Sunday, July 23, 2006

salam 'alaik...
sebenarnya, mmg ulas pasal isu di lubnan n palestin, tp takut terlebih emosianal..tue yg tangguh dulu..geram, benci, sakit hati..semualah sejak dua menjak nie..bengang lagi tgk perangai rakyat mesia yg lebih sibuk nak tahu pasal siti kahwin dgn datuk k..pasal mawi putus tunang ngan ina...kalau tahu pasal tsunami kurang2 ok sikit...


mmg dr awal kita tahu perangai mereka... mmg mereka tiada usaha pun untuk mewujudkan kembali keamanan di Lubnan dan Palestin dalam masa terdekat ini. Amerika dan sekutunya menyalahkan Hizbullah yang mencetuskan serangan udara yang tidak terhenti oleh Israel ke atas Lubnan apabila ia menyerang hendap tentera Israel di sempadan hingga menyebabkan lapan askar Yahudi maut dan dua lagi ditahan.

Di Semenanjung Gaza pula serangan Israel juga direstui Amerika sebagai balasan mereka memilih Hamas dalam pilihan raya Palestin tidak berapa lama dulu.

Seperti biasa, Israel dengan bongkak bertindak balas dengan menyerang tempat awam tanpa mendapat tentangan. jelas AS menjadi dalang kepada kekejaman Israel ke atas rakyat Lubnan. Pakatan Tel Aviv dan Washington tetap menegaskan bahawa sebarang penyelesaian kepada krisis Asia Barat ini diasaskan kepada sejauh mana ancaman Hizbullah di selatan Lubnan.

Pentadbiran Bush melakukan apa saja bagi menangguhkan tekanan antarabangsa terhadap Israel walaupun ada memberikan peringatan kepada Tel Aviv bahawa tindakannya itu akan turut memberikan kesan kepada rakyat tidak berdosa, terutama di kawasan berhampiran sempadan Lubnan.

Lebih menyedihkan apabila lebih 300 orang mati di Lubnan, kebanyakannya rakyat awam sejak Israel melancarkan serangan lebih seminggu lalu...

nak lancarkan perang dunia lagi..perang agama..perang aqidah ke ape sebenarnya????????
ok, nanti ulas lagi..nak berlepas dah...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:04 PM

************************

salam..
insyaAllah wafa' akan naik tho'iirah sebentar lagi..;) wafa' nak bermusafir lg..
tak sure lg utk berapa lama...maybe 2 minggu, 3 minggu....atau mungkin sebulan lebih..:)..bermusafir bagi mencari khilafah yg telah hilang...





ini kali kelima wafa' naik tho'iirah..first time dgn ummi n tok...lps tue dgn ummi n tok sekali lg...lps tue dgn ummi, abi n amu..lps tue dgn ummi n acik amy...dan kejap lg dgn ummi n acik malia..:)
moga Allah meredhai kita semua...
ilal liqa'..
saufa naltaqi insyaAllah marratan ukhra...fa'in lam takun huna..
saufa nara fi jannatil firdausi a'la insnyaAllah...
-ummu wafa'-

p/s : moga Allah selamatkan ummat islam n hancurkan musuh Allah yg biadap!!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:27 PM

************************

Sunday, July 16, 2006

jazakillah permaisuriku..
pengorbananmu melebihi rakan seusiamu...



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:23 PM

************************

Monday, July 03, 2006

wafa' jaulah ke matriks kuala pilah jumpa makcik dan air terjun ulu bendul...

















Dimanakah nilain himmah kita berbanding sahabat!!

inilah dia himmah tulen!!layakkah kita mengecap syurga??


-apakah kita punya kekuatan dan keazaman seperti pendirian Omar ketika berhijrah. Beliau dengan berani mencabar Quraisy:" saya akan berhijrah, sesiapa yang mahu melihatnya emaknya kehilangan anak, isterinya menjadi janda atau anaknya menjadi yatim sila ikut aku..tak seorang pun berani mengekorinya. Kisah kepahlawan sahabat dalam perang Hamra' al Asad, keberanian Salamah bin al Akwa' dalam peperangan Zi Qird dan Jakfar yang mempertahankan panji-panji Islam dalam perang Tabuk.


-apakah kita seorang yg cekal n berpendirian seperti pendirian Rasulullah saw...baginda pernah bersabda: "kalau mereka meletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meniggalkannya sehingga Allah berikan aku kemenangan atau aku binasa kerananya"


-apakah kita telah menggunakan kebolehan secara maksimum sepertimana Abu Bakar as Siddik membelanjakan hartanya semua sekali.Uthman r.a menanggung semua keperluan ketenteraan untuk tentera Islam dalam perang Tabuk dan Mus'ab bin Umair meninggalkan kehidupan yang mewah dan berpada dengan bekalan yang sangat sedikit untuk menjadi duta dakwah. Dan beliau mati dalam keadaan tidak cukup pakaian untuk mengkapannya.


-apakah kita cuba sedaya upaya utk mengatasi halangan atau keuzuran serti mana sahabat rasulullah ..Amru bi al Jamuh r.a. ingin keluar berjihad, lalu dihalang oleh anak-anaknya kerana ia cacat. Rasulullah s.a.w memberitahunya dia boleh ambil rukhsah, tetapi ia menjawab mudah-mudahan aku dapat melangkah kesyurga dengan kakiku yang cacat ini......

alangkah indahnya para sahabat..sungguh aku tidak layak masuk ke syurgaMu....


Abdullah Ibnul Mubarak :
"Banyak amal kecil yang menjadi besar kerana niatnya n banyak amal besar yg menjadi kecil kerana niatnya pula".



....................................................................................

Ummi..ya lahnan a'syaqahu..Wa nasyidan dauman unsyiduhu..Fi kulli makaniin azkuruhu..Wa azhallu azhallu uraddiduhu..

Ummi..Ya ruhi wa hayati..Ya bahjata nafsi wamunaji..Unsii filhadhiri wal ati..

Allahu taala awsani..Fi sirri walau fili'lani..Bilbirri lati wal ihsani..

Ismuki manqusyun fi qalbi..Hubbuku yahdini fi darbi..Wa dua'ii yahfazuki rabbi..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:37 AM

************************