Saturday, March 28, 2009

PROGRAM CINTA DAN AIR MATA PALESTIN...
PERKONGSIAN BERSAMA ISTERI AS SYAHID DR AZIZ RANTISI ...
ANJURAN BIRO WANITA ISMA...

























Apabila berbicara tentang palestin, atau perang yang berlaku…kita sebenarnya berbicara mengenai rantaian peperangan yang telah dihadapi oleh rakyat palestin sejak dahulu dari tahun 1700 hingga kini..kita beriman dengan apa yang telah diceritakan kepada kita tentang kesabaran rakyat Palestin menghadapi serangan musuh. Tentunya terdetik di hati kita, tertanya-tanya apakah sebab kesabaran dan tentangan yang begitu kental yang kita lihat di mata kanak-kanak dan wanita – wanita palestin.
ketika hujan mulai turun membasahkan tanah.. ummu Muhammad berucap.moga ia akan menumbuhkan benih-benih baru yang bersemangat untuk membebaskan Palestin..benih-benih yang akan membesar menjadi pohon yang bakal menaungi umat.


Hadirnya kami ke sini..
Dengan cita
Supaya menjadi ibu yang lebih sabar..
Menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab..
Menjadi anak yang lebih solehah
Seterusnya berperanan sebagai seorang wanita yang menyumbang kearah pembangunan ummah!


Sesungguhnya tarbiyyah yang diterima oleh anak-anak HAMAS dan anak-anak Palestin lah yang memboleh kan mereka mencapai pelbagai Ijazah dalam kehidupan mereka samaada mereka menjadi doctor, jururawat, guru, jurutera dan sebagainya..namun ruh jihad dan perjuangan tetap menyala dalam sanubari mereka dan hidup bersama mereka tak kira siapa pun mereka dan bidang apapun yang mereka ceburi...wanita-wanita palestin dan anak-anak mereka juga terus tsabat , tetap pendirian dan melaksanakan pelbagai peranan dalam masyarakat..


bagaimana wanita wanita palestin mendorong kanak-kanak dan suami mereka untuk berjihad serta berbangga dengan sepenuh hati dengan kesyahidan anak-anak dan suami mereka. Mereka memilih kehidupan yang abadi berbanding kehidupan dunia yang sementara. Benarlah firman Allah swt 'Janganlah kamu menyangka mereka yang terbunuh itu mati..bahkan mereka hidup disisi Allah swt..'


Ummu Muhammad berkongsi pengalaman berkisar mengenai peranan seorang muslimah!
Di Palestin, wanita – wanita Palestin dalam bidang ekonominya, tetap tsabat walaupun menanggung penderitaan akibat serangan kuffar, tetap sabar dengan penderitaan hidup. Tidak berganjak dan berputus asa.
Dalam bidang ketenteraan, wanita palestin menyediakan senjata, memikul senjata dan membekalkan senjata pada para mujahidin. Mereka juga terlibat dalam pelbagai bidang bagi menunjukkan kepada dunia bahawa wanita-wanita palestin terlibat secara langsung dalam jihad.

apakah peranan wanita muslimah di seluruh dunia? Tentunya peranan wanita tidak kurang dari lelaki mengikut kemampuannya iaitu hendak lah mereka menzahirkan agama ini dan meninggikan kalimah Allah..peranan wanita dalam masyarakat adalah sebahagian dari Islam yang menyeluruh..peranan wanita adalah pemimpin kepada harta suami dan peranan wanita juga adalah menyampaikan risalah ini kepada semua wanita..


Dan akhirnya, 2 khulasah utama darinya mengenai peranan wanita Malaysia kepada Palestin;
1. Mengembalikan Ummah kea rah memahami Islam, itulah Dakwah!
2. Mendidik anak-anak menjadi tentera yang membebaskan al aqsa dan memahami perjuangan kami..sepertimana Salahuddin al-ayyubi yang berbagsa Kurdis berjuang untuk al aqsa, maka tidak mustahil akan lahir mujahid berbangsa Malaysia yang akan membebaskan al – aqsa semuasuatu hari nanti! Allahuakbar!


tentunya tiap dari kita tak akan melupakan 'kehangatan ukhuwwah' walaupun sebentar cuma.. yang ditunjukkan oleh Ummu Muhammad kepada kita semua…sambil berseloroh dan mengangkat tangan, beliau berkata pada rombongan kami'''siapa lagi tak salam saya..siapa lagi tak peluk saya..siapa lagi tak ambil gambar dengan saya..mari..mari (dengan terjemahan ke bahasa Malaysia tentunya)..


Semoga peribadinya dapat dicontohi ..kesabarannya dapat diteladani...kesungguhannya dicontohi dalam melalui jalan ini..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:13 AM

************************

Monday, March 16, 2009


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **12:50 AM

************************

Sunday, March 15, 2009

MENGUMUMKAN T-Shirt TERBARU AMAL WAFA!!
(afwan tak dapat upload gambar sebenar...belum siap..siap by 10 April 2009)akan cuba seawal mungkin

TEMPAHAN AWAL DIBUKA!!










ciri2 baju adalah seperti berikut;

1) Cuff ada butang di tangan
2) Pesak di tepi baju dgn lining
3) Double line di bawah baju
4) Colar berbentuk V tidak tebal
5) Design disulam di bawah tepi baju sepenuhnya (gambar n perkataan)! bukan print lagi...tak yah takut tanggal ke ape..:)

Harga hanya RM38 sahaja - harga pasaran - cuff n bersulam - 40 ke atas!

Disampng 5 design sedia ada..RM 35 sahaja!




TERMA DAN SYARAT URUSNIAGA AMAL WAFA ENTERPRISE April 2009



A. Terma-terma:



• walk in
Pembelian tunai di premis kami (cash n carry)


• Tempahan (Order) :


1. tunai
- Membuat tempahan dengan mengisi Borang tempahan/sms/email.
- Tempahan boleh diambil/dihantar setelah pelanggan mendeposit jumlah keseluruhan tempahan.

* Diskaun Pembelian secara tunai untuk t- shirt kategori A (RM 35 sehelai):
10 hingga 29 helai : -RM3 (RM32sehelai)
30 hingga 49 helai: -RM5 (RM30 sehelai)
50 helai ke atas : -RM7 (RM28 sehelai)


Diskaun Pembelian secara tunai untuk t- shirt kategori B (RM 38 sehelai):
10 hingga 29 helai : -RM3 (RM35 sehelai)
30 hingga 49 helai: -RM5 (RM33 sehelai)
50 helai ke atas : -RM6 (RM32 sehelai)



• Consignment
- Ambilan baju untuk jualan dalam tempoh tertentu yang kurang dari 14 hari dari tarikh consignment dikeluarkan.
- Consignment terhad sebanyak 100 helai baju sahaja selagi stok masih ada
- Deposit sekuriti 30% dari nilai consignment.
* Diskaun Pembelian secara consignment sama seperti tunai.



B : Nota/perhatian :


• Caj kos penghantaran.
Kadar Sem. Malaysia:
-1-5 helai pertama RM5.00
Tambahan helai berikutnya mengikut kadar sebenar pos Malaysia.
Kadar Sabah/S’wak:
-1-5 helai pertama RM10.00
Tambahan helai berikutnya mengikut kadar seebnarnya pos Malaysia
Luar Negara:
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
• Harga jualan kami adalah sebagaimana yang tertera di dalam katalog rasmi keluaran, Amal Wafa tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan atau pengurangan harga oleh mana-mana pihak yang menjual produk kami.

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:53 PM

************************