkan n menyusui mereka..siapakah yg lebih layak menjadi..perpustakaan paling lengkap, lapangan paling lapang, yang tak mungkin digantikan oleh gedung-gedung yang tidak bernyawa kalau bukan seorang ibu yang tabah membawa kandungan, sukarnya posisi berbaring..dan sakitnya saat melahirkan.

Apakah kita rasa bangga andai nama tercatat sebagai diantara wanita yang berprestij dan berkerjaya..sesetengah beranggapan begitu? Mungkin? Lecturer, engineer, doctor?.. jika dilihat dari satu sudut, memang mereka diperakui berjaya dan berkarisma. Bagaimana dengan kehidupan mereka?. Adakah mereka menjadi hamba-hamba yang taat pada Pencipta juga berjaya dalam konteks wanita berkeluarga?.sama-sama kita fikirkan..


Mungkin telah tiba masanya bagi wanita, khususnya yang mempunyai anak dan tugasan dakwah yg menuntut pengorbanan memutuskan apa sebenarnya yang mereka kehendaki , bukan di arah oleh orang lain apa yang sepatutnya mereka lakukan.. ayuh wanita islam..pesiapkan mujahid dan mujahidah kecilmu.. Nyalakan obor jihad perjuanganmu. Belalah agama dan umat ini. Sesungguhnya itulah jalan Rasulmu dan itulah kehendak Tuhanmu. Kembalilah nanti kepada Tuhanmu dengan jiwa yang tenang dan diredhaiNya..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:26 PM

************************

wafa' jaulah ke pantai dan zoo melaka bersama ummi, abi, tok, mak lang, mak uda, mak su, pak long, mak long n baby munif..;)



wafa' bergambar dgn dubbun

dekat show fiilun..nama derang noni, marina n teh..marina bawa obor sukan komenwel 98!

wafa' berposing

letihnyer..huhu

di pantai puteri..dekat tempat kerja abi..

sempat lagi kacau munif..;)

aksi dua sepupu..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:22 AM

************************

Tuesday, June 06, 2006




akhirnya..
setelah ikhtiyar yg paling gigih..
seta doa yg paling tulus..
dan tawakkal paling terpasrah..
Setelah penantian yang panjang,
doa yang menghiba dan rasa yang tersembilu

bintun solehah ummi,
terpaut kini di jejari rasa..pada kasih seorang ummi..
dialun hikmah wahyu yg Esa..terhijab dari serangan noda.
dibelai agar cinta pada rabNya

aduhai bintun solehah ummi..
antara kita..bahasa yang paling akrab..
harapan paling memuncak...keinginan paling mendalam..
dermaga paling luas...sukar dimengertikan..
moga belaian ini kan memtenteramkanmu kala dirimu gelisah
dan dakapan ini menumbuhkan rasa aman..

agar kehidupan sementara ini kan menjadi bekal buat kita..
agar cinta kita berlabuh di muara cinta hakiki..akhirnya..disana abadi selamanya

..........

afwan, tak sempat update sekarang nie..sejak jadi suri segala suri nie..;) tp sebab acik2 rindu sgt ngan wafa'..so nie gambar terbaru wada'..wafa' macam dulu juga semangat + tembam..cuma sekarang tambah cerdik n manja..gigi tgh tumbuh satu batang..baru di peringkat permulaan..;)
utk acik2 teruskan bekerja..wahistuna awiiii..hayatuna ya rafiqa darbi yasri lakun..minad dumu'ie tasyuqqu...mode lagu2 arab skrg..zikrayaat..;)
skrg tgh tulis artikel mengenai muqatoah n isu palestin..moga Allah tsabatkan saudara kita disana n moga ditetapkan iman hingga akhirnya...fa'in lam takun huna saufa nara..saufa naltaqi insyaAllah fi jannatil firdausil a'la..ameen..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:31 AM

************************