Thursday, September 28, 2006

salam..
alhamdulillah, sambutan d luar jangkaan..belum keluar..dah hampir habis di tempah..insyaAllah batch kedua akan menyusul dengan tambahan 2 design tshirt ikhwah..nantikan!!!


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:48 AM

************************

Wednesday, September 27, 2006

salam 'alaik..
macam2 pertanyaan timbul pasal baju..afwan kalau maklumat tak mencukupi..maklumlah katalog..website semua tak siap lg...masih merangkak..baru belajar nk diri n berjalan macam wafa'..:)

antara pertanyaan biasa;

warna striking camtue ke?
tak la striking gtue..itu hanyalah gambaran..main body dia dark belaka..macam kalau blu.blue black..green dark green..pastu tgn tak la seterang tue..light sikit..susah nak sama betul2..:)

size camne..takde xxxl ke?
size dia besar sebenarnya..walaupu takde xxxL..contoh utk size L..
size L, dada 44", labuh 40", lebar bawah 48"..setiap penambahan size +2" (left +1", right +1"), down +1" di semua bahagian..boleh ke? belajar skit buat baju..:) tak faham boleh tanya..:)

dapat bila?
baju first batch akan siap pada 5oct..tgh buat kat kilang..batch2 seterusnya akan menyusul mengikut sambutan..alhamdulillah sambutan setakat nie sgt2 menggalakkan..so, usu boleh distribute baju slps 5 oct..

pengedar kt negeri2 ada tak?
kita sekarang tgh build rangkain pengedar disetiap negeri n ipt...insyaAllah akan diwar2kan sdikit masa lagi..di uk..irealand..australia..new zealand..brunei.. singapura.. india.. mesir juga insyaAllah ada...

harga camne? kos penghantaran?
harga sehelai baju RM34..diskaun boleh diberikan berdasarkan jumlah pembelian...kos penghantaran ikut kos pos malaysia..utk yg d oversea..kita akan deal ikut kes yg tertentu..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:22 AM

************************

Saturday, September 23, 2006

Alhamdulillah, akhirnya produk amal wafa enterprise (SA0036196-X), tshirt labuh akhawat telah berada di pasaran..;)
antara ciri-cirinya ;
- labuh melebihi paras lutut..
- ada kaf di tangan.
- kain tidak mengecut apabila di basuh, tidak tebal sgt n tidak nipis..
- design guna digital printing..bukan rubber-dye printing..cop biasa..
pendek kata...kualitinya boleh tahan insyaALlah..;)








** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:30 AM

************************

Thursday, September 14, 2006

salam,
ni gambar adik pada mujahid, nama tak finalised lagi..tak muqayyad lg bak kata akhawat misr..kakak wafa' belum sempat jenguk adik lagi..;(...ummu wafa' nak bg juga cadangan nama ..:) tp nanti abu wafa' dok bagi..;)














** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:00 PM

************************

Wednesday, September 13, 2006

senyummu..
penawar duka..
pengubat lara..
basah jiwamu..
tulus hatimu..
sesungguhnya ummi n abi menyayangimu..
kerana Allah..
moga kita dalam redhaNya



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **6:20 AM

************************

Sunday, September 10, 2006

salam 'alaikum..afwan..lama benar wafa' tidak menjengah dunia..pelbagai kerenah dan skill masih dalam penelitiannya..dan usahanya..penuh persoalan menjengah di dada..kadang berfikir..berkerut dahi di muka..dibilang jarinya..cukup rasanya..diteliti buku..sehelai demi sehelai..dan dikoyak pengakhirannya...di kemas baju dan buku..maka bertaburanlah kesudahannya..diterbalikkan nasi n pinggan..serta ditempel ke baju...meranalah kita..dituang sardin ke dalam washing machine..owh..mungkin tak terkata mereka yg melihatnya..aduhai permataku..keletahmu menghiburkan..walau sungguh memenatkan..demi sebuah pangkal ketamadunan..dirimu diasuh n dididik agar kenal rabbnya..aaa...baaa...taaa..lancar bibirmu berkata..amaaa..abbbaaa...tooook...segalanya kena gaya...'sallim'..'bussi'..'la'ah'...mungkin ammu dan khalah tidak sepintar mu jua..;)badan digoyangkan ke depan dan kebelakang..lutut dinaikkan dan tangan diputar putar..cuba mengikut lagu kegemaranmu...sehari suntuk mengadap cd kegemaranmu..aduhai mujahidah ummi..moga terus belajar menjadi khalifah pembawa risahnya..moga dirimu penyambung generasi pejuang terdahulu...





.....................


Muslimah, nilainya yang terpelihara, bak mutiara..teguh dgn keimanan dan alunan zikir..patuh menjalankan kewajipannya..bak bunga mekar berseri yang menguntum harum..personalitinya menawan kalbu,..tekad mengembalikan kebenaran agar menjadi suri teladan buat generasi mendatang..
Perhatian Islam sgt penting terhadap wanita dan mengangkat tinggi kedudukannya.. menginginkan mereka terpelihara dari jatuh ke lembah kehinaan.dari itu, Ia menetapkan hukum dan peraturan yang dapat menjamin jatidiri sebagai seorang wanita, baik dalam berpakaian, tingkah dan perilaku yang menyerupai laki-laki, yg tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya. Rasulullah bersabda:'Allah melaknati laki-laki memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian laki-laki' (HR. Abu Daud dari Abu Hurairah ra.)
Allah memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu dengan membalutnya dengan pakain mulia kecuali muka dan telapak tanganmu. Allah berfirman:'..dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka..'(QS. 24:31)
Atas kesedaran ini, kami di Wafa' collections menyediakan alternatif buat muslimah yg aktif bersukan atau menjalankan aktiviti luar agar memastikan hijab mereka tetap terpelihara. Kami menyediakan tshirt muslimah yg labuh hingga ke paras lutut dan memenuhi ketetapan syarie biiznillah. InsyaAllah, pada masa akan datang, akan menyusul design dan produk-produk kami yg lain. Walaupun tshirt labuh ini ada di pasaran, tetapi kuantitinya masih terlalu sedikit bagi memenuhi pasaran dan permintaan tinggi muslimah yg menjaga aurahnya. Kami tidak berhasrat bersaing dgn pasaran sedia ada tetapi berhasrat melengkapkan lagi produk bertemakan islamik di pasaran insyaAllah. Semoga Allah meredhai kalian dan kita semua atas usaha yg sedikit ini.





** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:32 AM

************************