Wednesday, June 25, 2008

TERMA DAN SYARAT URUSNIAGA AMAL WAFA ENTERPRISE Jun 2008

A. Terma-terma:


• walk in
Pembelian tunai di premis kami (cash n carry)

• Tempahan (Order) :

1. tunai
- Membuat tempahan dengan mengisi Borang tempahan/sms/email.
- Tempahan boleh diambil/dihantar setelah pelanggan mendeposit jumlah keseluruhan tempahan.
* Diskaun Pembelian secara tunai :
20 hingga 49 helai: -RM3 (RM32sehelai)
50 hingga 74 helai: -RM5 (RM30 sehelai)
100 helai ke atas : -RM7 (RM28 sehelai)


• Consignment
- Ambilan baju untuk jualan dalam tempoh tertentu yang kurang dari 14 hari dari tarikh consignment dikeluarkan.
- Consignment terhad sebanyak 100 helai baju sahaja selagi stok masih ada
- Deposit sekuriti 30% dari nilai consignment.
* Diskaun Pembelian secara consignment sama seperti tunai.


B, Nota/perhatian :
• Caj kos penghantaran.
Kadar Sem. Malaysia:
-1-5 helai pertama RM5.00
-6-10 helai pertama RM10.00
Tambahan helai berikutnyaRM0.80 bagi setiap helai
Kadar Sabah/S’wak:
-1-5 helai pertama RM10.00
-6-10 helai pertama RM20.00
Tambahan helai berikutnya RM1.00 bagi setiap helai
Luar Negara:
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
• Harga jualan kami adalah sebagaimana yang tertera di dalam katalog rasmi keluaran, Amal Wafa tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan atau pengurangan harga oleh mana-mana pihak yang menjual produk kami.
.

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:48 PM

************************

Tuesday, June 24, 2008

celoteh...


Ummu wafa' akan menulis bila ada sesuatu berlaku (wp seorang daie tidak patut cakna bila diusik saja-bukan begitu ia)..ya benar..ada 3 perkara yg cukup besar minggu ini dalam diari ummu wafa'..yg cukup terkesan;

1- Sudah lupa cerita akh marwan? Ada yg mengatakan watak2 marwan, zaid, umar tipikal..bagai watak fahri? Atau tidak wujud lagi? Atau ikhwah lebih baik..alhamdulillah jika benar..tetapi ummu wafa' menulis kerana perkara benar yg berlaku (ada nada marahkah? La taghdab), sesak memikirkan ..perlu diulang diulang dan terus diulang kerana ia berulang..huuh kenapa pilihanmu masih bukan kerana neraca langit. Kenapa kau masih mahu menyertai keputusan ahli-ahli bumi? masih menginginkan bunga-bunga harum dan keindahan. ..tidak salah memuja keindahan..tetapi biarlah bertepatan ..pilihan di tanganmu teman..jangan memilih jalan untuk memandulkan kelahiran dan membunuh para mujahid masa hadapan dengan pilihan kau terhadap wanita kerana kecantikan, kekayaan dan daya penarik yang ada pada dirinya. Sedangkan kecantikan itu terletak pada iman. Kekayaan itu terletak pada akhlak. Dan daya penarik itu adalah semangat juang seorang wanita. Apakah murabbimu gagal mendidikmu mengutamakan mizan langit?.
2- Everything is counted..setiap kata2 adalah tanggungjwb..jgn pernah sirna utk terus mengharap n berdoa diberikan yg terbaik..tetapkan tekad n terus melangkah.. sekiranya langkahan ini akan terus menjadikan 'kita' terus mara yes! proceed..kalau jd burden.. just stop it ..carrying on leave it..kita akan disoal di hari akhirat kelak setiap hembusan nafas kita dan derap langkah..jgn pernah kecewa..terus mara n terus berusaha!

3- Betapa indahnya merasa susah kerana Allah..merasa rindu kerana Allah...dicerca kerana Allah..dihina kerana Allah..menangis kerana Allah!..hanya kerana kita berpegang teguh pada jalan Allah...
'Anugerahilah daku teman setia yanng tulus lagi dapat meluruskan fitrahku, wahai yang menguasai nikmat'
ketenangan ada disini... tak jumpa kerana kau tak mencari
kebahagiaan tersirat dihati..tak rasa kerana kau tak menghayati..

last but not least
sekiranya kita tidak bertanam..
kita akan menyesal bila org lain menuai..
kerana kita cuai sewaktu musim menanam..!

p/s: huuh kadang2 tak sanggup hadapi kerenah abang n kakak tiap2 hari..dan rumah yg bersepah mcm zoo n perlu disapu setengah jam sekali..kalau tak habis semut hinggap di tubuh kesayangan anak2 ummi..sardin yg dituang ke dalam mesin basuh..air teh di tuang diatas karpet..belum lg rambut adik digunting2 hingga nipis..sudahlah mmg rambut adik sikit...lelah nya hanya Allah yg tahu...namun tentunya..siapa lagi yg lebih layak menjaga mereka..mendidik mereka..mengasuh mereka n memberi kasih sayang yg terbaik buat mereka..kecuali ibu mereka sendiri..dan tentunya smart reader..little khalifah..sunbeam..atau apa saja taska terbaik d mesia tidak mampu menandinginya..kerna itu..bersabar..dan akan terus bersabar mendidik mereka...
ingat ya akhawat fillah..2 tugas utama isteri & ibu...tak boleh francais pd org lain didik anak & layan suami..no dua mmg lah kan..tp no 1 nie..selalu org tak tau...didik anak nie keje isteri..ingat..kalau memasak..kemas rumah..tanam pokok..siram bunga atau apa2lah boleh pas pd org lain..tp didik anak..tanggungjawab isteri..ingatlah duhai isteri..then bila isteri tak didik anak..anak buat maksiat..dosa akan jatuh pd suami...salah siapa duhai suami..salah suami...sape suh pilih isteri yg tak boleh bg didikan pd anak2..ingat tu duhai suami2...jgn main2 memilih isteri..kerna anda mungkin terjerai diantara dosa n pahala..persoalan antara syurga n neraka..(panjang la pulak)..
afwan2..salah kata..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:24 AM

************************




design coklat..kita telah upgrade sedikit design menjadi seperti gambar di atas utk batch kedua..;)
gambar di atas diambil di atas baju ya..real gambar..bukan grafik kompeter

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **4:06 AM

************************

Monday, June 23, 2008

Salam,
gambar tshirt sebenar ya..:)
insyaAllah stok akan sampai 10 july..!!
sebarang tempahan boleh berhubung terus dgn ummu wafa (0133682505)/abu miqdad (0133882505)
mudah juga beremail atau ber ym : usualex2000@yahoo.com, badar_21@yahoo.com.au







** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:11 PM

************************

Friday, June 13, 2008



model cilik sedang menggayakan baju2 terbaru....cuma tudung je takde..:(

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:51 PM

************************

Wednesday, June 04, 2008



MENGUMUMKAN satu lagi produk Islam..!!!!
Tshirt utk kanak2 2 - 8 tahun..dari pelbagai size..dan warna...
sila hubungi ummu wafa'..jika berminat...di talian hotline seperti biasa..
boleh beli sebagai hadiah..tahaddu..tahabbu..:) sape yg nak buat tawassul ijtimaei dgn jiran2..sedara mare..kwn office tempat kerja..tautlah hati ibu bapa dgn anak2..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:55 PM

************************